Untuk melindungi wayar yang berselerak di dinding mahu pun lantai, pilihan terbaik adalah dengan menyediakan bekas wayar atau wire casing. Tapi, macam mana pula nak lindungi wayar tv yang berselirat pada dinding? boleh juga nak gunakan wire case, tapi lebih cantik jika anda gunakan TV wall panel. Jadi, sebarang wayar sama ada dari TV dan decoder akan tersimpan di dalam panel tersebut.
Namun, kos untuk membuat tv wall panel ni pun lebih kurang buat kabinet dapur sebab kaedah dan material yang digunakan lebih kurang sama. Demi mencapai impian dan memastikan kediaman sentiasa kemas dan cantik, Diyana Mahmud dan pasangannya ambil keputusan untuk buat sendiri sahaj TV Wall panel. Apa yang menarik, Tv Wall Panel yang dianggarkan RM 1, 500 – RM 2, 000 oleh kontraktor ini hanya memerlukan kos RM 399 jika dibuat sendiri. Jom tengok cara buat TV Wall panel yang dibina oleh pasangan ini.
Bahan/kos:
Plywood tebal 10mm size 8 ftx 4ft RM 52 x 2 pieces
Kayu 1×2 RM8 x 7 pieces
Vinyl flooring RM 115 x 2 kotak
Gam 1 botol RM 9
Total=RM 399
Cara-cara:
1. Dapatkan ukuran TV wall penal yang akan dibina dan lakar struktur sokongan yang akan memegang TV wall panel tersebut
2. Tentukan keperluan barang atau kayu mengikut gambarajah yang telah dilakar
3. Pasang struktur sokongan dan tutupkan dengan playwood seperti lakaran yang telah dilakukan. Jangan lupa, buat satu lubang sebagai ruang penyimpanan wayar-wayar TV.
4. Untuk lebih kemas, pasang kan frame kayu atau wainscoting mengikut saiz yang bersesuaian
5. Seterusnya, Tampal vinyl sebagai kemasan
6. Lepas vinyl kering, tebuk lubang untuk letak bracket TV dan pelbagai eksesori lain. DAH SIAP!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI