Bukan je khuatir lihat lalat banyak hinggap di rumah, mata pun rimas. Macam-macam cara dah cuba, selesainya sekejap je. Nak guna gam, bukan lalat je melekat, orang pun sekali. Nak hilangkan kesan gam tu bukan mudah. Nak guna lampu biru tu, lalat macam dah pandai lah pula. Tak ada pun yang tertarik. Nak dipukul guna reket lalat tu, lagi banyak pula yang datang.
Apa kata kita tambah cara lebih organik. Buat perangkap sendiri dengan menggunakan botol terpakai dan pisang. Cara-caranya boleh lihat dalam video yang disediakan.
Teknik perangkap lalat ni sebenarnya sesuai juga digunakan pada lalat buah di kebun. Teknik penyediaan sama, cuma botol bersaiz kecil seperti yang dikongsikan oleh Wiwi Suryani.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kediaman Townhouse Dengan Elemen Moden Inggeris
Impak Wow Factor
Elegan dan menakjubkan. Inilah yang boleh penulis simpulkan tatkala melangkah masuk kedalam kediaman yang didiami sebuah keluarga harmoni ini. Puan Mell Amelia dan suami sama-sama bersetuju untuk menghias setiap ruangan dengan konsep moden inggeris yang dilihat amat dekat dengan personalitinya.
Berbeza dengan kediaman teres biasa, rumah jenis townhouse ini merupakan kediaman bertingkat dikawasan perumahan moden yang digabungkan dengan sebuah atau lebih rumah yang lain diatas ruang kawasan yang sama. Walaupun begitu, bukan bermaksud pemilik tidak dapat menikmati privasi dalam keselesaan ruang mereka sendiri. Ia masih lagi menyajikan keselesaan kepada mereka yang bijak menyusun atur dan menata rias seperti Mell Amelia ini.
Rumah yang baru sahaja didiami selama setahun ini mempunyai 3 tingkat termasuk pintu utama yang terletak di aras tanah. Ia dilengkapi tiga bilik tidur serta 4 bilik air yang cukup selesa buat mereka sekeluarga yang sememangnya mementingkan ruang yang memberi kenyamanan.
KOMPAK DAN SELESA
Keselesaan optimum dapat dicapai jika isi rumah dan keluasan keseluruhan seimbang dan ia berupaya memenuhi kehendak setiap individu. Pelbagai aktiviti dan fungsi berlainan bagi setiap ruang juga dapat memberi impak terhadap tahap keselesaan kediaman.
Mell dan suami sudah lama mengimpikan kediaman yang lebih luas berbanding rumah jenis service apartment mereka yang terdahulu. Memandangkan bilangan ahli keluarga juga semakin meningkat, pilihan ini adalah yang paling tepat buat keluarga ini. Keluasan 2.6 kaki persegi, kediaman ini dapat menempatkan kesemua ahli keluarga ini .
ELEGAN SENTUHAN PERIBADI
Mell Amelia, ibu kepada 4 orang cahaya mata ini juga sebetulnya merupakan juru hias dalaman jadi tidak hairan lah jika kediamannya sendiri terlihat amat gah dan penuh dengan sentuhan eksklusif yang tidak boleh didapati dimana-mana pun.
Ujar Mell, “Kami bersama-sama berusaha mencari idea untuk konsep kediaman dan pilihan bilik masing-masing. Proses ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga telah mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga”.
Komunikasi sesama ahli keluarga juga amatlah penting bagi memastikan tiada yang rasa ketinggalan selain menjamin keselesaan untuk semua isi rumah.
KARAKTER KAMAR BERADU
Warna hitam dilihat sebagai taboo dan amat jarang sekali kita lihat dinding dalam rumah dicat hitam kerana ianya menyerap haba dan boleh membuatkan sesebuah ruang tampak kecil dari saiz sebenarnya. Tetapi berlainan dengan bilik tidur anak perempuan Puan Mell yang di cat hitam dengan lantai kayu. Semakin dilihat, semakin cantik dan elegan sekali.
Pencahayaan dan saiz bilik memainkan peranan agar ruang tidak kelihatan sesak atau sempit. Keluasan bilik tidur ini amat sesuai dimuatkan sebuah katil bersaiz queen, almari baju built-in serta satu sudut solek untuk pemiliknya. Kemasan wainscoting yang simple pada dinding hitam juga telah memberikannya tekstur dan elemen 3D untuk menghidupkan lagi ruang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Idea Nak Cantikkan Pintu Lama Yang Polos
Pintu pun boleh jadi sebahagian elemen dekor kediaman. Tak perlu beli pintu baru kalau nak nampak cantikdengan beberapa teknik tertentu, pintu lama , pintu kosong tak ada design dan ukiran yang sia pun boleh nampak cantik. Terdpat pelbagai cara sebeanrnya nak cantikkan pintu yang polos. Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan duct tapi atau wallpaper . Nak lebih kreatif boleh guna cat. Berikut idea untuk anda cantikkan pintu yang membosankan:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pakar Ini Kongsi Panduan Beli Rumah Apartment Agar Tak Menyesal Kemudian Hari
Harga rumah sekarang yang semakin menggila buat kita sebagai pembeli kadang-kadang rasa sangsi untuk membeli, Rumah landed jangan cakaplah harga melambung tinggi yang memang tak tercapai dek akal. Dengan bajet terhad ini, memang rumah tinggilah yang sesuai dengan bajet kita. Tapi jangan tergesa-gesa sebelum membeli kerana kita bukan membeli sehelai pakaian yang harga berpuluh -puluh ringgit. Kita membeli sebuah rumah yang makan ratusan ribu dan hutangnya makan tahun. Baca 15 panduan yang disediakan Pakar Hartanah ini sebelum anda mendatangani sebarang kontrak.
15 Panduan Membeli Rumah Apartment
- Beli apartment yang tak lebih dari 500 unit dalam satu bangunan Semakin padat kediaman, semakin banyak masalah yang akan datang.
- Elakkan beli unit yang bawah sekali, risiko kecurian dan kebersihan susah dikawal nanti.
- Semakin tinggi kita beli semakin rendah tekanan air nanti.
- Beli apartment yang status tanahnya kediaman dan bukan komersial. Bil utiliti, bayaran pengurusan jadi tinggi jika beli yang komersial nanti.
- Jika dapat setiap tingkat tak lebih dari 10 unit rumah, semakin banyak rumah semakin banyak masalah aras tersebut.
- Unit kita jangan menghadap matahari petang (west) isteri kita akan seksi sepanjang malam. Untung masa depan ?
- Semak tahap keselamatan ada berapa peringkat, sebaiknya tak kurang dari 3 peringkat.
- Pastikan apartment kita yang 3 bilik dan 2 bilik jangan beli yang kurang dari itu.
- Jangan beli yang rendah silingnya, sebaiknya lebih dari 8’kaki tinggi. Bila pasang kipas agar tak putus jari.
- Pastikan ada ruang ampaian yang sesuai, takkan baju nak hantar dobi dan sidai diruang tamu.
- Jangan ambik unit dekat lif, kawasan lif selalu bising dan tempat pertemuan seluruh dunia.
- Beli dari pemaju yang terkenal dan ada nama, jangan beli yang baru nak buat kali pertama. Lawat projek lepas mereka, kualitinya bagaimana?
- Semakin banyak fasiliti yang disediakan semakin baik, ada ruang gym, dewan, library dan ruang kawin lagi.
- Pelan yang bagus ada dua zone ruang, satu ruang tamu, makan dan dapur, satu lagi zone privacy iaitu bilik kita dan keluarga.
- Pastikan dapat parking, jika dapat 2 parking percuma lebih baik. Satu parking boleh disewakan bagi bayar duit selengara.
Kredit: Azizul Azli Ahmad
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI