Stepping stone atau baju pemijak adalah salah satu elemen pelengkap hiasan lantai laman. Selain ia memberi tekstur dan percikkan warna pada lantai laman, ia juga melindungi hamparan rumput dari cedera dipijak dan memberi keselesaan ketika memijak.
Namun, harga stepping stone ni dipasaran bukan calang-calang ya. Paling murah pun RM 10 bergantung kepada kuantiti yang banyak. Kalau nak beli 20-30 keping, maunya tak koyak poket. Sebenarnya, tak susah dan tak perlu kos yang banyak pun untuk menghasilkan stepping stone ni.
Wan Mohd Khairy, berkongsi di dalam group Facebook Kelab Kaki Deko cara DIY stepping stone yang hasilnya berkualiti macam beli dekat kedai.
1. Sediakan bancuhan simen. Masukkan air gaul biar sebati. Jangan terlalu keras dan tak terlalu lembek. Pokcik lembek skit biar dia kuar urat kayu. Kalau ada mixer lagi bagus.
Ads
2. Sapukan minyak pada loyang… Pokcik guna minyak hitam jer
3. Masukkan adunan separuh loyang, pastu buh inti besi dlm gambar tu. Goncanga atau ketuk sikit biar rata.
4. Tambah lagi adunan biar penuh loyang. Goyang dan ketuk biar padat
Ads
5. Jemur panas pada suhu 180 darjah selama 24jam. Baru bleh keluarkan dari loyang. Tunggu betul-betul kering
Courtyard, atau laman dalam, bukan sahaja menambah nilai estetika kepada sesebuah kediaman, tetapi juga memberikan suasana santai dan menyegarkan.
Courtyard juga berperanan sebagai ruang terbuka yang boleh menyeimbangkan dan menyejukkan suhu dalam kediaman. Selain itu, ia juga memberikan aliran udara yang lebih sihat, privasi, dan ketenangan kepada penghuni. Jika anda sedang berkira-kira untuk mewujudkan sebuah kediaman yang harmoni dan dekat dengan alam semulajadi, inilah salah satu pilihan bijak yang boleh anda pertimbangkan.
Berikut merupakan kelebihan untuk kediaman yang memiliki courtyard :
Pencahayaan
Selain berperanan sebagai salah satu langkah mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, limpahan cahaya matahari melalui ruang terbuka di courtyard juga dapat mempengaruhi faktor kesihatan penghuni.
Pengudaraan
Sumber ventilasi semulajadi yang membekalkan udara segar dari luar juga dapat meningkatkan kualiti oksigen. Pengudaraan di kawasan courtyard dapat menurunkan suhu kediaman menjadikannya lebih sejuk dan segar walaupun ketika musim panas.
Pembahagi Ruang
Ia juga bertindak sebagai pemisah ruang di dalam rumah. Contohnya, courtyard yang terletak antara ruang tamu dan bilik tidur dapat meningkatkan privasi di antara kedua kawasan ini dan sebagai pembahagi ruang makan dan dapur.
Persekitaran Nyaman
Dengan perancangan yang rapi dan tepat, sebuah courtyard dapat dijadikan satu ruangan santai yang selesa menepati segala aspek kehidupan yang memerlukan kesegaran alam semulajadi didalam rumah.
Buah Melon atau Golden Melon semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita. Isi Golden Melon manis dan rangup, dan bentuknya yang bulat dan cantik sangat popular.
Perkongsian Yazid Nazry’s menerusi laman Facebooknya bagus untuk dijadikan panduan untuk menanam tumbuhan ini di rumah.
Beliau mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar hasil tanaman golden melon yang diusahakan di sekeliling rumahnya.
Yazid mula menanam di rumahnya semenjak gelombang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020. Bermula sebagai hobi dan pada masa yang sama ingin mempelajari perkara baru, beliau tidak menyangka bahawa usaha tersebut kini menjadi pendapatan tambahan baginya. Antara jenis golden melon yang diusahakan adalah seperti chanchai, khaitongkham, R41, serta melon sweet emerald Malaysia.
Menurut Yazid, beliau memanfaatkan setiap ruang di sekeliling rumah yang nampak terhad pada masa itu. Ia bermula dengan keluasan 1.2 x 5 meter sebelum beliau mendapat peluang berpindah ke rumah yang mempunyai kawasan lebih besar. Dari situlah, beliau dapat meningkatkan jumlah tanaman.
SISTEM MINI FERTIGASI
Bercerita lanjut, Yazid berkata, hanya dengan modal RM100, beliau memulakan tanaman dengan menanam 10 batang pokok melalui sistem mini fertigasi.
Bilangan pokok kemudian ditambah sedikit demi sedikit dan sistem tanaman dinaik taraf. Pada permulaan, beliau menanam 10, 15, 30 hingga 200 pokok dan kini sudah mencecah 900 pokok. Beliau mengakui mempelajari cara menanam golden melon hanya menerusi media sosial sahaja.
Setiap bidang pasti ada cabaran yang menanti, demikian juga bagi Yazid yang perlu bijak membahagikan masa memandangkan beliau mempunyai kerjaya tetap dan berkebun hanyalah sebagai sampingan sahaja. Tanam pokok ini memang sangat mencabar, tapi disebabkan minat, beliau teruskan juga. Cabaran pertama adalah dari segi kekangan masa kerana beliau hanya ada masa sebelum dan selepas waktu kerja untuk menjaga tanaman.
Sensitif dan Tidak Boleh Terdedah Hujan
Yazid berkongsi bahawa golden melon amat sensitif dan tidak boleh terdedah dengan hujan berterusan. Beliau mempraktikkan konsep tanaman secara terbuka, yang memerlukan pengawasan pokok setiap hari. Beliau turut mempraktikkan sistem fertigasi dan sentiasa memperbaiki kaedah penanaman dari semasa ke semasa. Kali ini, Yazid menerapkan kaedah HDP iaitu High Density Planting yang memaksimumkan ruang yang ada dengan menggunakan polibeg bantal sebagai alternatif untuk menjimatkan penggunaan baja. Selain golden melon, Yazid juga menanam sayur-sayuran seperti kobis, salad, cili, terung, timun, jagung, sawi dan pelbagai lagi.
IMPIANA : Seronok berbakti pada tanah ni memang banyak manfaatnya. Apabila berbuah, boleh dituai dan dinikmati bersama. Jika rezeki lebih, boleh menjana pendapatan pula.
Lazimnya setiap pagar rumah pasti akan guna kunci mangga untuk melindungi kawasan rumah, atau lebih tepat sebagai langkah keselamatan.
Pun begitu, bilamana padlock atau mangga yang diperbuat daripada besi bila sentiasa berhujan dan berpanas setiap hari, tentunya akan menyebabkan ianya cepat berkarat.
Bahan-bahan:
1) Botol air yang sudah kosong
Langkah-langkah:
1) Potong bahagian bawah botol air.
2) Seterusnya potong secara memanjang pada botol air tersebut, pastikan ukuran potongan boleh memuatkan mangga logam berkenaan. Jangan terlalu besar potongan kerana risau nanti mudah tercabut.
3) Sarungkan botol air yang sudah siap dipotong pada mangga sebagai pelindung daripada hujan dan panas.
4) Untuk lebih berkesan, boleh juga sembur mangga dengan cecair anti-karat.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.