Bukan hanya menyemakkan mata, malah ruang untuk bersantai mengambil angin pun terbatas jika menyidai baju di balkoni ini.
Bagi anda yang tinggal di rumah apartment boleh gunakan idea daripada Nordin Nj ini.
Beliau menggunakan rod langsir Ikea yang ubah untuk menjadi penyidai baju. Bagusnya idea ini, selepas baju kering, boleh simpan rod dan balkoni bebas digunakan untuk bersantai. Modal pula cukup murah RM25 saja.
Ini barang yang digunakan
Boleh beli di sini
Cara pasang pun mudah
Hasilnya
Bila kain dah kering, angkat dan kemaskan rod langsir pada bracket.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Nordin NJ
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ganti Cadar Seminggu Sekali Belum Dikira Bersih, KENAPA?
Kebiasaanya, Ramai antara kita yang akan menukar set cadar yang digunakan setiap 1 minggu sekali. Ia bertujuan untuk memastikan nikmat tidur sempurna di samping mencegah kehadiran bakteria. Tapi adakah sarung bantal anda pun hanya perlu ditukar seminggu sekali?
Menurut Australian Cleaning Expert, Shannon Lush, Sarung bantal perlu ditukar lebih kerap. Berapa kekerapan yang perlu anda lakukan untuk tukar sarung bantal?
2 hari sekali
Terkejut? Kenapa?
“Sarung bantal harus ditukar setiap 2 hari sekali tanpa gagal” Ulas Shennon Lush kepada akhbar news.com.au
“Hal ini disebabkan oleh bahagian kepala dan muka anda adalah yang paling kotor berbanding bahagian lain anggota badan walaupun kita telah lakukan cucian setiap hari”
Bahagian kepala tanpa kita sedar merupakan tempat yang paling banyak terkandung kulit mati. Kotoran pada kepala yang melekat pada sarung bantal juga merupakan antara punca wujudnya blackhed.
Dengan iklim Malaysia pula yang lembap sepanjang tahun, lebih kerap sarung bantal dan cadar katil perlu ditukar. Bagi mereka yang kuat berpeluh dan tidak memakai baju ketika tidur, anda lah penyumbang utama kepada pembiakan bakteria di atas katil. Ia boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria dengan lebih cepat, tungau, kulat dan pelbagai lagi yang tidak baik untuk kesihatan kulit anda kelak.
Anda lebih kerap dan galak memperuntukkan produk kecantikkan dan penjagaan kulit, tapi ada satu benda yang paling penting dan ringkas anda abaikan. Sarung bantal dan alas cadar.
Dah buat treatment mahal-mahal di spa, balik rumah anda dengan selesanya memeluk bantal dan ada tu yang cium macam dapat candu tanpa hiraukan kebersihannya.
Lebih mengejutkan, Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Australian Cleaning Expert, hanya 42% manusia yang dikaji akan menggantikan set cadar dan sarung bantal mereka 1 minggu sekali. Selebihnya 36% setiap 2 minggu sekali dan 15% 1 bulan sekali. Ini bermakna, sebersih mana dan cerewet anda kepada kebersihan, jika anda tidak menukar set cadar anda seminggu sekali dan sarung bantal 2 hari sekali anda bukan lah seorang yang pembersih.
Sumber:Country Living UK
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Guna 2 Bahan Dapur Ini Untuk Polish Perabot Kayu Dengan Mudah
Perabot memang mudah melekat habuk nak-nak yang dah lama tak di bersihkan. Silap-silap, habuk tu terus melekat dan menyebabkan permukaan perabot menjadi kusam dan kedam. Perkara ini biasanya berlaku kepada perabot kayu. Permukaan yang licin dan berkilat pon boleh jadi kusam disebabkan oleh habuk yang melekat lama.
Kebiasaan untuk mengilatkan semula perabot kayu adalah dengan menggunakan polish atau sapukan lagi sekali kemasan cat kilat. Sebeanrnya, ada cara lebih mudah, cepat dan jimat iaitu dengan menggunakan 2 bahan dapur sahaja
Bahan-bahan:
1.5 cawan minyak kelapa (sebagai pilihan anda boleh guna minyak zaitun)
1 cawan perahan jus lemon
Cara-cara:
1. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau rata
2. Celupkan kain atau tuala bersih kedalam campuran. Tak perlu terlalu basah tapi anda perlu pastikan minyak dan jus lemon dicelup sama rata kerana minyak dan jus tidak akan sebati.
3. Lap kain yang telah dibasahkan tadi pada permukaan perabot.
4. Jika terdapat kotoran degil, lakukan sentalan lembut untuk elak permukaan kayu tercalar
5. Gunakan kain atau tuala kering dan bersih untuk lap keseluruhan perabot selepas di sapu sebatian lemon dan minyak tadi
Sumber: Hometalk
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 ‘Tricks’ Rumah Kekal Bersih Walaupun Ada Anak Kecil
Mempunyai anak kecil di rumah bukanlah satu alasan untuk tidak boleh memiliki rumah yang kemas dan rapi. Para ibu sering mengeluh penat selepas kemas keadaan ruang akan bersepah kembali dengan segala barang permainan. Banyak masa yang diambil untuk ulang kemas semula.Jangan risau, sebenarnya anda tak payah ambil masa yang banyak pun untuk kemas rumah. Ikut tips ini, mudah sangat kerana kita sebenarnya boleh lakukan dalam masa 5 minit saja dan rumah kekal bersih!
TIPS RUMAH KEKAL KEMAS WALAUPUN ADA ANAK KECIL
Kita selalu hairan kenapa ada rumah rakan dengan anak kecil nampak kemas dan bersih sedangkan kediaman kita pula hanya kelihatan teratur seketika saja sebelum bersepah semula. Sebenarnya pemilik rumah yang sentiasa kemas ini bukanlah melakukan kerja membersih dan mengemas seluruh rumah setiap hari. Sebaliknya mereka hanya melakukan beberapa kerja di bahagian tertentu untuk memastikan rumah kelihatan rapi dan bersih sentiasa.
LAKUKAN 7 PERKARA INI SETIAP HARI DAN ANDA AKAN DAPAT HASIL YANG SAMA.
1. SEDIAKAN STORAGE YANG LENGKAP
Setiap rumah perlu memiliki ruang untuk penyimpanan. Beli perabot yang mempunyai ruang penyimpanan tertutup supaya barang yang hendak disimpan tidak kelihatan sarat. Letakkan perabot simpanan ini di ruang yang agak tersembunyi seperti di bawah tangga ataupun loteng.
2. BUANG SAMPAH SETIAP HARI
Anda perlu jadualkan waktu membuang sampah anda pada waktu pagi sebelum keluar rumah ataupun pada waktu malam. Jangan tunggu bakul sampah penuh baru terdetik nak buang sampah. Ini akan menyumbangkan bau yang kurang menyenangkan serta mengundang haiwan dan serangga seperti Cik T dan Lalat.
3. KEMAS KATIL
Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil kelihatan kemas.
4. SELEPAS BASUH BAJU TERUS LIPAT
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari.
5. JANGAN BIAR SINGKI PENUH
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan. Jika anda rasa malas juga, didik anak dan ahli keluarga yang lain untuk membasuh pinggan selepas digunakan.
6. PASTIKAN KAUNTER DAPUR SENTIASA BERSIH
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh. Jangan sampai tamat tarikh luput pula.
7. KEMAS RUANG TAMU TENGAH HARI DAN MALAM
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas. Pasti akan membuat anda rasa tenang dan bahagia.
Mudah saja bukan untuk dapatkan rumah yang kemas? Anda hanya perlu jadikan 7 perkara ini sebagai rutin harian.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI