Almari di dalam bilik bagaikan satu kewajipan kerana ia bukan sahaja menyediakan ruang simpanan baju dan keperluan lain, malah memastikan bilik kelihatan kemas. Namun, bagi puan Qaseh Nafisha dan suami, mereka punya pilihan lain.
Almari edisi anak ramai. Emaknya asyik bising kata almari dah tak muat. Untuk menjimatkan kos dari membeli almari besar, ayahnya DIY sendiri almari penuh satu dinding.
Dengan hanya bermodalkan RM 90, walk-in wardrobe berjaya disiapkan hanya dengan menggunakan besi siku berlubang dan sesiku yang di beli dari kedai Mr. DIY.
Untuk elak kelihatan baju yang tidak kemas, Puan Qaseh telah menggunakan langsir sebagai tirai menutup cela.
Besi siku biru berlubang beli dari kedai hardware dah siap potong 9 kaki. Satu batang RM 20
Sesiku “L” terus drill ke dinding
Skrukan besi biru berlubang tu pada sesiku “L”
Kebetulan ada lebihan papan lama, boleh buat alas tempat simpaanan di bahagian atas
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Betul Potong Tikar Getah Supaya Tak Berkedut Dan Kemas
Samada anda baru ingin memasang tikar getah sebagai lapisan perlindungan pada lantai atau anda mahu menggantikan tikar yang lama, memotong tikar getah mengikut saiz yang dikehendaki tidaklah serumit yang anda sangka. Jika sebelum ini impiana kongsikan tip untuk elak tikar getah yang dihampar berkedut [klik sini untuk artikel lengkap] Ia tidak memerlukan alatan canggih atau berkuasa tinggi, malah proses pemotongan ini hanya memerlukan beberapa alatan yang boleh anda dapati dirumah sekarang seperti pisau, gunting, pembaris besi serta pita pengukur.
Secara ringkasnya, anda perlu ukur dan pastikan saiz sebenar ruang yang terbabit. Setelah anda yakin dengan ukuran yang diperoleh, bentangkan tikar getah sehingga memenuhi runag. Dan untuk mengasingkan bahagian lebihan tikar, gunakan pisau tajam dengan bantuan pembaris besi sebagai panduan agar tidak senget benget. Dibawah ini adalah penerangan terperinci tentang langkah-langkah memotong tikar getah dengan mudah. Selamat Mencuba!
LANGKAH 1
Pertama sekali, lengkapkan diri anda dengan peralatan keselamatan yang sewajarnya. Oleh kerana anda akan menggunakan pisau yang tajam, sepasang sarung tangan kerja untuk perlindungan adalah satu kemestian. Bagi mengelakkan kecederaan, elakkan mengendali pisau jika tidak memakai sarung tangan.
LANGKAH 2
Kemudian, pilih permukaan sesuai untuk proses memotong. Kemungkinan risiko untuk pisau yang tajam memotong menembusi tikar getah dan mencalarkan lantai adalah besar jadi pastikan anda meletakkan lapisan kadbod atau papan lapis sebagai alas.
LANGKAH 3
Ukur keluasan ruang dan pastikan anda tidak lupa ; lebih mudah jika anda catitkan pada kertas. Anda boleh dapatkan saiz setiap gulung tikar getah pada penjual sebelum membeli jumlah yang sesuai dengan saiz ruang anda.
LANGKAH 4
Tandakan dimensi pada tikar bagi memudahkan anda untuk memotong ukuran tepat dengan bantuan garisan yang telah dilukis. Panduan visual seperti ini juga membolehkan anda mempercepatkan kerja dan memastikan proses pemotongan tidak tersasar.
LANGKAH 5
Hamparkan tikar pada kawasan lapang dan rata. Pastikan tikar lurus dan rata serta tiada kedut sebelum memulakan proses pemotongan.
LANGKAH 6
Letakkan pembaris besi pada sebelah garisan yang telah dibuat tadi. Pastikan anda masih boleh nampak garisan tersebut. Keluarkan pisau dan potong mengikut garisan. Pembaris besi akan bertindak sebagai panduan agar pisau tidak terkeluar dari ‘landasan’.
