Ruang simpanan mampan memang menjadi keutamaan lebih-lebih lagi bagi anda yang tinggal dalam kediaman bersaiz kompak. Dalam banyak ruang, dapur adalah tempat yang paling kritikal memerlukan ruang simpanan yang banyak. Selagi ada ruang yang boleh diguna kosong, perlu dimanfaatkan. Secara tidak langsung, ia memebri keselesaan walaupun dapur bersaiz kecil.
Seperti yang dilakukan Reezal Jelita. Ruang kabinet bawah sinki dijadikan tempat simpanan periuk dan kuali untuk memasak. Yang paling menarik, ia mudah disimpan dan diambil semula. Cara-caranya seperti di bawah
1. Drawer Slide boleh beli kat shoppe sepasang dalam RM10. Kayu tu boleh pakai apa-apa kayu yang sesuai.
Berkebun ni, tak ada istilah tangan sejuk, tangan paans. Tak ada masalah bagi yang kurang masa atau banyak masa. Tak semestinya, perlu kawasan yang luas baru boleh bercucuk tanaman. Seperti perkongsian Ganis Silvia, walaupun ruang yang terhad, ia berjaya menanam pelbagai jenis sayur dengan menggunakan teknik 3T (tanam, tinggal, tuai). Jomkita lihat cteknik tanaman sayur yang dikongsikan
Berkebun tepi rumah tak perlu ada tempat yang luas 2m x 0,5m dah boleh tanam banyak jenis sayuran, nak masak tinggal petik saja
Potong botol mineral kepada 2 bahagia dan tebuk lubang pada bahgian penutup dan leher botol (macam dalam gambar) menggunakan paku panas atau besi yang telah dipanaskan
Lubang pada penutup sebagai penyerap kelembapan atau air untuk melembapkan medium tanaman, manakala pada leher botol berfungsi sebagai sirkulasi oksigen untuk mengihindari akar dari cepat membusuk disamping menyingkirkan air yang berlebihan
Medium tanaman, guna tanah kpmpos dan baja NPK.
Boleh buka penutup botol kalau akar dah banyak
PEMBAJAAN
Pembajaan boleh dilakukan selepas tanaman mencecah usia 2 minggu. Sukatan 1 sendok makan baja larutkan dengan air 1,5 liter siram secukupnya seminggu sekali. Untuk tanaman yang akarnya telah melepasi botol atau dah mencecah permukaan air, baja boleh dilarutkan di dalam air dengan nisbah 1/4 sudu makan baja bagi setiap botol
MENUAI
Untuk tuai kangkung, hanya perlu potong bahgian atas sahaja, tinggalkan cabang atau daun paling bawah. Dalam tempoh 2 minggu dah boleh tuai baru
Untuk tuai 3T sayur sawi, salat, bak choi, bayam dan sebagainya, hanya perlu peting daun matang dan tinggalkan daun muda. Dalam tempoh seminggu dah boleh tuai lagi.
Ruang penstoran atau penyimpanan yang terhad merupakan salah satu punca kediaman kelihatan tidak teratur dan bersepah. Selain itu, permasalahan ini juga boleh dikatakan berpunca dari kegagalan pemilik kediaman untuk menyediakan tempat menyimpan yang khusus bagi barang-barang tertentu.
Apa pula penyelesaian jika kabinet, almari serta laci yang terdapat dirumah sudah penuh tetapi barang sentiasa bertambah?
Jangan risau, kerana anda boleh jadikan perkongsian saudari Sentuhan Dania yang beliau ilhamkan sendiri ini sebagai inspirasi. Selain mendapat solusi ideal bagi menambah ruang penstoran, anda juga dapat jimat banyak! Kerana dengan bajet keseluruhan tidak sampai RM15 pun, kediaman berjaya diubah menjadi lebih kemas tersusun.
Jom kita cuba bersama.
Hasil DIY hari ini.. Dengan bersungguh-sungguh saya ke kedai ECO. Bakul tu 1 ikat RM2.10, ada 2 bakul. Kiranya 1 bakul RM1.05. Cable tie pun beli di ECO sahaja. Kayu pula, saya ambil saja di stor saya. Moadal semua tak sampai RM15, marilah kita berjimat..
CARA-CARA MEMBINA RAK BAKUL BERTINGKAT
BAHAN DAN KOS YANG DIPERLUKAN;
1. 4 set bakul (8 bakul keseluruhan) = RM8.40
1 set ada dua bakul
2. 3 atau 4 batang kayu
3. Cable tie dan roda (optional)
4. Ikatkan kayu pada bakul menggunakan cable tie. Saya guna 3 batang je, sebab kayu tak cukup, tapi and aboleh juga gunakan 4 batang kayu untuk lebih stabil.
Memang menarik idea ni. Anda juga boleh serlahkan kreativiti dengan mengecat rak bakul mengikut citarasa masing-masing. Pasti lebih menarik!
Selamat mencuba, semua.
Bagi peminat dekorasi Scandinavian dan Nordic, antara elemen pelengkap gaya kediaman adalah bingkai gambar. Selain paparan elemen-elemen nordic yang memaparkan corak geometri ringkas,poster kata-kata semangat dan sebagainya, sekeping dua pemandangan hutan diselitkan sebagai pelengkap. Bingkai gambar dengan paparan hutan yang menghijau menjadi penyejuk mata saat melihat dinding yang dihiasi dengan bingkai-bingkai gamabr yang lain. Selain itu juga, Ia berfungsi sebagai visual tetingkap bagi anda yang tidak berpeluang melihat pemandagan indah.
Disini IMPIAN kongsikan 20 keping gambar hutan yang kerap menjadi buruan peminat-peminat dekorasi scandinavian dan nordic. Apa yang anda perlu lakukan, muat turun gambar dan print. Pemandangan indah sedia di bingkaikan. Untuk muat turun fail gambar bersaiz besar, sila klik pada tulisan berwarna biru yang terdapat di bahagian bawah setiap gambar
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.