Ejen Hartanah Terpaling Jimat, Belanja Makanan Harian Hanya RM6 Mampu Beli 3 Rumah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Cekal sungguh hati wanita Jepun ini apabila nekad ‘menyekat’ keinginan diri demi matlamat untuk memiliki dan mengumpul hartanah sendiri.
Wanita di Jepun ini digelar manusia paling jimat kerana hanya membelanjakan 200 yen (RM6) untuk makanan hariannya sehingga mampu membeli tiga rumah.
Saki Tamogami, 37, yang juga ejen hartanah dikenali sebagai wanita Jepun paling berjimat cermat kerana komitmennya membelanjakan wang pada jumlah sedikit untuk keperluan diri.
Matlamat Beli Hartanah
Katanya, tabiat itu membantunya menyimpan wang mencukupi untuk mencapai matlamat membeli hartanah.
“Saya tetapkan matlamat itu pada umur saya 19 tahun. Perkara pertama saya buat ialah berhenti membeli pakaian baharu, sebaliknya menerima pemberian daripada keluarga dan rakan-rakan serta menjaga pakaian yang sudah ada baik.
“Saya juga mengurangkan perbelanjaan makanan dan bergantung pada hidangan murah seperti mi udon dan roti bakar.
“Selepas lapan tahun hidup berjimat cermat, saya dapat membeli rumah pertama, sebelum mencapai matlamat untuk memiliki tiga rumah pada 2019,” katanya.
Ads
Minat Menyimpan Wang
Pada 2019, Tamogami muncul dalam program televisyen Jepun, Happy! Bomby Girl dan mengejutkan seluruh Jepun dengan tabiat berjimatnya itu yang dianggap melampau.
Tamogami menjelaskan secara terperinci mengenai minatnya untuk menyimpan wang dan mendedahkan dia jarang melebihi 200 yen sehari untuk makanan.
Selain itu, dia juga menjadikan rambutnya sebagai sumber pendapatan tambahan dengan memotong dan menjualnya pada harga kira-kira 3,100 yen (RM92.43) apabila ia cukup panjang.
“Kos ini boleh menampung bajet makanannya selama setengah bulan,” katanya.
Selesa Berjimat Cermat
Akuinya memang sukar untuk menjalani kehidupan begitu, tetapi dia sudah terbiasa dan selesa dapat menyimpan wang, selain gembira melihat baki akaun banknya bertambah.
Ads
Pada usia 27 tahun, Tamogami berjaya menjimatkan wang daripada gajinya sebagai ejen hartanah untuk membeli sebuah rumah di Saitama, utara Tokyo, dengan nilai 10 juta yen (RM298,149).
Dia menyewakan rumah itu dan menggunakan sewa bulanan terbabit untuk membayar pinjaman serta meneruskan hidup berjimat cermat sebaik mungkin.
Beberapa tahun selepas itu, dia membeli rumah kedua pada harga 18 juta yen (RM536,668.20), manakala rumah ketiga dibeli lima tahun lalu pada harga 37 juta yen (RM1.1 juta).
Walau hartanahnya membawa pulangan, wanita itu masih hidup berjimat cermat untuk membantu kucing liar yang diselamatkan.
Dia membuka kafe kucing di tingkat bawah salah sebuah rumahnya dan bercadang untuk melabur dalam hartanah lain pada masa hadapan.
Ads
Kisah Tamogami meraih pelbagai reaksi dengan segelintirnya memuji wanita itu kerana semangat dan dedikasinya menyimpan wang manakala sebahagiannya mengkritik kerana mengabaikan kesihatan diri disebabkan mengambil makanan murah yang kurang nutrisi.
IMPIANA: Memang cekal sungguh, sanggup berjimat sehingga tahap begini demi untuk menyimpan duit beli hartanah.
Selain memiliki empayar perniagaan kukuh di Malaysia, antara usahawan berjaya Malaysia, Dato’ Azril Mohd Radzi rupa-rupanya makin rancak menceburi bidang hartanah.
Rumah Dato’ Azril Di London Siap Sepenuhnya & Miliki 3 Lagi Hartanah Mewah!
Dato’ Azril mendedahkan dia bakal menerima kunci rumah di Maida Vale di London dan berada di sana selama sebulan. Teruja berkongsi khabar gembira itu, bapa kepada dua anak ini memuat naik gambar dirinya di hadapan sebuah kediaman di sana pada hujung Mac lalu.
Ujarnya, “Alhamdulillah satu lagi investment saya untuk anak-anak nanti kalau nak sambung belajar di UK. Rumah ni dah lama saya beli dan baru sempat ambil kunci baru ni.
