Ditengah-tengah penularan wabak COVID-19 ini, aspek kebersihan amat penting untuk kita ketengahkan. Selain mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap, kita juga dinasihati untuk memastikan keadaan dirumah sentiasa bersih. Semua permukaan harus dilap dan dicuci bagi membasmi sebarang kuman atau virus yang berpotensi menjangkiti penghuni kediaman.

Melalui perkongsian Syinorita Syahidah di akaun Facebooknya, beliau ada menunjukkan cara untuk membuat sendiri spray pembasmi atau disinfectant spray yang mujarab bagi menghapuskan kuman.

 

Ads

 

APAKAH KEGUNAAN DISINFECTANT SPRAY?
“Untuk pengetahuan korang, spray ini digunakan untuk membunuh kuman dan virus yang melekat diatas permukaan seperti lantai, tandas, perkakas rumah mahupun pakaian. Spray ini juga boleh digunakan pada parcel yand dibeli online, barang mainan anak, atau perkakas rumah (alat eletrik tidak boleh ye). Kalau anak kerap demam atau kena influenza, DS ini bagus korang guna untuk disinfection barang dalam rumah.”

Ads

CARA MEMBUAT DISINFECTANT SPRAY

Hanya 2 bahan yang anda perlukan:
1. Air
2. Cecair peluntur Clorox

Ads
DIY Spray Pembasmi Kuman Di Rumah, Hanya Guna 2 Bahan Ini
Di label botol Clorox terdapat senarai kuman dan virus yang boleh dihapuskan serta cara penggunaannya

DIY Spray Pembasmi Kuman Di Rumah, Hanya Guna 2 Bahan Ini

  • Nisbah campuran antara dua bahan ini ialah 5% clorox campur dengan 95% air.
  • Setelah selamat dicampur, boleh letak kedalam apa-apa botol yang bersesuaian.
  • Cara guna, anda hanya perlu spray dan biar je sampai kering.
  • Kalau beli parcel online, jangan buka parcel dulu. Spray dan biarkan sekurang-kurangnya 5 – 7 minit baru boleh buka dan sentuh.
  • Diingatkan supaya letak DS di tempat yang selamat dan jauh dari anak-anak kecil.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI