Risau pokok mati sebab tinggal rumah untuk tempoh lama? Boleh selesaikan masalah tersebut dengan buat pasu Self Watering Pot seperti yang dikongsikan En. Mohd Azrin Roselan. Kita buat takungan air di dalam pasu. Tidak perlu nak siram selalu dan bimbang kalau nak tinggalkan rumah kerana bekalan air untuk pokok sentiasa ada.
Bahan-bahan:
Pasu tanpa lubang
Penapis
Paip PVC
Span
Cara-cara:
1. Bekas penapis plastik dipotong untuk dapat ketinggian 3 inci. Kegunaan bekas penapis plastik untuk dijadikan pemisah antara tanah dan air takungan.
2. Potong paip PVC 1/2 hingga 1 inci. Tujuan paip PVC diletakkan didalam pasu sebagai saluran air. Bekas penapis plastik menjadi pemisah antara tanah dan takungan air.
3. Potong kain kraf Felt ikut saiz bulatan bekas penapis plastik.
4. Buat tanda had maksimum level takungan air.
5. Buat lubang air lebihan @ overflow. Pastikan kedudukan lubang ini dibawah level maksimum yang ditanda supaya ada sedikit ruang udara diantara takungan air dan tanah.
6. Potong paip PVC 2 inci untuk dijadikan saluran overflow
7. Contoh pemasangan paip over flow
8. Paip saluran overflow
9. Tutup penapis dengan felt dan tuang tanah ke dalam pasu
10. Pindah pokok ke dalam pasu
11. Tuang air ke dalam saluran paip sehingga air keluar di saluran overflow
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nak Kek Atau Biskut Masak Cantik, Ni Ilmu Oven Yang Anda Perlu Faham
Isi Kandungan
ToggleLagi beberapa hari kita bakal menyambut ramadan. Walaupun 1 bulan ramadan, mak-mak mungkin dah mula sibuk merancang kuih muih untuk juadah raya. Tapi, ada juga yang risau dan dah putus asa bila membakar kek atau kuih menggunakan oven. Kuih jadi masak tak rata, hangit dan pelbagai lagi.
Salah satu puncanya mungkin kerana kurang ilmu. Bukan kurang ilmu memasak tapi ilmu tentang ketuhar atau oven yang digunakan.
Di dalam proses membuat kek, biskut, pastri dan roti, bukan sahaja kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik tetapi oven juga memainkan peranan yang amat penting.
Soalan yang selalu diajukan terutama bagi yang baru belajar memasak adalah ketuhar mana yang sesuai dan adakah kita perlu menyediakan berlainan ketuhar untuk berlainan kek, roti dan pastri?
Bagi memberi pencerahan tentang perkara ini VK kongsi info tentang ketuhar dan fungsinya yang diambil dari Facebook Jom Belajar Buat Kek. Semoga bermanfaat untuk anda yang suka memasak.
Jenis Dan Fungsi Ketuhar
1. Ketuhar Jenis Bina Dalam (Built in oven)
Ketuhar jenis ini memang cukup sesuai untuk semua jenis pembakaran. Ia boleh membakar roti, kek, pastri dan biskut. Bergantung kepada jenama yang anda beli, ada sesetengah ketuhar jenis begini, kepanasannya tidak begitu rata jika anda membakar dua atau dua tingkat (2 tier baking).
Kalau anda membakar biskut cara begini, anda harus rajin memusing dan menukar loyang kuih anda supaya mendapat kepanasan yang lebih rata (rotate the trays to get even baking results). Tetapi apabila membakar kek,lebih baik jika membakar satu tingkat sahaja.
2. Ketuhar Berkipas (Oven with fan)
Ketuhar yang mempunyai kipas bina dalam selalunya membakar biskut dan pastri dengan cukup baik kerana kipas itu memutar angin panas dengan rata jika kita membakar dua atau tiga tingkat (2 or 3 tier baking). Tetapi apabila digunakan untuk membakar kek, kipas ini akan mengeringkan kek.
Jadi, jika ada pilihan butang untuk tidak membuka kipasnya atau switch off (tutup kipas) apabila membuat kek, itu adalah pilihan lebih baik (sesetengah oven ada butang kipas).
Tetapi jika tidak boleh memilih untuk menutupnya (tiada butang kipas) adalah lebih baik jika anda mengurangkan sedikit masa membakar kek itu.
Contohnya, jika kek itu memerlukan masa 45 minit untuk membakarnya dalam ketuhar biasa, kurangkan masanya dalam 5 minit lebih awal jika menggunakan ketuhar yang berkipas ini supaya kek tidak terlalu kering.
3. Ketuhar Microwave (Microwave Oven)
Ketuhar jenis ini adalah seperti ketuhar 2 IN 1 iaitu boleh digunakan untuk fungsi microwave dan juga untuk membakar biskut, brownie atau kek-kek cawan.
Ketuhar begini sesuai bagi mereka yang jarang membuat kek yang besar. Jika kita membakar kek yang agak besar, ada kalanya bahagian tengah kek tidak masak dengan betul.
Selalunya, kita lebih menggunakan fungsi microwave sahaja. Jadi bagi mereka yang suka membakar roti, pastri dan kek-kek perayaan, jenis ketuhar sebegini mungkin kurang sesuai dan kek-kek yang dibakar dalam ketuhar microwave sebegini selalunya kelihatan agak pucat dan padat.
