Ruang simpanan mampan memang menjadi keutamaan lebih-lebih lagi bagi anda yang tinggal dalam kediaman bersaiz kompak. Dalam banyak ruang, dapur adalah tempat yang paling kritikal memerlukan ruang simpanan yang banyak. Selagi ada ruang yang boleh diguna kosong, perlu dimanfaatkan. Secara tidak langsung, ia memebri keselesaan walaupun dapur bersaiz kecil.
Seperti yang dilakukan Reezal Jelita. Ruang kabinet bawah sinki dijadikan tempat simpanan periuk dan kuali untuk memasak. Yang paling menarik, ia mudah disimpan dan diambil semula. Cara-caranya seperti di bawah
1. Drawer Slide boleh beli kat shoppe sepasang dalam RM10. Kayu tu boleh pakai apa-apa kayu yang sesuai.
2. Skru kan 2 bahagian ni
3. Hook screw ni pun boleh beli kat shoppe atau hardware
4. Screw dulu 1 bahagian ni. Slider tu boleh cabut dulu 1 bahagian