“Hitam putih” sering dikaitkan dengan warna Monochrome yang mencerminkan reka bentuk minimalis dan kontemporari.
Umpamanya jika selama ini ruangan tangga nampak kusam dan tidak berseri, apa kata ubah menjadi lebih wow dengan cara yang dikongsikan oleh Aina Syafiqka ini.
DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik!
Tanpa memerlukan kos yang banyak dan yang penting tidak perlu pun menukar kepada tangga kayu namun ruangan tangga yang diidamkan selama ini dengan konsep hitam putih dapat direalisasikan menggunakan cat epoxy. Lebih mengujakan, semuanya dilakukan sendiri memandangkan dia PJJ dengan pasangannya.
Ini perkongsiannya semoga terinspirasi!
Saya memang teringin sangat nak tangga hitam putih tapi belum ada budget untuk install solid wood dekat tangga sebab masuk rumah baru memang banyak benda lain yang lagi penting untuk buat tapi nak juga hahahah so saya decide nak diy.
Akibat banyak sangat tengok instagram mat salleh kebanyakkan dia orang cat tangga tapi tangga dia orang semua jenis kayu buka batu dan tiles .
So lepas buat research saya nak cuba guna epoxy yang orang selalu guna untuk cat bilik air tapi kebanyakkan epoxy jenis glossy bukan matte saya nak yang matte finishing, almost give up juga tapi hasil godek shopee finally jumpa cat epoxy yang matte finishing.
Ads
Harga dia pon mahal berbanding epoxy yang gloss biasa – 1L around RM70 but seriously saya cakap sangat cantik hasil dia.
Untuk tangga saya yang 16 steps kecil 2 steps besar- ✅Warna hitam – 1 tin utk 2x layer (cukup2)
✅Warna Putih -2tin (sebab banyak layer untuk dapat finishing yang smooth dan cantik)
✅Undercoat – 1tin
Ads
EKSTRA TIP
Saya undercoat dulu semua 2 layer pastu baru cat colour..saya start dengan warna putih dan hitam..so sebabkan dia kena mix dengan hardener untuk tak nak bazirkan amount of paint, saya bahagi-bahagikan jumlah cat tu untuk mix dengan hardener..saya tak bancuh terus 1 tin sebab oncw dah mix dengan hardener kena terus guna sebab dia akan keras lepas tu..so nak jimat dan tak nak bazirkan duit dan cat saya bahagi-bahagikan ratio.
Sebelum cat saya bersihkan tangga dulu dan bagi kering then baru start undercoat untuk garisan-garisan tiles tu saya biarkan sahaja, bila dah cat dia tak nampak obvious sgt..cantik sahaja.
Ads
Saya buat sorang sebab saya pjj dengan husband saya,since sekali cat kena tunggu kering 8-12hrs so saya buat masa malam lepas anak-anak saya dah tidor, saya akan start dari bawah ke atas, besok bangun tidor dah boleh pijak.
Untuk siapkan tangga ni ambil masa 2weeks juga sebab kejap ada mood kejap tak ada mood hahaha but bila dah siap rasa membuah hasil.
Dah 11 bulan lepas saya cat tangga, alhamdulilah masih cantik lagi macam baru, belum ada kopek-kopek even saya pernah heret cabinet ikea yang besar dari bawah ke atas. colour pon tak ada pudar. Saya mop macam biasa tapi seminggu sekali sahaja.
Cons satu je bila tangga hitam ni,akan senang nampak berdebu..memang dia akan buat kita jadi rajin tapi kadang tak rajin pejam mata je la.
Berikut adalah beberapa jenis dekorasi yang boleh dilakukan dengan warna monokromatik:
Cat Dinding: Memilih warna yang sama tetapi dengan pelbagai intensiti untuk dinding boleh menambah dimensi pada ruang tanpa mengganggu tema monokromatik.
Perabot: Pilih perabot dengan warna yang sama tetapi dengan tekstur yang berbeza untuk menambah kedalaman visual dan minat tanpa menggunakan warna tambahan.
Tekstil: Langsir, cadar, bantal hiasan, dan karpet dalam skala warna yang sama boleh menambah kenyamanan dan kelembutan pada ruangan.
Seni dan Aksesori: Lukisan, cetakan, atau patung dengan palet monokromatik boleh menjadi titik fokus yang menarik dalam ruangan.
Pencahayaan: Lampu gantung, lampu meja, dan lampu berdiri dengan warna dan bentuk yang seragam boleh menyatu dengan baik dalam reka bentuk monokromatik.
Elemen Semula Jadi: Tanaman hijau atau bunga segar dalam bekas monokromatik menambah elemen hidup yang menyejukkan tanpa mengganggu palet warna.
Dinding Ciri: Satu dinding dengan tekstur atau corak yang menarik dalam warna yang sama boleh menambah keunikan dalam ruangan monokromatik.
Pemisahan Ruang: Menggunakan warna berbeza dari palet monokromatik yang sama untuk menandakan kawasan atau fungsi yang berbeza dalam ruangan terbuka.
Dengan menggabungkan pelbagai tekstur, bahan, dan corak dalam skema warna yang sama, ruangan monokromatik boleh terasa kaya dan berlapis, sambil mengekalkan rasa ketenangan dan kesinambungan visual.
Walaupun menggunakan perabot lama, langsir lama, suasan kediaman terus berubah apabila warna cat di dinding bertukar. Tapi, ramai yang akan cakap mengecat ni bukan mudah lebih-lebih lagi apabila selepas selesai mengecat. Nak mengemas cat yang meleleh ke lantai, bersihkan berus dan sebagainya paling melecehkan. Tambahan, kalau tak kena tekniknya cat boleh nampak buruk.
Sebenarnya, mengecat ni tidak lah seteruk yang anda bayangkan jika mengikut arahan pada label cat dan penyediaan kelengkapan yang mencukupi seperti berus. Untuk memudahkan kerja-kerja anda mengecat, IMPIANA senaraikan produk-produk pintar yang sangat membantu kerja-kerja mengecat anda.
1. Roller cat siap tabung
Tak perlu kerja-kerja celup cat atas dulang. Hanya perlu tuang cat dalam botol roller. Secara tidak langsung, ia menjadikan sapuan anda lebih mudah rata dan tidak menitik ke lantai. Untuk belian terus, boleh klik link ni https://invol.co/cl3u8vg
2. Roller untuk cat sudut
Kebeiasaanya, Pelekat kertas akan digunakan sebagai sempadanan untuk mengecat bahagian bucu siling dan kaki dinding. Ia bagi mengelak cat yang disapu terkena bahagian yang tidak diingini. Namun, tak semua nya berhasil baik. Untuk atasi masalah ini, boleh guna roller cat yang dikhaskan untuk bahgaian sudut. Klik sini untuk belian terus https://invol.co/cl3u8yb
Masa ekonomi tak berapa nak baik ni, DIY adalah pilihan terbaik dalam berjimat. Tak kira laha apa pun benda dan perkara termasuk buat perabot sendiri, baju sendiri, karpet sendiri dan sebagainya. Nak-nak menjelang raya ni, Bila ahli keluarga dah semakin membesar dan bertambah, lebih banyak peruntukkan yang perlu dipersiapkan. Jadi, selagi apa yang boleh di jimat, kita wajib jimat.
Kalau nak beli langsir eyelet di kedai yang dah siap, mahu harganya makan beratus juga. Apa kata kita DIY je sendiri. Cuma pastikan apa jenis tingkap anda, berapa keping daun tingkap dan kalau sliding door, kenal pasti berapa keping sliding door anda. Nanti pandai lah orang kedai tu potongkan. Lebih mudah, mintak tolong orang kedai tu potong siap-siap kain langsir untuk setiap tingkap. Balik tinggal jahit je.
Bila bahan semua telah sedia, Jom kita ikut cara-cara menjahit langsir yang telah disediakan oleh Audra Ayeesha:
Ukuran sebenar langsir + lipatan atas + kelim bawah.
Lipatan atas : 5 inci (1inci utk jahitan tape + 4 inci utk lipatan tape. ikut size tape, sy guna tape 4inci)
Kelim bawah : 4inci ++ (sy guna 8inci sbb sy buat lipatan 4inci 2kali. Blh jg ambil 5 inci mcm lipatan atas)
**utk yg buat cantuman kain (seperti contoh gambar). Jahit setiap 2 keping jadikan satu terlebih dahulu.
1. Jahit tape & lebihkan 1 inci pada kain.2. Tape yg telah dijahit. Lipat ke dalam 2 kali. Tape diatas bersize 4inci.3. Selepas lipat ke dalam 2 kali. Iron & jahit.4. Untuk kelim bahagian tepi kiri dan kanan. Lipat ke dalam 2 kali 1inci. Iron dan jahit sehingga hujung kain.5. Siap jahit tape & kelim tepi.6. Utk kelim bahagian bwh. Lipat kelim 4inci, iron & jahit.7. Jarak 1.5 inci dr kiri & kanan dan tandakan lubang. Satu keping kain bidang 60 bersamaan 8 lubang ring. (Sy guna 1.5 keping kain bidang 60 bersamaan 12 lubang ring)8. Tandakan jarak yg sama bg setiap lubang & tebuk menggunakan gunting atau puncher.9. Masukkan ring kedalam lubang dan tekap ring kedua2 belah.
DAH SIAP!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Di kala pandemik ni, ramai memilih air-fryer untuk penyediaan makanan sihat terutamanya yang jenis bergoreng. Tiba-tiba, tular pula yang menyatakan bahawa Air-fryer ni boleh menyabab kanser. Betul ke?
Jom baca kupasan dari Zakwan Mohtadza yang mengulas mengenai isu ini di facebooknya.
Secara ringkasnya, Kandunggan Acrymalide yang terhasil ketika proses memasak memang boleh mengundang kesan sampingan. Namun, ianya bukan sahaja boleh dihasilkan oleh air fryer sahaja. Apa jua jenis pemanggang atau teknik menggoreng boleh menghasilkan kandungan tersebut pada suhu tertentu. Jadi, anda perlu kawal suhu dan waktu memeasak. Jika di dalam menual menerangkan pada sahu dan waktu tertentu, sila kurangkan sedikit.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.