Kunyit atau nama saintifiknya curcuma longa merupakan tumbuhan dari keluarga halia yang sering digunakan didalam masakan.
Tetapi tahukah anda, rempah berwarna kuning ini bukan sahaja buat perasa masakan malah ia juga mempunyai 1001 manfaat kesihatan yang mungkin ramai masih belum tahu.
Melalui perkongsian Dr. Rizal Abu Bakar di laman Facebook nya, beliau telah menerangkan secara terperinci antara 6 khasiat utama kunyit. Jom kita semak bersama!
Waktu itu awal tahun 1970an. Aku kecil lagi. Aku suka melangut lihat nenek aku bekerja.
Biasalah budak –budak. Suka ambil tahu. Mungkin ringan tulang waktu itu. Hmm atau suka menyibuk.
Nenek aku namanya Ayesha. Ejaan gempak. Dia bukan pelakon. Hanya orang kampung yang orang gelar Tok Bi.
Tok Bi ada 14 orang anak. 2 anaknya meninggal masa kecil. Tinggal 12 dibesarkan di bawah payung kasih sayang beliau.
Tok Wan aku Tok Wan Brahim, suami Tok Bi, kerja dengan PPC. Sekarang dikenali sebagai Penang Port. Gaji sekitar RM50 sahaja sebulan waktu itu. Bayangkan besarkan anak dengan gaji begitu.
Tok Bi adalah bercucuk tanam sedikit. Ada juga bela ayam, angsa dan ayam piru. Habuan makanan masa raya nanti.
Berbalik pada cerita aku dok melangut sakan. Waktu cuti sekolah adalah waktu paling bahagia- boleh balik rumah Tok Bi.
Oleh kerana aku suka perhati dan ambil tahu apa yang Tok Bi buat, dia pun suka aku ada. Adalah orang boleh tolong ambik itu ambik ini.
Satu perkara yang aku selalu perhati, ialah Tok Bi banyak guna kunyit. Samada kunyit hidup ataupun bentuk serbuk yang dibuat sendiri.
Ada ruang sahaja dia akan campak masuk kunyit. Untuk warnakan makanan memang akan digunakan kunyit. Semulajadi.
Seolah kunyit dan warna kuning macam tema makanan sebati dengan Tok Bi.
Ads
Dia juga minum air kunyit. Bab ini paling aku suka. Aku akan tunggu saja waktu dia minum.
Selepas minum aku akan tanya “ Tok minum apa tu tok?”
Dia akan jawab sambil tersenyum, “air kunyit.” Waktu senyum inilah part paling best. Semua giginya akan jadi kuning. Aku apa lagi akan ketawa berdekah –dekah tengok gigi kuning berjahang Tok Bi.
Dia pun terhibur dengan gelak aku yang ala-ala anak jin dalam filem Ahmad Albab.
Tidak cukup dengan minum dan campak kunyit, dia juga akan sapu kunyit ke muka. Dia campur dengan bedak sejuk. Kuning habis muka. Lepas itu dia basuh muka. . Sebab itulah kot, kulit Tok Bi cekang. Licin. Tidak nampak kedut. Serlahkan ayu wajah kacukan melayu-siam-india-arab dia.
Tok Bi meninggal dunia sekitar umur 67 tahun. Meninggal tanpa ada penyakit. Meninggal sebab ajal. Sama macam emak aku.
Ini kisah dulu. Aku tidak tahu tentang kehebatan kunyit. Ia jadi bahan ketawa aku.
Tetapi sekarang baharu aku tahu kunyit ini hebat rupanya. Banyak sangat kajian saintifik buktikan kehebatan kunyit ini.
6 kehebatan kunyit yang ramai orang tidak tahu. Contohnya :
Ads
1. Kunyit adalah penghalang racun arsenik. Arsenik adalah racun berbahaya kepada kesihatan manusia. Bahaya arsenik ini hingga boleh rosakkan DNA. Ini bukan cerita sikit atau kecil. Ini cerita bahaya.
Arsenik terdapat dalam banyak sumber makanan yang kita ambil. Antaranya beras. Dalam jus epal dan jus anggur juga ada arsenik. Arsenik juga dijumpai pada mainan kanak-kanak, kayu meja makan dan pagar yang dibuat dari kayu.
Macam mana pula boleh ada arsenik? Puncanya dari tanah. Kalau kandunga dalam tanah ada arsenik, ia meresap pada tumbuhan itu. Apapun, relaks dulu.
Kita penyelamat. Sang kunyit. Bukan kunyit budak muda asyik sebut tu, ini kunyit betul.
Ni aku nak cerita sikit. Salah satu bahan penting dalam kunyit ialah Curcumin. Ia mampu halang kerosakan dan turunkan impak kerosakan DNA. Lebih menarik lagi.
2. Kunyit adalah anti kanser. Di dalam Journal Alternative Therapies in Health and Medicine, dilaporkan curcumin dalam kunyit bantu halang perkembangan sel kanser. Lebih menarik lagi apabila dicampur dengan piperine (bahan yang sebabkan rasa pedas pada lada hitam) ia kecutkan stem sel kanser payudara.
Kalau dalam sejarah keluarga ada kanser, jadilah curcumin dan piperine saka baharu dalam hidup. Berdamping rapatlah dengan keduanya.
Paling luarbiasa ialah curcumin dalam kunyit ini punya kebolehan programkan kematian sel atau apoptosis. Maklumat ini adalah jasil kajian dari University of Texas.
Ads
3. Kunyit adalah anti tumor. Siapa sangka kunyit dengan saiznya yang kecil tetapi punya kuasa penyembuhan yang besar. Selain bertindak mati dan lemahkan sel kanser, curcumin dari kunyit juga halang pembuluh darah dari membentuk tumor. Mudah fahamnya orang lazimi kunyit akan mudah bebaskan diri dar tumor.
Mudah fahamnya begini. Kalau mahu hindarkan diri dari tumor atau cyst, jadikan kunyit sajian harian.
4. Kunyit adalah penghalang Kerosakan Sel Otak. Part ini aku paling suka. Curcuminoid dari kunyit dapat neutralkan radikal bebas dan halang kerosakan kepada sel otak.
Bukan itu sahaja ia juga bertindak sebagai penjaga kepada sel otak. Dikenali sebagai agen “neuroprotective”. Ala-ala security guard.
Antara fakta yang menarik lagi ialah bahan aromatic-tumerone dalam kunyit tingkatkan pertumbuhan neural stem cell di dalam otak. Pesakit stroke dan Alzheimer wajib berdamping dengan kunyit kerana kebaikan aromatic-tumerone ini. Bahasa mudahnya, aromatic-tumerone lahirkan sel otak.
Mungkin ramai yang tidak tahu otak manusia juga punya plak seperti plak pada gigi. Plak ini sekiranya tidak dibuang akan sebabkan penyakit Alzheimer atau nyanyuk. Antara bahan yang halang pembentukan plak pada otak ialah curcumin. Inilah pelakon utama dalam kunyit.
5. Kunyit bagi kulit meghelit atau glowing. Sebab tu Tok Bi aku asyik dok sapu sakan kat muka dia. Sains pada hari ini buktikan kehebatan kunyit. Bukan sekadar cepat sembuhkan luka tetapi apabila dicampur yogurt, dan madu ia jadi masker semulajadi yang hebat. Melembut dan meremajakan kulit.
Tak perlu percaya. Buat sahaja. Sebab ilmu ini dah dirakam dalam Journal of Life Sciences. Cuma Tok Bi dah awal-awal lagi praktis.
6. Kunyit sebagai fat burner. Bab ini memang win. Kalau bercita mahu kurus, ambillah kunyit. Kunyit halang pembentukan lemak. Menarik lagi, kunyit ada kuasa thermogenic – bakar lemak. Power.
Ringkasnya, kalau mahu kulit glowing, otak power, jauh dari nyanyuk, tumor dan kanser serta badan lentik, amalkan kunyit.
Tok Bi aku dah buktikan. Bebas dari penyakit semasa hayatnya. Dia bukan saintis. Tapi dia beramal dengan ilmu yang dia ada.
Sebuah meja kopi merupakan fokus utama yang dapat membentuk ataupun memecahkan rekaan konsep sesebuah ruang. Pada awalnya, perabot ini hanya dilihat sebagai tempat meletak kopi dan hidangan ringan apabila ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah tapi kini tidak lagi. Meja kopi moden boleh dijadikan ruang simpanan tambahan, ruang kerja pop-up, malah menjadi tempat untuk menyimpan buku atau majalah kegemaran anda. Dari pelbagai fungsi mahupun hanya untuk bergaya, mari kita sama sama lihat koleksi meja kopi moden yang IMPIANA kumpulkan khas untuk para pembaca.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Berapa bersih bilik air anda? tersusn kemas, di cuci tiap hari belum tentu menjamin kebersihan. Seperti umum tahu, biik air adalah ruang paling lembap di dalam rumah. Di tambah dengan iklim Malaysia lembap dan panas sepanjang tahun menjadikan ia habitat terbaik pembiakkan bakteria. Oleh itu, untuk memastikan bukan sekadar bilik air malah kelengkapan dan keperluan harian yang disimpan bersih, ada 10 barang yang mesti dielakkan.
1. ELAK GUNA SABUN BUKU
Perasan tak, jika anda menggunakan sabun buku, ia mudah mencair apabila terendam dalam air bertakung. Bila kesan sabun buku yang cair mula mengering, agak sukar untuk dicuci dan memerlukan kerja keras. Jadi, jika anda masih memerlukan sabun buku, pastikan ia mempunyai bekas khas yang mudah dibersih. Jika tidak, segera buangkan
.
2. HARAM SIMPAN UBAT DI DALAM BILIK AIR
Bagi anda yang mempunyai kabinet atau rak di dalam bilik air, antara barang yang paling tidak layak disimpan adalah ubat-ubatan. Kondisi bilik air yang lembap, akan merosakkan ubat anda walaupun bilik air berkonsepkan kering.
3. BARANG KEMASA CEPAT MEREPUT DI DALAM BILIK AIR
Kadar kelembapan di dalam bilik air juga akan mempercepatkan proses pengoksidaan terutamanya pada permukaan besi. Ini bermakna, barang kemas yang diperbuat daripada metal akan mudah berkarat. Jadi, sila keluarkan barang kemas anda dan simpan di dalam almari solek
4. BARANG SOLEKKAN MUDAH ROSAK
Tdak kira anda menggunakan bedak serbuk mahupun cecair, ia perlu disimpan di dalam ruang suhu bilik dan bukan di dalam bilik air.
5. PEWANGI MUDAH TERJEJAS BAU
Sama seperti barang solekkan, botol pewangi bdan tidak sesuai disimpan di dalam ruang yang mempunyai kelembapan tinggi. Ia akan menjejas atau merosakkan aroma pewangi badan anda.
.
6. ELAK JADI MANGSA RENJATAN ELEKTRIK
Jangan cari pasal. Pastikan barang elektrik seperti pengering rambut, seterika rambut, mesin pencukur, radio dan sebagainya yang tidak direka untuk kegunaan kalis air tidak di letak atau digunakan di dalam bilik air.
7. TUALA MUDAH BERKULAT
Selain bakteria, kondsi bilik air yang lembap dan panas menjadi habitat sesuai pembiakkan lumut. Oleh itu, jika anda menyipna tidak kira tuala yang belum dipakai di dalam bilik air, ia akan menyebabkan tuala anda mudah tercemar dengan kehadiran kulat atau lumut. Jika kelihatan tuala anda ada tompokkan hitam atau tahi lalat. itu antara petanda tuala anda sudah tercemar
.
8. BAHAN BACAAN MUDAH CEPAT ROSAK
Bagi anda yang mempunyai tandas kering, kebiasaanya antara aksesori peru ada dalam bilik air adalah bahan bacaan. sedar tak, kadar kelembapan di dalam bilik air akan merosakkan bahan bacaan kesayangan anda.
9. PENGILAT KUKU CEPAT LUPUT
Walaupun pengilat atau pewarna kuku anda mempunyai tarikh luput 2 tahu, aia akan mempercepatkan tarikh tersebut disebabkan ia terdedah keapda suhu di dalam bilik air yang tidak stabil. Oleh itu, simpan pengilat kuku anda di tempat pada suhu builik
10. PISAU CUKUR MUDAH BERKARAT
Jika anda mempunyai stok simpaann pisau cukur yang banyak, ia tidak perlu disimpan di dalam air. Satu sahaja yang disimpan di dalam, selebih nya letakkan di dalam suhu bilik. Jika tidak, simpanan pisau cukur anda mudah berkarat di dalam bilik air
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Konsep industri dalam seni reka bentuk dalaman telah lama popular dan menjadi kegemaran dikalangan pemilik rumah dan pereka, menjadikan permintaan terhadap bahan industri seperti konkrit yang biasanya digunakan di jalan masuk atau laluan utama serta pembinaan umum yang lain semakin meningkat. Konkrit juga merupakan bahan yang serba boleh kerana terdapat pelbagai cara penggunaan yang dapat kita lihat bukan sahaja untuk kemasan interior malahan juga untuk perabot seperti lampu dan meja sisi.
Sememangnya bahan ini dapat membuatkan kediaman anda tampak lebih moden dan unik tetapi sebelum anda memilih untuk menggunakan konkrit, adalah lebih baik jika lakukan sedikit research tentang sifat serta fungsinya agar tidak tersilap langkah dan bagi mengelakkan pembaziran di masa akan datang. Dengan mengambil tahu serba sedikit, ia akan membantu anda membuat keputusan untuk memastikan aplikasi yang anda mahu itu sesuai ataupun tidak.
Pemilik rumah mungkin suka untuk gunakan konkrit untuk bilik mandi, tetapi bahan ini tidak digalakkan untuk lantai kerana ;
1- ia boleh menjadi licin apabila basah, ditambah pula jika lantai dipenuhi sabun. Hati- hati ya!
2- Perlu juga diingat, konkrit mempunyai permukaan yang berliang, jadi kemunculan garis-garis retak mungkin akan berlaku dari masa ke masa.
3- Jika permukaan konkrit diletakkan berhampiran tingkap, haba yang dihantar melalui dinding akan menyebabkan permukaan retak dengan lebih cepat.
4- Apabila digunakan di dalam bilik mandi yang tidak mempunyai ventilasi yang baik, reaksi dengan bahan pencuci atau syampu juga mungkin akan menyebabkan kesan berbelak pada konkrit.
5- Jika anda masih berminat untuk mempunyai permukaan konkrit di kawasan basah, maka anda perlu menerima hakikat bahawa rupa dan keadaan konkrit itu akan berubah seiring masa.
Tapi janganlah bersedih dan terus tidak minat dengan konkrit, kerana terdapat pelbagai cara kreatif lain yang dapat kita lihat dengan menggunakan bahan serba boleh ini.
Dibawah IMPIANA kongsikan gambar-gambar untuk kita sama sama terinspirasi dengan konkrit. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.