DIY Pintu Kabinet Tak Pakai Penebuk Lubang Pun, Gam Je. Ramai lebih gemar memilih permukaan dan struktur kabinet dapur yang diperbuat daripada konkrit. Almaklumlah, gaya masakan orang Melayu memang “complecated” tak berdentam dentum, memang tak sah.
Tapi ramai juga yang hanya terhenti pembinaan kabinet dapur hanya pada bahagian struktur dan table top nya sahaja tanpa pintu. Barang kali, bajet tak cukup atau memang nak buat macam tu je.
Mula lah nampak tak kemas bila dah ada barang di bagian simpanan. Sebab tu, ada yang memilih untuk mengenakan langsir sebagai penutup. Apa kata, tiru cara Puan Ema ni. DIY pintu kabinet
DIY pintu bawah table top tanpa guna drill
Di sini saya share cara dan barang-barang yang saya gunakan. Mana tahu ada yang nak cuba.
2. Saya pasang wallpaper bahagian atas. Dekat bawah table top tu dah siap pasang rail. Tak perlu drill. Guna gam saja.
Ads
3. Ini barang yang saya guna. Gam saya guna untuk lekatkan rail pada bawah table top. Gam kena tunggu satu hari baru kering dan kuat.
4. Ini rail yang saya gunakan, untuk letak roda. Rail dengan roda beli di Shopee. (klik SINI untuk link). Roda muat -muat untuk plywood tebal 5mm.
5. Papan plywood yang dah siap ditampal guna wallpaper, ini bukan wallpaper biasa tampal pada dinding tu ya. Plywood saya order kat Shopee, ukur siap-siap dan minta seller potong ikut ukuran yang diberi. Klik SINI untuk link.
Ads
6. Siap rail dan gam roller pada plywood bolehlah pasang bawah table top.
7. Letak pemegang pintu untuk mudah buka dan tutup (tampal saja). Inilah hasilnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Puan Ema
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Almari kecil, tapi macam-macam nak disumbat sampai susah nak cari barang. Sebab itu, anda perlukan sistem simpanan yang bijak. Selain bekas simpanan yang teratur, IMPIANA nak kongsikan salah satu produk bijak yang boleh anda gunakan dan beli secara online je. Sistem pull out hanger ni bukan sahaja memberi ruang simpanan yang lebih kemas dan teratur, malah memudahkan anda mengambil pakaian dalam almari yang padat.
Pull out hanger yang paling murah di shopee RM 10.85 je. Nak beli, boleh klik link ni https://invol.co/cl5b0qf
Untuk pakaian yang jenis berat seperti seluar, sesuai pakai pull oit hanger jenis tahan lasak macam ni. Klik link ni kalau nak beli https://invol.co/cl5b0t6
Untuk pull out hanger Komplement ni pula, sesuai untuk bahagian tepi dinding almari. Boleh jadi tempat sangkut beg dan aksesori lain. Klik link ni untuk belian terus https://invol.co/cl5b0vw
Mungkin ramai di kalangan tuan rumah yang lebih senang memilih elemen amali untuk menghias ruang makan daripada perhiasan atau kerawang berlebihan. Ruang makan sewajarnya tidak menyusahkan anda untuk duduk, bangun, apa lagi untuk menghidang. Lebih-lebih lagi anda yang sibuk melayan kerenah anak-anak.
Adakala ruang makan umpama medan peperangan demi untuk memberi makan anak-anak. Kita sendiri adakala letih nak membersihkan meja makan yang begitu panjang dan besar. Apatah lagi jika kerusinya sama berat dengan kerusi ruang tamu.
Kepada yang mempunyai pembantu mungkin lebih bernasib baik. Bagaimana kepada yang tidak ada sesiapa yang sudi membantu? Apakah pilihan terbaik untuk kita memilih meja makan? Pakar menyatakan rona panas seperti merah, jingga dan kuning sesuai untuk ruang makan. Ia menjadikan kita lebih berselera.
Namun bukan semua yang gemar rona seumpama ini. Tetapi bayangkan pul anda memilih rona ungu tua atau biru nila di ruang makan? Terbukakah selera anda? Jika ya baguslah…Jadi pastikan anda memilih rona hangat untuk ruang makan. Paling penting adalah pemilihan meja makan yang tidak mengganggu lalu lintas di dalam kediaman. Bulat merupakan pilihan terbaik. Cuma tidak ramai orang kita yang menggemari bentuk bulat sedangkan ia mesra ruang dan tidak mempunyai bucu tajam.
Kebelakangan ini pula ramai di kalangan kita yang meminati ruang makan berkerusi moden. Kerusi selesa dengan rekaan kaki bangku yang menarik, menjadi aliran di kalangan tuan rumah kini. Malah gaya kerusi berbeza reka bentuk dalam sebuah set ruang makan menjadi idea pereka untuk menjadikan suasana di ruang lebih girang. Jika anda, pilih yang mana satu? Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Boleh dikatakan ramai yang memilih material kayu sebagai kitchen cabinet. Permukaan cantik, kukuh, mampu milik dan tahan bertahun-tahun antara faktor ia menjadi pilihan.
Jom ikut teknik mudah ini bagaimana ingin membuat maintenance pada cabinet dapur anda. Kosnya tidak mahal Cuma perlukan kerajinan ibu ibu sekalian. Suami yang nak tolong para isteri pun boleh.
Bahan
Cuka + air
Minyak Zaitun
Campurkan satu cawan cuka ke dalam sebaldi air. Kacau sehingga kedua-dua campuran ini sebati. Kemudian gunakan kain dan lap ke keseluruhan permukaan kayu cabinet dapur. Sental kuat sedikit pada bahagian yang nampak kotor dan kehitam-hitaman.
Setelah selesai biarkan seketika ia mengering. Kemudian gunakan sehelai kain kering, letakkan minyak zaitun pada kain dan lap sekali lagi kabinet dapur. Ulang proses ini sehingga selesai. Hasilnya permukaan kayu akan lebih berkilat dan terlindung daripada dimamah usia. Lakukan rutin ini 6 bulan sekali atau setahun sekali.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.