Solat itu adalah suatu kewajiban bagi yang beragama Islam. Solat itu tidak boleh dilakukan bila ada masa tapi perlu dilakukan setiap masa dan setiap kali masuk waktunya, lebih bagus jika tepat pada waktunya. Bahkan, ada juga yang solat tidak kira tempat kerana mereka ingin solat tepat pada waktunya. Pada hari ini, saya bukan hendak cakap tentang solat tetapi tentang ruangan solat dalam rumah anda itu, pun boleh jadi ruangan yang khas untuk tempat solat. Tidak tahu bagaimana hendak cari tempat ruangan tersebut dan bagaimana hendak membuat sendiri tempat solat di rumah? Meh sini saya ajarkan.
Pertama sekali, anda mesti pandai dan tepat dalam memilih lokasinya. Pastikan lokasi yang dipilih tersebut, adalah betul dan tepat. Maksud saya apabila betul dan tepat itu, adalah anda seharusnya memilih lokasi yang menghadap kiblat. Itu perkara penting, anda kena tahu dimanakah kiblat rumah anda. Kemudian, pastikan lokasi tersebut bersih dari najis dan juga tiada gangguan bunyi bising. Ini kerana, kadang-kadang bunyi bising itu akan membuatkan kita tidak khusyuk untuk solat. Dan yang terakhir adalah lokasi tersebut tidak menghalang mana-mana laluan dalam rumah.
Ads
Yang kedua adalah, saiz ruang solat tersebut. Ramai di antara kita terlalu mengambil berat tentang keluasan ruang solat yang wajib disediakan. Jangan risau, Islam itu mudah. Tiada syarat yang ditetapkan untuk tempat solat, cuma cukup untuk anda rasa selesa semasa beribadat. Sekiranya anda tidak mempunyai bilik lain di dalam rumah, seperti ruang tamu, gunakan sahaja pembahagi atau penghadang untuk mengasingkan kawasan dengan ruang solat.
Ads
Kita teruskan dengan meletakkan karpet yang tebal dan selesa. Permaidani atau karpet yang selesa dan tebal adalah salah satu bahan terpenting yang mesti diperoleh untuk ruang solat ini. Karpet yang tebal dapat membantu anda berasa selesa ketika mengerjakan solat, terutamanya semasa sujud, sama ada anda ingin menunaikan solat berjemaah atau sunat.
Ads
Dan yang terakhir adalah, pengaliran udara dan pencahayan yang baik. Peredaran udara yang baik diperlukan untuk proses solat dilakukan dengan selesa. Jika anda ingin menambah keselesaan dan mempunyai bajet yang lebih besar, anda juga boleh menggunakan penapis udara untuk meningkatkan pergerakan udara di surau ini. Perkara yang sama boleh dikatakan mengenai pencahayaan yang baik. Pertimbangkan ini, ruang solat yang gelap dan suram bukan sahaja menyukarkan untuk beribadat, tetapi juga memupuk perasaan takut! Hasilnya, pastikan lampu yang sesuai dipasang di surau kecil rumah anda ini.
Jadi, dengan tipt-tip ini, anda sudah pun boleh mencipta ruangan solat anda sendiri di rumah. Bila ada ruangan solat sendiri, baru lah boleh solat bersama-sama dengan ahli keluarga. Haa gituu. Apa-apa pun, semoga maju jaya dalam membina surau kecil ini di rumah anda.
Bencana yang akan datang, kita tak dapat nak jangka. Seperti pepatah berkata, malang tidak berbau. Begitu juga apabila kita berada dalam rumah. Apa-apa yang berlaku kecemasan, kadang-kadang bukannya kita bersedia. Jadi, disini, saya akan menolong anda semua memberi apakah barang dan keperluan yang perlu ada semasa berlaku kecemasan dalam rumah.
KOTAK KECEMASAN/KIT KECEMASAN
Salah satu peralatan rumah tangga yang paling asas ialah kit kecemasan. Ia tidak termasuk dalam pakej pembelian rumah tetapi boleh didapati dari mana-mana kedai ubat atau kedai pembaikan rumah. Ubat dan alatan asas, seperti penyepit, kapas, dan pembalut luka, selalunya disertakan dalam kit kecemasan. Letakkannya di kawasan yang mudah diakses oleh orang dewasa dan, yang lebih penting, mudah diingati. Dalam kecemasan, ingat di mana peti kecemasan berada. Jika anda tidak mempunyai peti kecemasan di rumah, kereta anda biasanya akan disertakan dengan peti kecemasan. Buat yang terbaik.
MANCIS DAN LILIN
Nasihat kecemasan klasik dan berguna. Agak sukar untuk tidur dengan kuasa dimatikan pada waktu malam. Selain fakta bahawa kipas dan penghawa dingin tidak berfungsi, anda juga sukar untuk dilihat. Ini menggalakkan risiko dan boleh mengakibatkan kemalangan. Simpan bekalan mancis dan lilin di tangan sekiranya berlaku kecemasan. Senario ini mungkin dikendalikan menggunakan pencahayaan telefon bimbit anda pada masa kini, tetapi ia juga menggunakan kuasa bateri yang tidak tahan lama. Simpan mancis dan lilin dalam kedudukan di mana kanak-kanak kecil tidak boleh mendapatkannya. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menggunakan padanan dan lilin ini untuk meraikan hari lahir; jika tidak, ini akan berlaku kemudian.
POWERBANK
Sentiasa bersedia untuk senario terburuk. Selain itu, pada zaman ini, telefon bimbit anda memerlukan kuasa untuk dihidupkan. Jadi, sediakan Power Bank untuk kegunaan semasa kecemasan. Sekurang-kurangnya, anda akan bersedia jika sesuatu yang buruk berlaku nanti.
Tambahan lagi, cetak dan tampal nombor telefon yang boleh dihubungi semasa kecemasan. Lekatkan pada pintu peti sejuk atau berhampiran telefon rumah. Ingat bahawa kecemasan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk kebakaran atau penjenayah yang menceroboh rumah anda.
Kesimpulannya, sentiasalah bersedia dalam apa jua keadaan dan pastikan ada bekalan untuk kecemasan di rumah anda.
Rawatan dinding dengan efek ombre dimulakan dengan satu warna utama dan ia akan perlahan-lahan mencair, mewujudkan kesan seperti warna air yang kelihatan sangat nyaman dan cantik. Dinding bilik pasti akan kelihatan menarik dengan personaliti tersendiri selain dapat menaikkan seri ruang yang sudah hambar dan membosankan.
Dengar macam susah je kan? Macam mana pula nak gabungkan dua warna kemudian jadikannya seperti satu warna yang mengalir di dinding? Jangan risau, sebenarnya ia tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Dengan sedikit kesabaran dan panduan yang tepat pasti anda dapat melakukannya dengan baik
Sebelum itu, ini bahan-bahan yang anda perlu kan ;
Pita Pengukur
Pensil
Tangga
Masking Tape
Cat Dengan Dua Warna Berbeza
Kayu Pengacau
3 Dulang Cat
Baldi
Beberapa Berus Kecil dan Besar
Kemudian ikuti langkah-langkah mudah dibawah sebagai panduan untuk anda yang mahukan dinding ombre.
Dan hasilnya, pasti memuaskan dan sangat menarik!
Sumber gambar dari Google dan Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kalau anda mula ingin berjinak atau baru nak memulakan hobi berkebun sebaiknya jangan cuba dulu pokok yang susah hidup. Ini kerana apabila pokok tersebut mati atau gagal membesar anda akan rasa down.
Sebaiknya cubalah dulu tanam pokok yang mudah dan senang dibiak. Bila tengok hasilnya subur baru lah semangat berkebun tu makin membara. Jom kami kongsikan tanaman yang paling mudah hidup, pilihan tepat bagi follower yang baru berjinak-jinak untuk bertaman.
Spider Plant sesuai di dalam pasu tinggi kerana juntaian daun dan anak-anak pokok menghasilkan bentuk unik dan natural. Untuk membiakkan tanaman ini apa yang diperlukan adalah Spider Plant matang yang telah mengeluarkan anak pokok. Ikuti langkah mudah pembiakan Spider Plant.
Potong anak pokok dari induknya. Pastikan anak pokok mempunyai sekurang-kurangnya 6 helai daun dan berakar supaya ia mudah hidup. Jika anak pokok belum berakar, boleh celupkan ke dalam penggalak akar.
Sediakan medium penanaman anak pokok 3:2:1 (3 tanah loam, 2 bahan organik: 1 pasir)
Masukkan anak pokok ke dalam pasu yang telah disediakan. Biarkan ia selama 2 minggu di bawah cahaya matahari lembut atau teduhan.
Setelah daun-daun mulai segar dan membesar, anak pokok boleh diubah ke kawasan yang lebih terbuka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.