Fungsi-fungsi Pada Ketuhar
Sebenarnya inilah yang ramai tidak tahu. Jom semak fungsinya supaya boleh menggunakannya dengan betul. Kebanyakan ketuhar bina dalam (built in oven) mempunyai fungsi yang agak sama iaitu :
Top and Bottom Heat
Ini cukup sesuai untuk membakar semua jenis kek, biskut pastri dan roti. Jika membakar kek yang agak besar, letakkan kek itu di rak agak bawah sedikit tetapi jika membakar roti dan pastri, lebih sesuai jika kita meletakkannya di rak tengah sahaja.
Top Heat Only
Ramai yang keliru apabila melihat fungsi ini. Mereka sangka top heat sesuai untuk membakar kek lapis! Sebenarnya top heat lebih sesuai digunakan apabila membakar cheese cake. Jika digunakan untuk membakar kek lapis, ia akan menjadi terlalu kering dan ada kalanya garing.
Bottom Heat Only
Fungsi Bottom Heat ini cukup sesuai jika ingin menggaringkan roti yang berinti seperti pizza. Adakalanya, inti pizza itu sudah masak tetapi bahagian bawah rotinya pula masih kurang garing atau lembap. Di sinilah kita menggunakan fungsi bottom heat ini untuk memasakkan roti itu tanpa mengeringkan dan memasakkan inti pizza yang diatasnya itu.
Grill
Inilah fungsi utama apabila kita membakar kek lapis. Dengan menggunakan grill, setiap lapisan kek lapis pasti menjadi dengan cantik dan tidak kering. Api grill ini juga cukup sesuai jika ingin mengaringkan hanya bahagian atas ayam atau daging untuk sekejap sahaja.
Steam Injection
Tidak kesemua ketuhar ada fungsi ini. Fungsi ini cukup sesuai jika ingin membakar sesetengah jenis roti seperti roti perancis. Ia akan menggaringkan dan meranggupkan permukaan roti itu.
Suhu (Temperature)
Pastikan anda tahu jenis suhu ketuhar anda untuk jenis masakan yang anda lakukan agar ianya tidak menghasilkan rasa hangit atau hangus pada kuih semasa proses pembakaran dilakukan. Setiap saiz ketuhar itu mempunyai suhu kepanasan yang berbeza. Dapatkan nasihat daripada pakar penjual sebelum membuat belian terlebih dahulu.
Semoga tip yang diberi berguna untuk para ibu menyediakan masakan terbaik untuk keluarga. Selamat memasak!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanaman Ini Bertindak Sebagai Pengahalau Nyamuk Yang Berkesan, Jom Cuba!
Biasanya, cara paling mudah dan cepat kita nak membunuh atau membasmi nyamuk adalah dengan menyembur sahaja semburan aerosol tanpa berfikir panjang. Tetapi suka atau tidak, kita tidak boleh abaikan hakikat yang bahan ini beracun. Walaupun kandungan racun dalam semburan ini rendah, tetapi jika digukan berulang kali ia boleh mendatangkan bahaya.
Jadi untuk kurangkan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang, adalah lebih baik jika kita ambil pendekatan yang lebih selamat iaitu dengan menggunakan tumbuhan sebagai penghapus nyamuk dan serangga perosak lain.
Terdapat 6 tanaman pilihan yang IMPIANA sarankan untuk anda :
1. Kucai
Tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia dari tanaman kucai juga dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di taman anda.
2. Pudina
Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia
Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, belalang dan cacing.
4. Bayam Duri
Sesuai ditanam di halaman rumah untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Ulam Raja
Merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
6. Ketumbar
Tumbuhan yang wajib ada di dapur. Ia bukan sahaja dapat menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Terlebih Nitrogen Punca Pokok Cili Lebat Daun Tapi Kedekut Buah
Pokok cili antara tanaman mesti ada dikebun rumah. Ia mudah untuk ditanam namun sangat sensitif terhadap serangan perosak sam ada dari virus mahupun serangga. Itu, antara punca utama hasil cili tidak menjadi walaupun telah diberi baja yang mencukupi. Selain itu, ada beberapa perkara punca cili kedekut buah. Antaranya:
NITROGEN BERLEBIHAN
Masalah lain dengan cabai yang tidak berbunga atau berbuah adalah nutrisi yang tidak mencukupi. Tanaman dengan terlalu banyak nitrogen menjadi subur, hijau dan besar dengan mengorbankan buah sehingga akan mengakibatkan tanaman yang tidak berbuah.
Nak lebih tip berkebun di rumah? Jom sertai bengkel online IMPIANA bersama pakar dari Jabatan Pertanian. Untuk penyertaan, boleh daftar terus di link yang disertakan Kebun Dalam Rumah! Apa Teknik Betul – Toko Ideaktiv
Cili memerlukan fosforus dan kalium untuk mengahasilkan bunga dan buah yang banyak. Cara mudah untuk atasi masalah ini adalah semburkan tanaman dengan campuran 1 sudu teh garam yang dilarutkan ke dalam 940ml air suam. Ia akan membekalkan magnesium yang mempercepatkan proses penghasilan buah. Ulang langkah yang sama setiap 10 hari hingga ia berkesan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI