Karpet atau rug antara elemen penyeri lantai dalam sesebuah dekorasi tidak kira apa jua konsep yang dizahirkan. Untuk memiliki rug, harganya pun boleh tahan mahal. Lebih-lebih lagi jika rekaannya unik dan menggunakan material yang tersendiri.
Namun, itu tidak menghalang kehendak Puan Noor Azura Md Rejab yang mengimpikan kan rug tali jut atau tali guni menghiasi kediamannya. Jika dibeli, harga pasaran untuk rug yang dibuat sendiri oleh Puan Azura, boleh mencecah ratusan ringgit. Namun dengan olahan bijak dan kreatif, Puan Azura berjaya menghasilkan rug idamannya hanya dengan mengunakan tali jut yang dibeli dari kedai bajet pada harga RM 2.00. Yang menariknya, Ia juga sesuai dijadikan sebagai alas pinggan atau placemate Berikut bahan dan cara untuk menghasilkan rug seperti Puan Azura.
BAHAN-BAHAN:
Tali jut / tali guni
gam panas
kotak sebagai alas
gunting
pemabris / pita ukur
CARA-CARA: 1. Buat lingkaran bulat dengan menggunakan tali jut. Setiap lapisan lingkaran harus diperkemaskan dengan gam panas 2. Untuk hasilkan rekaan yang unik, gabungkan 2 atau lebih sazi lingkaran bulat. Seperti yang dilakukan oleh Puan Azura, ia menggabung 2 saiz lingkaran yang berbeza saiz untuk menghasilkan pattern bunga 3. Lintang tali di bahagian belakang lingkaran tali jut yang telah siap sebagai tetulang 4. Cantumkan kepingan kecil pada sisi lingkaran rug besar. SIAP..
Jika sebelum ini Puan Mastura Mohd Yusoff viral dengan make over kerusi meja makan yang telah patah menjadi sofa Cleopatra [klik sini untuk artikel lengkap], kali ni kita tengok pula DIY stool dari tong cat yang dikongsikan.
Bahan-bahan:
1 biji Tong cat 5 liter
4 batang kayu sebagai kaki
Span
Skru
Fabrik untuk membalut
Gam lilin
Cara-cara:
Berishkan tong cat dan keringkan sepenuhnya
Lekatkan kaki kayu dari dalam tong dengan menggunkan skru yang diterbuk dari luar tong seperti dalam gambar
Tampalkan span pada sekeliling tong cat mengikut ketebalan yang diinginkan.
Untuk bahagian atas tempat duduk, potong span berbentuk bulat mengikut saiz tong cat yang telah di balut.
Balutkan fabrik pada alas tempat duduk sebelum di gamkan pada tong cat
Sementara itu, balutkan dinding stool dan lipatkan bahagian atas dan bawah ke dalam dan kemaskan dengan menggunkan gam lilin.
Bila dah kemas balutan dinding stool barulah ditamplkan lasa tempat duduk yang telah di balut fabrik tadi. Dah siap!
Tip: Nak lebih cantik, catkan bahagian kaki
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Untuk pastikan si cilik anda diam di dalam kereta, atau ketika pulang ke kampung, sudah pastinya permainanlah menjadi penghibur mereka. Apa kata, untuk si dara sediakan sebuah bekas mainan Pack “n” Go super comel ini, barulah barang maianan tak bersepah dan mudah untuk disimpan
Bahan-bahan:
1 biji tong atau bekas simpanan plastik
Pelekat tungku dapur (untuk mendapatkan templet tunku dapur sila layari www.impiana.my)
Pelakt polos rona hitam
Pembaris
Pisau
Gunting
cara-cara: 1. Lekatkan pelekat polos hitam pada penutup tong plastik. Gunakan pembaris untuk meratakan permukaan yang ditampal. Jika terdapat pemukaan yang memerangkap udara, tekan dengan menggunakan pembaris sehingga hilang
2. Potong lebihan pelekat hitam supaya menjadi bingkai dapur yang kemas
3. Potong pelekat tungku dapur yang telah di cetak dari website impiana
Television atau TV rosak walaupun sikit kebiasaanya kita akan hantar ke kedai untuk dibaiki. Walaupun sikit, upah baiki TV ni boleh tahan mahal juga harganya. Nak buat sendiri, teknik baik pulih TV ni tak semudah menukar kapasitor pada kipas. Sedar akan keperluan ini, Hobbyzone membuka pusat fasiliti lengkap bagi mereka yang ingin membaik pulih TV mereka sendiri.
Hobbyzone adalah fasiliti yang ditubuhkan khas untuk mereka yang gemar DIY &berjimat 70% dari biasa bila Tv rosak.Bawa & DIY disini
Bagi pelanggan yang berminat membaik pulih TV sendiri, apa yang perlu anda lakukan adalah hanya bawa TV yang rosak. Fasiliti sedia disewa pada harga yang sangat murah. Tambahan, ada guru yang akan mengajar sehingga selesai.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.