Laman

Doktor Dari Thailand Guna Ubat Gegat Untuk Cegah Dan Halau Lalat Buah, Lebih Mujarab

Share

Musim buah, antara ancaman utama adalah apabila buah dipetik masak cantik tapi apabila dibelah ada penghuni di dalam. Ini bermakna, buah anda diserang lalat buah yang telah menanam telurnya di dalam putik buah. Hal ini kerap berlaku pada buah mangga jambu dan sebagainya. Kebiasaanya, pekebun akan menggunakan perangkap lalat yang telah diletakkan hormon. Tapi, rakan Puan Sara Saad ada cara lain iaitu dengan menggunakan ubat gegat

Lepas buat lawatan ke ladang Philip Lim, baru timbul ssmangat nak jaga balik pokok2 lemon. Tadi pagi pi pusing se round tengok pokok2 lemon tu, baru perasan pokok yg ada digantung ubat gegat, lalat buah/fruit flies tak kacau, yg tak letak setengah buah ditebuknya.

CARA HALAU LALAT BUAH (FRUIT FLIES) Oleh Dr Taweesak Panpoca, Thailand.

1. Letak ubat gegat/napthalene balls/moth balls sebanyak 5-15 biji ke dlm botol yg telah di lubangkan, tutup dan kemudian diikat dgn tali seperti ditunjuk di gambar. Buat seberapa banyak.

ATAU

2. Letak ubat gegat/napthalene balls/moth balls sebanyak 5-15 biji ke dalam kain sebesar sapu tangan, lalu dibalut dan diikat dgn tali. Buat seberapa banyak.
Gantung sebanyak mungkin di pokok buah-buahan ditempat2 yg bersesuaian. Digalakkan untuk mengguna fragrance lemon.

Published by
Impiana