Setelah sebulan berada di London, akhirnya rumah ni sempat saya siapkan interiornya. Lepas ni kalau nak ke Europe, inshaAllah rumah ni akan jadi transit untuk kami sekeluarga.
Rumah ni saya berikan nama The Estate London sebab seiring dengan series hartanah-hartanah lain yang saya buat ‘short term rental’.
The Estate London terletak di West London dan mampu memuatkan sehingga 10 orang tetamu pada satu masa.”
Bercerita lanjut mengenai rumah tersebut, Dato’ Azril menambah, “Rumah ini didatangkan dengan 4 bilik dan ‘walking distance’ ke Portobello Market, Queen’s Park, Maida Hill, Nothing Hill dan Little Venice.
Berdekatan dengan masjid hanya 20 meter dan banyak restoran halal sekitar Harrow Road jarak kurang 100 meter dan kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan uber.
Rumah Dato’ Azril Di London
Rumah ini juga berhampiran tube station Queen’s Park & Westbourne Park, penginap boleh ke sentral London dengan menaiki underground hanya beberapa minit.
Doakan series The Estate saya, The Estate Hulu Rening dan The Estate Batang Kali inshaAllah hujung nanti The Estate Batang Kali akan beroperasi dan tahun depan The Estate Setiu, depan Pantai Penarik di Kampung Mangkuk Terengganu pula akan beroperasi.”
Alhamdulillah, tumpang bangga dengan pencapaian Dato’ Azril.
Lebih bermakna, isteri tercinta juga kini hamil anak ketiga! Beberapa hari sebelum menyambut Syawal, Dato’ Azril berkesempatan ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah.
Mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun lalu, Datuk Azril dan Datin Balqish dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sarra Ayesha dan Umar Mateen yang masing-masing berusia lima dan empat tahun.
Akhir tahun lah masa yang ditunggu nak “make over” rumah. Sana-sini ekspo renovasi dan kelengkapan rumah dianjurkan.
Berpinar mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Al maklum lah, tahun baru mesti lah inginkan suntikan kesegaran dalam kediaman walaupun tak banyak.
Paling tidak pilihan cata dan tema warna kediaman yang mengikut trend 2019.
Tapi, ada lagi satu perkara yang lebih penting yang anda lupakan. DAH BAYAR ZAKAT BELUM?
Tak sempat? Tak jadi masalah. Dengar kata, sempena akhir tahun ni, Lembaga Zakat Selangor bakal beroperasi 7 hari seminggu sepanjang bulan Disember di semua 27 cawagan. Waktu operasi cawangan pula bermula jam 8.30am-4.30pm pada hari bekerja.
Pada sabtu, Ahad dan cuti Umum, Semua cawangan Lembaga Zakat Selangor beroperasi pada jam 9.00am-3.00pm.
Pada waktu kemuncak ambang 2018 iaitu 28-31 Desember 2018, Lembaga Zakat Selangor turut melanjutkan waktu operasi sehingga 8pm buat anda yang terlalu sibuk di siang hari.
Tak sempat juga? Nak lebih mudah dan cepat, apa kata kita bayar secara online sahaja. Pembayaran lebih mudah dan cepat secara online boleh dilakukan di link berikut www.zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/ .
Menariknya, Bagi pengeluar zakat melalui 27 cawangan Zakat Selangor bulan Disember ini, anda berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa e-cabutan yang berupa sebuah Tablet, sebuah telefon pintar dan Touch’n’ Go sebagai hadiah saguhati.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah teres lama meskipun telah berusia berpuluh tahun, jika diberi nafas baru dengan konsep dan dekorasi yang betul, tidak kurang cantiknya dengan rumah baru.
IMPIANA tertarik dengan konsep dekorasi dan make over yang dilakukan pada rumah
1845 Mersing Homestay. Memang cantik dan nampak cukup estetik rumah yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air ini.
Kekalkan Identiti Asal
Paling menarik, pemilik kediaman masih mengekalkan struktur dan identiti rumah asal, tanpa melakukan major renovasi. Ia dapat dilihat pada kemasan simen di ruang parkir, jeriji besi pada pintu, jubin lantai di ruang tamu dan dapur dan sebagainya.
Konsep Monokrom
Pemilik juga memilih bijak konsep Monokrom yang dianggap pilihan tepat kerana konsep ini sesuai untuk semua ruang rumah, malah tampak neutral dengan pemilihan rona seperti hitam, putih dan kelabu. Sekaligus menjadikan kediaman ini nampak lebih luas, moden namun kekal estetik.
Ruang Hadapan
Ruang Makan
Bilik Tidur
Bilik Air
Dapur
Laman Belakang
IMPIANA: Menarik transformasi yang dilakukan pada rumah teres lama ini. Nampak cukup cantik dan estetik apabila mengekalkan identiti rumah asal.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.