DIY Rak Gantung Untuk Letak Herba Guna Barang Kedai RM 2.10 Je

Share

Apabila memliki saiz dapur yang mikro, sudah pasti pengurusan bijak perlu dilakukan. Yang menjadi keutamaan bagi dapur bersaiz kecil ini adalah ruang penyimpanan yang mencukupi. Selain penggunaan rak terbuka dan kabinet dapur, dinding yang tersedia turut perlu dimanfaatkan.

Dinding, ruang penyimpanan yang sesuai adalah jenis rak. Namun, rak dinding yang disediakan tidak boleh terlalu besar. Nanti dapur kelihatan lebih sempit. Seperti yang dilakukan oleh Fara Amirullah

, rak rempah terbuka yang dibina sendiri sangat mudah dan paling penting murah. Hanya dengan menggunakan barang-barang dari kedai bajet. Dengan hanya modal RM 80.70, puan Fara berjaya menyediakan rak terbuka untuk 24 botol rempah

Artikel berkaitan:
Hanya Belajar Dari Youtube Lelaki Ini Berjaya Bina Kabinet Dapur Bermodalkan RM 900


Guna Rak Buku RM 14.90 Untuk Bina Kabinet Dapur Cantik Dan Kemas Macam Ni

Berangan memang nak buat kitchen cabinet tapi rumah sewa kan. Jadi tak payah lah. Lebih baik simpan duit tu buat untuk rumah sendiri nanti.

Dinding dapur jenis kemasan jubin. Nak tebuk sayang. Jadi saya gunakan wall hook sebagai tempat sangkut rak herba

Bahan-bahan:
24 Botol plastik (RM 0.80/setiap satu)
4 buah rak (RM 9.50/setiap satu)
8 biji wall hook (satu peket 2 biji/RM 5.57)
Stiker pelekat label herba

Cara-cara:
1. Ukur kedudukan rak terlebih dahulu dan tandakan point untuk diletakkan wall hook
2. Panaskan wall hokk hati-hati jangan sampai terkena tangan


3. Lekatkan pelekat label herba pada botol dan masukkan herba
4. Setelah siap isi herba mengikut lebel botol, susun pada rak. SIAP

Published by
Impiana