Nak beli rod untuk langsir eye lit sebanatng harga mau dekat RM 30. Kalau ada yang murah pun RM 19 tak berkualiti. Tapi suami Cik Amy WD, boleh siapkan road langsir Eye letg untuk 4 bingkai tingkap dan 2 pintu dengan kos RM 50 je.
DIY sendiri je jimat.
4 frame tingkap
2 frame pintu bilik
Modal RM50 jer.
Bahan-bahan:
“L” bracket (RM 1.60/1)
“U” klip (RM 0.60/1)
PVC end cup (RM 0.60/1)
Paip PVC (RM 1/1 kaki) sebaiknya minta terus kedai potongkan ikut ukuran
cable tie
Bolt dan nut
Ikat dengan cable tie pada bahagian pemegang rod
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Makeover Bilik Tidur Secara DIY, Lebih Mudah Dan Berbaloi Beli Secara Online
Nak makeover rumah atau bilik tidur ni bukan hanya perlu pandai cari barang, tetapi effort pun kena ada. Jika pandai buat pilihan, ada banyak kedai hiasan yang menjual barangan jauh lebih murah daripada yang korang sangka.
Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook ini, Syeril Amran telah berkongsi deko ubahsuai bilik tidurnya di page Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY dan rata-rata ahli kelab tersebut memuji kekemasan dan kecantikan yang telah diubahsuai oleh wanita itu sendiri.
Cantik kan?
Disebabkan ramai yang bertanyakan dimana barang-barang yang dibelinya untuk makeover bilik tidur tersebut, Syeril telah pun berkongsi info tentang barangan yang dibeli secara online dan juga kebanyakannya di Kaison.
Jom kita lihat perkongsian daripada Syeril Amran ini.
1. Ini lampu DIY dekat cermin yang ramai orang tanya. Lampu ini jenis plug dan bukannya bateri
2. Ada yang tanya, orang berbadan besar boleh duduk ke? Katanya, boleh saja
3. Letter board ni ada bagi banyak sangat huruf, jadi korang letaklah ayat apa yang korang nak
4. Artificial dried cotton plant
5. Cadar ini agak see through, mungkin sebab pemilihan warna. Boleh pilih warna gelap sikit kalau tak nak nampak jarang atau boleh pakai mattress cover
6. Syeril menggunakan pokok hidup, ada 3 design kalau tak silap
7. Ini seller Malaysia pun ada jual tapi sebab nak murah Syeril cari seller dari overseas
8. Beli karpet ni kena sabar sebab nak tunggu sampai agak lambat
9. Coffee table
10. Ada yang cakap lalang, ada yang cakap pampas
11. Lampu ni agak kecil tapi comel
12. Antara barangan yang paling mahal dalam bilik Syeril tapi inilah yang paling murah dan berkualiti yang dia dapat cari
13. Disebabkan saiznya kecil, Syeril drill sahaja di dinding untuk letak pokok-pokok kecil
14. Cermin ini dibeli dari Eg Shah Devossa
15. Storage basket
Memang kemas dan tersusun make over bilik tidur yang dilakukan oleh Syeril Amran ini. Paling penting, barangan hiasan yang dibeli juga tidak terlalu mahal dan berbaloi. Kalau nak tip berbelanja, korang boleh beli barangan tersebut sedikit demi sedikit, jadi tak terasalah keluar duit sekali gus kan?
Okay, selamat mencuba!
Sumber: Syeril Amran
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Tip Untuk Pokok Ros Subur, Kulit Telur Dan Sisa Ikan Bilis Untuk Lebatkan Bunga
Isi Kandungan
ToggleRamai ingat, pokok ros susah nak hidup subur dalam iklim Malaysia yang panas. Ramai juga kata, pokok ros ni tanaman bermusim. Habis bunga, pokok akan mati. Sebenarnya tak. Seorang pengusaha nurseri Bujang Garden berkongsi tip untuk pastikan ros anda hidup subur dan tak kedekut bunga.
Secara mudah nya ingat 5 benda ni! Ingat CABUT (Cahaya, Air, Baja, Ubat, Tanah)
1. Cahaya
Pokok ros perlukan pancaran matahari terus. Ia bukan jenis tanaman sepera teduhan. Patikan ia menerima pancaran matahari terus lebih lagi di waktu pagi
2. Air
Siraman sampai banjir antara punca utama pokok mati, Ia menyebabkan akar mudah lemas dan bakteria perosak membiak. Ros bukan tanaman yang memerlukan air yang banyak.
3. Baja
Untuk hasilkan bunga yang cantik, jangan guna baja merah yang banyak jual dekat kedai RM 2 tu. Sebaiknya gunakan sisa perut ikan bilis atau kulit telur. Tanam pada pangkal tanaman
4. Ubat
Kawal ancaman serangga perosak pada pokok ros. Sebaiknya, dapatkan dari pakar atau nurseri khas yang pakar dalam tanaman ros. Nak mudah, boleh dapatkan ubat ros dari Bujang Garden
5. Tanah
Ros ni nak tanah peroi tapi simpan air. Jangan pakai tanah banyak sabut je. Campor sekali tanah Bakar merah tu. Gembur seminggu sekali.
Haaa cukup laa ingat CABUT ni dulu ye.
Kalau nak cari ros datang kedai BUJANG GARDEN.
Selamat berkebun.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Kelebihan Penggunaan Jubin Porselin Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
[por.se.lin] | ڤورسلين
Definisi : bahan seramik yang diperbuat daripada campuran tanah liat, kuarza dan lain-lain, yang digunakan sebagai penebat elektrik, peralatan dapur/ makmal dan sebagainya.
(SUMBER : Dewan Bahasa dan Pustaka)
Jubin porselin merupakan salah satu cabang bahan daripada kelompok jubin seramik. Ia sering menjadi pilihan pengguna kerana sifat dan ketahanannya, selain mempunyai pilihan corak dan tekstur yang luas dan pelbagai. Walaupun porselin diperbuat daripada bahan asas yang sama seperti seramik, ia mempunyai keistimewaan dan manfaatnya yang tersendiri. Kali ini, IMPIANA ingin kongsikan faedah penggunaan jubin porselin supaya anda boleh menilai sendiri sama ada kemasan ini berbaloi atau tidak untuk digunakan di kediaman anda.
- Tahan kelembapan
- Tahan karat (mempunyai rintangan asid dan alkali yang tinggi dan penyerapan air rendah)
- Jangka hayat yang panjang
- Mudah dibersihkan
- Mudah diselenggara
- Sesuai untuk kegunaan di kawasan trafik tinggi
- Ditawarkan dalam pelbagai gaya dan corak
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI