Menu juadah sampingan kalau memerlukan bahan yang banyak dan masa penyediaan yang memakan masa yang lama, memang kita boleh jadi lemah semangat nak buat. Contoh menu sampingan yang popular tapi memerlukan masa yang lama adalah seperti donut. Tapi, hari ni impiana nak kongsikan cara buat donut tak sampai satu minit hanya dengan 3 bahan mudah. Jom tonton video yang disediakan:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Resepi Perangkap Nyamuk Mujarab Guna Sabun Basuh Pinggan
Masalah denggi dan chikungunya sekarang ni semakin meningkat. Agen kepada penyebaran penyakit ini sudah pastilah nyamuk. Walaupun kediaman anda telah mengikut SOP yang ditetapkanbagi mengelak ia menjadi sarang pembiakkan nyamuk, anda masih dikira tidak selamat.
Solusi popular yang digunakan adalah dengan menggunakan lingkaran atauemburan ubat nyamuk, namun ia memberi kesan sampingan pula terhadap kesihatan di sebabkan eh kandungan bahan kimia. Ada lagi satu cara mudah yang impiana nak kongsikan
Sabun Pencuci Pinggan Joy mampu menjadi salah satu alternatif yang lebih selamat untuk membunuh nyamuk.
Cara-cara nya….
1. Campuran sabun pencuci Joy dan air ( satu nisbah satu ). Jika cecair terlalu pekat atau cair, ianya tidak akan mampu menarik perhatian nyamuk. Nyamuk akan ‘minum’ cecair dari bekas plastik yang anda gunakan serta mati dalam campuran sabun tersebut. Kadang kadang nyamuk yang kekenyangan darah pun akan didapati perutnya pecah.
2. Masukkan campuran joy dan air ke dalam bekas yang dalamnya 1 cm serta letakkan bekas yang sudah berisi campuran cecair tersebut ke tempat yang gelap. Misalnya, dibawah almari baju.
Pastikan anda tidak membenarkan kucing anda untuk mendekati perangkap nyamuk sabun joy tersebut kerana khuatir kucing anda akan meminumnya.
3. Esoknya anda akan boleh lihat terdapat nyamuk yang mati dalam perangkap nyamuk guna cecair joy tersebut.
Perangkap nyamuk sabun pencuci joy juga boleh diguna semula. Namun, sekiranya cecair bertukar pekat dan menjadi kering, sila tambah sedikit air bagi memastikan campuran sabun tersebut tidak boleh terlalu cair.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Hilangkan Kesan Hangus Pada Permukaan Besi Seterika
Ada tak di kalangan anda yang mengalami masalah untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika? Kalau ada, memang stres dibuatnya. Betul tak?
Tetapi, kini anda tidak perlu lagi bimbang kerana ada beberapa tip mudah yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan hanya menggunakan beberapa bahan.
Jadi, mari kita lihat bahan yang boleh anda guna untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika semudah ABC!
1.Panadol Soluble
Bahan pertama yang anda boleh gunakan adalah menggunakan ubat Panabol Solube seperti pada gambar yang tertera.
Apa yang cuma perlu lakukan adalah hidupkan seterika anda kemudian sapu sebiji ubat Panadol Soluble di atas kesan hangus pada permukaan besi seterika sehingga cair.
Kemudian, lapkan pada permukaan besi seterika anda dengan sehelai kain bersih dan hasilnya anda akan dapat lihat kesan hangus pada permukaan besi seterika berjaya dihilangkan.
2.Daun Pisang
Selain itu, pelepah daun pisang juga boleh membantu anda untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika. Caranya, ambil beberapa keping pelepah daun pisang, kemudian gosokkan seterika yang telah dihidupkan ke atasnya dengan suhu sederhana panas.
3.Garam
Garam juga dipercayai berkesan untuk menghapuskan kesan hangus pada permukaan besi seterika anda. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu gosokkan permukaan besi seterika anda ke atas sekeping dulang yang ditabur dengan sekampit garam.
Ulang langkah ini beberapa kali dan hasilnya anda akan dapat lihat kesan hangus pada permukaan besi seterika berjaya dihilangkan sehingga bersih.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Anda Guna Pencuci Kain Jenama TOP? Mari Kenali Setiap Jenis & Fungsi Mengikut Warna Botol!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kerja Rumah Ini Tanggungjawab Siapa Sebenarnya? Isteri Atau Pun Suami?
Setiap pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga bersama sudah pastinya akan menghadapi transisi perubahan fasa hidup masing-masing.
Bukan itu sahaja, setiap pasangan suami isteri yang telah berkahwin juga bakal mengalas tanggungjawab besar untuk melayari bahtera perkahwinan yang bahagia dan harmoni.
Namun begitu, apabila berbicara soal tanggungjawab antara pasangan suami isteri dalam menguruskan rumah tangga, ia sering menjadi satu isu topik yang hangat di kalangan masyarakat sekeliling.
Menerusi program rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di saluran TV3 sebelum ini, telah membincangkan serta mengupaskan isu tersebut bersama tetamu jemputan iaitu Perunding Motivasi, Encik Amin Idris.
Ketika sesi perbincangan bersama hos rancangan program bual bicara berkenaan, Encik Amin telah menjelaskan perkara tersebut bersama para penonton.
Jelasnya, ada terdapat beberapa sudut perpektif yang berbeza mengenai soal tanggungjawab pasangan suami dalam menguruskan kerja rumah.
“Isu ini kita kena lihat dari tiga sudut dimensi yang berbeza. Pertama, dari sudut budaya, adab dan masyrakat, kedua pula dari sudut undang-undang dan yang ketiga adalah dari segi agama.
“Sebelum kita nak sentuh tentang tanggungjawab isteri ni, kita kena sentuh dahulu bab mengenai tanggungjawab seorang suami. Untuk maklumat semua, suami ni ada tiga benda kewajipan yang dia kena buat iaitu ‘Makan’, ‘Malbas’ dan ‘Mataab’.
“Istilah ‘Makan’ ni bukan seperti tingkah laku makan itu tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal untuk isteri, mana ‘Malbas’ pula tanggungjawab menyediakan pakaian dan ‘Mataab’ menyediakan makanan.
“Sebab itu haram hukumnya seorang suami guna duit isteri untuk bayar bil eletrik, haram ambil duit isteri untuk bayar duit kereta. Itulah dia kewajipan seorang suami,” jelasnya.
Dalam pada itu, Encik Amir Idris berkata manakala dari sudut agama pula, kesemua para ulamak mengatakan pendapat bahawa golongan para isteri ini tidak wajib untuk menjalankan tanggungjawab mengemas rumah.
“Dalam bab agama, semua majoriti para ulamak dan juga empat mazhab mengatakan isteri tidak wajib menguruskan kerja rumah. Namun demikian, perbincangan itu agak sukar untuk ditentukan kerana terdapat berbeza pandangan antara mazhab,” katanya lagi.
Ingin ikuti perbincangan lanjut mengenai topik ini? Sila tonton video penuh pada pautan di bawah:
Sumber: YouTube Wanita Hari Ini, TV3
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Tidak Rela Dipoligami, Para Isteri Boleh Menuntut Keadilan Hak Nafkah, Harta Sepencarian Di Mahkamah Tinggi Syariah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI