
KUALA LUMPUR, 28 Mac 2019- Malaysia, negara yang dirahmati dengan kepelbagaian kaum dan bangsa tetap hidup harmoni dalam satu perpaduan. Warna adalah salah satu elemen yang mencerminkan identiti sesuatu kaum dan bangsa dan melaluinya juga ia dibentuk menjadi sebuah identiti.
Dalam meraikan perpaduan yang terdapat di Malaysia, DULUX jenama cat dekoratif terkemuka daripada AkzoNobel dan Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI) baru-baru ini telah bekerjasama mengolah laatr dinding di Jalan Raja Chulan dengan mural kreatif. Projek ini turut mendapat kerjasama dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Setiap mural yang dipapar telah dipilih oleh orang ramai menerusi peraduan yang telah dijalankan di Facebook PERMAI antara 4 hingga 14 Mac 2019. Pihak penganjur telah menerima lebih 100 penyertaan atas talian. Selepas pusingan penilaian akhir oleh panel yang termasuk Indra Laban, Pengurus Besar, AkzoNobel Decorative Paints Malaysia, empat mural telah dipilih untuk dizahirkan di dinding Jalan Raja Chulan.
Kemuncak kepada pertadingan ini adalah penilaian hasil kerja peserta secara fizikal. Ke empat-empat lakaran yang telah siap dizahirkan pada latar dinding hentian bas Jalan Raja Chulan di nilai sekali lagi dan ia telah dimenangi oleh Amin Hadarih yang membawa pulang hadiah berupa cek RM 4, 000 beserta plaque.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Menghias Di Tahun Baru Dengan Pilihan Warna Lebih Ceria

Ramai antara kita yang berhadapan dengan pelbagai cabaran sukar di tengah-tengah Perintah Kawalan Pergerakan, dan inilah yang membuatkan kita ternanti-nantikan serta lebih menghargai kedatangan tahun baharu. Tahun ini, sambutan semasa pandemik ini memang berbeza kerana kita beralih daripada keluar bergembira pada waktu malam, kepada menikmati malam yang tenang dalam suasana selesa dan selamat di rumah sendiri. Walaupun keseronokan percutian baru sahaja berlalu, ia bukan bererti anda tidak boleh menjadikan sepanjang tahun ini semeriah dan bermakna seperti itu.

Bagi kebanyakan orang, ‘yang baharu’ dalam tahun baharu ini menandakan harapan untuk masa hadapan yang lebih baik dan setelah berbulan-bulan menyesuaikan diri dengan norma baharu, sekarang adalah masa yang tepat untuk bersiap sedia bagi tahun permulaan yang baru. Ada pelbagai perkara yang boleh kita lakukan untuk mengubah mood dan minda kita ketika memasuki tahun baharu ini dan dengan bantuan AkzoNobel, syarikat peneraju cat dan penyalut terkemuka dunia serta pengeluar jenama Dulux, berikut adalah beberapa inspirasi warna yang anda mungkin suka untuk mengharungi tahun baharu ini.
Menghias untuk 2021
Ada banyak cara untuk menyerlahkan ruang tamu anda dan mewujudkan suasana yang selesa – sapuan cat baharu adalah kaedah yang tidak pernah lapuk dalam memberi penampilan segar kepada kediaman anda. Tahun ini jangan takut untuk mencuba perkara baharu; perubahan yang kecil boleh membawa perbezaan yang besar dalam mood dan pemikiran anda. Dan selepas setahun dihidangkan pelbagai peristiwa yang tidak dijangka, kita semua tahu betapa pentingnya untuk kekal tenang dan berani menghadapi ketidaktentuan. Ambil peluang ini untuk mempersiapkan rumah anda dengan pilihan warna yang lebih berani dan bersemangat bagi merangsang keyakinan anda untuk mengharungi tahun yang bakal mendatang.
Sambil kita mengalu-alukan kedatangan tahun baru, mari kita dapatkan inspirasi daripada palet warna Earth dari ramalan trend warna ColourFutures 2021 AkzoNobel. Palet Earth terdiri daripada warna pelengkap biru, hijau dan coklat yang menggemakan rona laut, langit dan tanah dalam alam semula jadi – menginspirasikan kita dengan keberanian untuk menyesuaikan diri seperti yang dilakukan oleh Bumi.

Mari kita mulakan dengan bilik anda berehat dan menyegarkan diri – bilik tidur. Tempat anda berehat sepatutnya mendamaikan dan menenangkan. Ketika kita mempersiapkan diri untuk tahun yang mendatang ini, buatlah perubahan pada bilik tidur anda sekarang agar anda dapat terus berehat dalam suasana paling selesa sepanjang tahun yang sibuk. Sebagai contoh, gambaran bilik tidur dua nada ini menggunakan Midnight Garden (50GG 23/085) dan Neptunes Depths (27BB 10/138) – yang menunjukkan bahawa padanan warna pelengkap biru dan hijau pekat menjadi mantera yang mampu menjelmakan ketenangan dan kedamaian.
Penting juga untuk mewujud dan mengekalkan persekitaran yang menenangkan serta produktif di dalam bilik di mana anda menghabiskan paling banyak tenaga dan masa. Bagi kebanyakan orang, ia adalah tempat belajar atau pejabat rumah. Dapatkan inspirasi daripada tiga warna pelengkap yang digunakan dalam contoh ini, iaitu bilik belajar anak. Warna hijau muda dan biru lembut memancarkan kesegaran kehidupan sambil diseimbangkan oleh nada coklat semula jadi.
Untuk bilik yang lebih kecil, kami mengesyorkan anda menggunakan rona yang lebih cerah dan lembut daripada warna-warna Earth bagi menyerlahkan cahaya matahari dan mewujudkan ilusi ruang yang lebih besar. Jika anda berminat untuk meniru set-ruang ini, warna yang kami gunakan adalah Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106); Grey Jeans (45GY 55/502) dan Blueberry Mash (14BB 55/113).

Ruang tamu biasanya menjadi ruang pertama yang dimasuki oleh tetamu dan pemilik rumah, bertindak sebagai teras rumah dan penghubung ke bahagian yang lain. Ini menjadikan ruang tamu sebagai tempat terbaik untuk memanfaatkan Brave Ground. Sambil merenung kembali tahun yang akan terkenal dalam sejarah, apa yang amat kita perlukan sekarang adalah merasai permukaan yang dipijak. Merasai kekukuhan dasar (yang dipijak) itu memberikan kita keberanian untuk menerima perubahan.
Intipati daripada perasaan nyaman dan tenang ini terakam dalam Warna Pilihan Tahun 2021 AkzoNobel, Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106). Ini adalah warna yang tepat bagi meningkatkan ketenangan di ruang tamu dan mewujudkan semangat kecekalan yang kita semua perlukan untuk tahun yang mendatang ini.
Kami di AkzoNobel mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda dan mahu mengingatkan anda bahawa kita bersama-sama mengharungi tempoh yang mencabar ini. Untuk mendapatkan lebih banyak inspirasi hiasan dan maklumat Warna Pilihan Tahun 2021, lawati kami di https://www.dulux.com.my/en dan https://www.akzonobel.com/en/generic-content/color-year-2021.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2023, IKEA Malaysia Perkenalkan Koleksi Edisi Terhad FOSSTA Sebagai Penyeri

Seperti umum mengetahui, sambutan perayaan tahun baru Cina bagi tahun 2023 akan menjelang tiba tidak lama lagi. Jadi, sudah pasti ramai yang berasa teruja untuk meraikan sambutan perayaan yang sering kali diraikan pada awal pembukaan tahun baru.
Bagi menyemarakan lagi sambutan perayaan tahun baru Cina bagi tahun 2023, gedung kelengkapan rumah IKEA Malaysia kini telah memperkenalkan koleksi edisi terhad FOSSTA sebagai penyeri sambutan perayaan kali ini.
Untuk koleksi edisi terhad FOSSTA, IKEA Malaysia telah memperkenalkan corak yang bermotifkan pokok bunga Cherry Blossom atau lebih dikenali sebagai bunga Sakura.
Selain itu, sudah semestinya warna yang bertemakan rona merah telah menjadi pilihan utama untuk koleksi edisi terhad FOSSTA kali ini.
Antara barangan kelengkapan rumah koleksi edisi terhad FOSSTA yang diperkenalkan adalah sarung bantal, cadar katil, pinggan mangkuk dan banyak lagi.
Jadi, mari kita lihat bersama kesemua koleksi edisi terhad FOSSTA yang telah dilancarkan oleh IKEA Malaysia.
Untuk info lanjut serta pembelian, anda boleh layari laman sesawang di pautan www.ikea.com.my.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Nak Beli ‘Wing Chair’ Tapi Tak Tahu Nak Pilih Mana Yang Sesuai? Ini Tips Untuk Anda!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Program i-MILIKI Kini Menawarkan Pengecualian Duti Setem 100 Peratus Bagi Pemilikan Rumah Pertama

Khabar gembira khusus bagi anda yang masih belum memiliki rumah pertama kerana kerajaan kini telah mengumumkan pengecualian duti setem 100 peratus bagi pembelian rumah berharga RM500,000 dan ke bawah menerusi program inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-MILIKI).
Manakala, bagi pemilikan rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta akan berpeluang mendapat pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.
Pengumuman program i-MILIKI tersebut telah dimaklumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.
Katanya lagi, kerajaan melakukan pelbagai cara untuk memudahkan pemilikan rumah kediaman dalam kalangan Keluarga Malaysia seperti pemberian insentif pengecualian cukai duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman.
Inisiatif i-MILIKI melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara peringkat atau tier harga rumah.
“Pengecualian itu adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023,” katanya semasa berucap pada pelancaran Home Ownership Programme (Program Pemilikan Kediaman) (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di Pusat Pameran Mid Valley di sini hari ini.
Sebelum ini insentif berkenaan diperkenalkan sejak HOC yang dimulakan pada 2019 hingga 2021 dan masih diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 sehingga 31 Disember 2025.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sumber: Astro Awani
Baca artikel seterusnya di bawah;
Nak Beli Rumah Jangan Ikut 5 Kepercayaan Karut Ni
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI