DIY “Walk-In Wardrobe” 3 Tingkat Penuh Dinding Macam Ni Dengan Modal RM 90 Sahaja

Share

Almari di dalam bilik bagaikan satu kewajipan kerana ia bukan sahaja menyediakan ruang simpanan baju dan keperluan lain, malah memastikan bilik kelihatan kemas. Namun, bagi puan Qaseh Nafisha dan suami, mereka punya pilihan lain.


Almari edisi anak ramai. Emaknya asyik bising kata almari dah tak muat. Untuk menjimatkan kos dari membeli almari besar, ayahnya DIY sendiri almari penuh satu dinding.


Dengan hanya bermodalkan RM 90, walk-in wardrobe berjaya disiapkan hanya dengan menggunakan besi siku berlubang dan sesiku yang di beli dari kedai Mr. DIY.

Untuk elak kelihatan baju yang tidak kemas, Puan Qaseh telah menggunakan langsir sebagai tirai menutup cela.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Besi siku biru berlubang beli dari kedai hardware dah siap potong 9 kaki. Satu batang RM 20

Sesiku “L” terus drill ke dinding

Skrukan besi biru berlubang tu pada sesiku “L”

Kebetulan ada lebihan papan lama, boleh buat alas tempat simpaanan di bahagian atas

Published by
Impiana