LANGKAH 7
Bergantung pada ketebalan tikar getah, mungkin anda perlu memotong pada garisan yang sama berulang kali. Berhati-hati ketika membuat potongan kedua atau keiga agar tidak tersalah dan terkeluar dari garisan.
Tip: celupkan hujung mata pisau dalam air sabun untuk memudahkannya meluncur diatas tikar getah.
LANGKAH 8
Seterusnya, setelah berjaya memotong tikar tersebut anda hanya perlu kemaskan penjurunya. Tikar getah juga mudah dibentuk, jadi tiada masalah jika ada bahagian yang melengkung atau sebagainya. Pastikan juga tangan anda mudah dikawal dan stabil ketika memotong. Dan apabila ukuran yang diambil tepat, dan dipotong dengan sempurna, tikar getah akan kelihatan kemas dan rapi tanpa gelembung udara yang menjengkelkan.
LANGKAH 9
Akhir sekali, jangan lupa untuk membersihkan semula kawasan kerja. Sapu dan buang semua lebihan tikar getah yang dipotong kerana apabila dibiarkan merata-rata, ia boleh mendatangkan bahaya pada anak kecil atau haiwan peliharaan anda. Periksa kawasan terlibat dengan teliti apabila sudah selesai melakukan kerja.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Kebun Konsep ‘Rustic Vintage’ 520 Kaki Persegi, Sesuai Untuk Berehat, Solat & Simpan Alatan Kebun
Rumah kebun konsep ‘Rustic Vintage’ 520 kaki persegi, sesuai untuk berehat, solat dan simpan alatan kebun. Bagi golongan pesara selalunya ramai yang memilih untuk menghabiskan masa persaraan dengan berkebun. Ada yang selesa tinggal di kebun beberapa ketika sambil menghirup udara nyaman.
Rumah kebun seakan menjadi trend buat mereka yang memiliki tanah kebun. Sambil berehat dan menikmati hasil kebun, dapatlah berehat-rehat sambil menenangkan fikiran. Tanah kebun ini biasanya ditanam dengan pokok buah-buahan seperti durian, cempedak, nangka dan sebagainya.
Sudah namanya rumah kebun, tentulah aspek keselesaan menjadi keutamaan. Berikut perkongsian pemilik sebuah rumah kebun, Hazian Othman
“Alhamdulillah siap sudah rumah kebun kami berkeluasan 520 kaki persegi dengan konsep ‘rustic vintage.’ Bolehlah untuk berehat, solat, dan simpan peralatan kebun. Kontraktor kami SS RIZKI.”
Sumber: Hazian Othman
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tiada Kesedaran Sivik Merosakkan Seni Hiasan Kolum Deepavali, Individu Ini Mohon Ibu Bapa Jaga Tingkah Laku Anak Di Tempat Awam
Baru-baru ini, seorang wargamaya di laman media sosial Facebook bernama Daniel Nazree meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap sikap segelintir para ibu bapa di luar sana yang tidak memantau tingkah laku anak-anak di tempat awam.
Hal ini berlaku ekoran selepas satu seni hiasan Kolum sambutan perayaan Deepavali di tempat awam telah dirosakkan oleh segelintir kanak-kanak.
Serentak dengan itu, individu berkenaan turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan seni hiasan Kolum Deepavali yang telah dirosakkan tersebut menerusi hantaran yang sama.
“Kepada sesiapa keluarga kalau bawak anak2 masuk mall sila lah tengok sikit perangai ank tu jangan jadi mak bapak tak ada sivik…
“dah lah rosak kan benda ni lepas tu xda rasa bersalah serta tak ada rasa nak mintak maaf…!!!!
“aku tak nak kait kan bangsa nanti tuduh aku mcm2 tapi pada semua mak bapak klau bawak nak2 tolong jangan rosak kan harta benda orang lain..!!!!,” tulisnya.
Pada masa sama, individu terbabit memohon kepada semua para ibu di luar sana untuk sentiasa lebih peka memantau dan mengawal pergerakan anak-anak di tempat awam supaya kejadian seperti ini tidak akan berlaku di masa hadapan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan meluahkan rasa kesal apabila melihat perkongsian tersebut.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: 4 Kemasan Siling Buat Ruang Tampak Rapi dan Lebih Menyerlah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI