ECODESIGN SDN. BHD.
Alamat : 55, Jalan BSC 2B/1,
Bandar Seri Coalfield,
47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan.
Contact :
LAr. ZAINUDDIN ISMAIL
ILAM No. 9000061
Tel : 03- 61284545
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanam Mangga Dalam Pasu Lebih Mudah Dengan 3 Cara Ni
Terdapat lebih 5000 jenis mangga yang di tanam di seluruh dunia. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 32 meter bergantung kepada jenis dan boleh hidup hampir 100 tahun dengan penjagaan yang rapi.
Di beberapa negara Asia seperti Thailand dan Indonesia, menggunakan kaedah tanaman pokok mangga di dalam pasu atau dikenali dengan nama Tabulampot. Ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya juga lumayan.
Sebenarnya, tak susah tanam mangga dalam pasu. Hanya 3 langkah
1. Pemilihan benih.
Pilih benih dari mangga jenis mangga Chuk Anan, Epal, dan Nam Dok Mai. 3 jenis mangga ini adalah jenis senang berbuah. Manakala jenis seperti mangga Harum Manis pun boleh, cuma tidak sekerap 3 jenis ini.
Pemilihan benih pula boleh didapati dalam bentuk anak pokok yang sudah siap dikawinkan atau di “tut” dari pokok induk yang berkualiti dari nursery-nursery berdekatan anda. Kalau diambil dari biji buah, akan memakan masa yang agak lama untuk menghasilkan buah. Jadi beli terus di nursery, lebih mudah dan cepat.
2. Cara penanaman.
Dapatkan pasu plastik/tanah liat bersaiz besar lebih kurang diameter 60cm, atau tong drum (bahagi 2, tebuk lubang kecil dibawah supaya air boleh mengalir keluar). Masukkan selapis serbuk kayu gergaji ataupun cocopeat 1/3 pasu. Selepas itu masukkan tanah campuran top soil + cocopeat atau tanah topsoil sahaja (mana-mana tanah yang nursery jual pun boleh). Jangan lupa masukkan pokok sebelum siap isi tanah dalam pasu ya. Fungsi masuk serbuk kayu/cocopeat adalah untuk air mengalir keluar dari pasu, supaya pasu tidak menakung air. Kalau air bertakung, pokok boleh rosak.
3. Pembajaan.
Dari segi pembajaan pula, boleh pakai baja buah yang terdapat di nursery berdekatan anda. Untuk perkongsian kandungan NPK baja yang boleh digunakan adalah 15:15:15 atau 17:17:17:2, atau baja tahi ayam sahaja. Baja perlu diletak lebih kurang 2/3 kali sebulan. Siram sehari dua kali untuk tanah kekal lembab dan tempatkan pokok di bawah cahaya matahari terus.
Sumber: AN Floral Nursery
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Gemarkan Konsep Dekorasi Bertemakan Nordic? Ini Mungkin Boleh Jadi Sumber Inspirasi Untuk Anda!
Ada tak di kalangan anda yang amat mengemarkan konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic seperti ini? Bagi yang yang tidak mengetahui secara mendalam mengenai konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic atau lebih popular Scandinavian ini telah dipelopori oleh negara di Sweden, Denmark dan Norway.
Untuk maklumat anda, tema ini menampilkan gaya ringkas dan bersederhana yang sememangnya menjadi pilihan ramai bagi yang mahukan wujudkan suasana tenang dalam dekorasi hiasan dalaman rumah.
Jadi, tidak mustahil lah konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic atau Scandinavian ini sentiasa menjadi pilihan ramai dari seluruh negara.
Bagi anda yang sedang mencari ilham dan sumber inspirasi dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan seperti ini, perkongsian ini mungkin boleh dijadikan sebagai contoh serta panduan kepada anda semua.
Sumber: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Dekorasi Hiasan Dalaman Bertemakan Gaya Ala-Ala New York City, Tampak Lebih Bergaya & Moden Urban
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanam Sayur Tak Baja Pun, Tapi Tumbuh Subur Dan Daun Lebar-Lebar
Tanam Sayur Tak Baja Pun, Tapi Tumbuh Subur Dan Daun Lebar-Lebar . Kebiasaanya, kalau nak tanaman subur sudah pasti selain penjagaan yang rapi pembajaan juga antra yang penting. Tapi, tak sangka pula tanam sayur tak letak baja pun boleh hidup subur. Rahsia sayur subur tanpa baja ini dikongsikan oleh Mira Edora. Jom kita lihat cara-caranya
Saya jenis pemalas. saya rajin siram je. so siapa macam saya boleh teruskan bacaan
Hari pertama menyemai
Baca juga: Teknik Tanamn Sayur 3T (Tanaman, Tinggal, Tuai), Hasilnya Menjadi-Jadi
- Set terus nak tanam di mana : raised bed / batas / pasu.
- Hari sama semai, siapkan terus tempat tanaman.
- Korek batas cetek, lalu letaklah baja.
- Pilih baja ikut suke : kompos / vermikompos / tayam / tkambing / kopi / npk15. pilihan baja anda menentukan kesuburan tanah pada masa akan datang.
- Saya suke tayam : murah sangat, mudah lerai, jadikan tanah makin subur, kaya microbe.
- Kalau tanah keras, tambahlah tanah siap campur yang 6in1, 4in1. kalau pandai buat adunan sendiri pun boleh juga.
- Kalau sebelum ni tanam dah bantut je maknanya tanah dah tak sihat, maka cara paling murah tambahlah sekali kapur pertanian.
- Lepas tu tutup balik baja (dan kapur, kalau tambah kapur). tak perlu dalam sangat. maksudnye baja tu nanti tak dalam sangat tapi atas sekali tu ia tak terdedah.
- Hari ke 2 sehingga hari ke 7/10/15. Siram semaian, siram sekali batas / pasu. siram semaian 2 kali sehari. siram batas sehari sekali dah memadai. time ni akan naik rumput2 (jika ada) buang la rumput2 tu.
- Hari ke 7/10/15 ialah hari pindah ke batas. hari pindah berbeza-beza ikut benih, kalau cepat cambah, cahaya cukup, cepatlah ia keluar 2 helai daun sebenar. biji benih tak perlu tutup-tutup, letak tepi rumah.
- Gembur manja permukaan batas sebelum lubang pakai jari untuk masukkan anak pokok. pindah pada waktu petang.Jom beli biji benih berkualiti dan murah kat sini https://invol.co/cl7z8le
Tanam anak pokok dalam sampai aras kotiledon. point ni paling penting sebenarnya untuk dapatkan pokok yang besar.
Apa itu kotiledon? merupakan sebahagian embrio yang penting dalam biji benih tumbuhan. Ketika percambahan, kotiledon-kotiledon biasa menjadi daun-daun pertama untuk bercambah.
Bila tanam dalam — akar lebih stabil — mampu serap nutrient dengan baik — pokok jd gemuk.
13. Hari ke 7/10/15 sehingga tuai. siram 2 kali sehari sehingga tuai. Tak perlu baja lagi
14. Kawalan serangga ikut suka. boleh jadi perlu / tak perlu pun kawalan serangga tu
P/S:
- Sayur lain seperti kekacang, cili, bendi, terung. sama macam ni tapi saya akan baja lepas sebulan. kadang tak baja pun.
- Ini untuk berkebun makan sendiri, kalau niaga lainlah caranya.
- Ini cara saya, cara tiap orang berbeza2. saya minta maaf kalau ada yang tak setuju
Tanam Sayur Tak Baja Pun, Tapi Tumbuh Subur Dan Daun Lebar-Lebar
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI