Ditengah-tengah penularan wabak COVID-19 ini, aspek kebersihan amat penting untuk kita ketengahkan. Selain mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap, kita juga dinasihati untuk memastikan keadaan dirumah sentiasa bersih. Semua permukaan harus dilap dan dicuci bagi membasmi sebarang kuman atau virus yang berpotensi menjangkiti penghuni kediaman.
Melalui perkongsian Syinorita Syahidah di akaun Facebooknya, beliau ada menunjukkan cara untuk membuat sendiri spray pembasmi atau disinfectant spray
yang mujarab bagi menghapuskan kuman.
APAKAH KEGUNAAN DISINFECTANT SPRAY?
“Untuk pengetahuan korang, spray ini digunakan untuk membunuh kuman dan virus yang melekat diatas permukaan seperti lantai, tandas, perkakas rumah mahupun pakaian. Spray ini juga boleh digunakan pada parcel yand dibeli online, barang mainan anak, atau perkakas rumah (alat eletrik tidak boleh ye). Kalau anak kerap demam atau kena influenza, DS ini bagus korang guna untuk disinfection barang dalam rumah.”
CARA MEMBUAT DISINFECTANT SPRAY
Hanya 2 bahan yang anda perlukan:
1. Air
2. Cecair peluntur Clorox
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.