Dinding yang berkulat sebab lembapan hingga menyebabkan cat mengelupas bukan sahaja sakit mata memandang, malah boleh membahayakan kesihatan diri jika dibiarkan begitu sahaja.

Jika di rumah ada kesan lembapan air pada dinding sehingga menyebabkan berkulat dan cat mengelupas, sebenarnya kita boleh baiki sendiri sahaja. Tak mengeluarkan kos yang besar pun, dinding kembali kering dan berkesan untuk beberapa tahun.

Ikut idea DIY yang dikongsikan oleh Encik Ezanee Kamaruddin ini memang jimat bajet malah berkesan dalam mengatasi masalah dinding lembap ini.

DIY: Repair Dinding Lembap Mengelupas Menggunakan Pentens Dr. Wall

Saya ingin kongsikan pengalaman saya menggunakan Pentens Dr. Wall untuk repair dinding yang lembap disebabkan air yang menyerap dalam dinding. Sebelum ini saya pernah guna produk ini setahun yang lalu untuk repair dinding rumah saya yang rosak sebab lembapan. Produk ini agak berkesan dinding tersebut kekal kering.

Produk Pentens Dr. Wall ini saya beli online di Shopee – RM25.69

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

Bekas ni 1kg tapi tak pasti boleh coverage untuk berapa m2 dinding.

Dinding yang akan saya tunjukkan ini lembap disebabkan air tempias hujan dari luar rumah.

Boleh rujuk gambar dan video hasil kerja saya seorang DIY yang amateur. Tangan masih lagi keras untuk kerja-kerja skim. Mohon tunjuk ajar dari pakar-pakar dalam group ini untuk hasil kerja lebih kemas dan professional.

Ads

Notes: Cara terbaik untuk repair masalah lembapan kena cari punca dari mana air tu & selesaikan punca tu dulu. Tapi produk ini sesuai kalau nak selesaikan untuk beberapa tahun & pocket friendly.

Updates: Ada yang comment lepas apply product Dr Wall, apply satu layer Wall Sealer paint untuk lebih berkesan. Info yang manfaat boleh cuba.

Berikut cara-caranya:

Sebelum

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

1. Pertama sekali, kikis cat mengelupas terlebih dahulu.

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

Ads

2. Kemudian, sapu Dr Wall dan biarkan kering.

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

3. Kemudian Sapu ‘Skim Coat’. Saya pakai ‘Skim Coat’ yang ready mix.

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!
‘Skim Coat’ ready mix

Siap! Inilah hasilnya.

Ads

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

Selepas setahun

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

IMPIANA: Menarik juga idea yang dikongsikan ini. Jika ada dinding di rumah yang lembap dan cat mengelupas, boleh DIY sendiri seperti panduan yang dikongsikan ini. Paling penting jimat bajet dan berkesan.

Mesti Baca:Atasi Bilik Panas Dengan EXHAUST FAN, Cara Mudah Pasang Tanpa Tebuk Dinding!
Baca Lagi Di Sini:Masalah Siling Atau Dinding ‘BOCOR’ Di Apartment, Siapa Perlu Bayar Kos Baiki?
Artikel Menarik: Dinding Rumah Retak, Ini Cara Tutup & Baikinya Sendiri

Sumber: Ezanee Kamaruddin

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI