+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Mohd Yusri b.Yusof & Noor Akmar bt.Mohamed Azmaili
Jenis Kediaman: Semi-D Dua Tingkat
Konsep: Moden Glam
Keluasan: 35×70 kaki persegi
Spesifikasi: 4 bilik tidur, 5 bilik air

Hasil Hias Sendiri Kediaman Serba Biru Yang Nyaman

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini sememangnya mempunyai bakat dalam menyusun atur kediaman. Ruang kediaman yang telah dihuni selama tujuh tahun ini telah menjadi kanvas buat Puan Noor Akmar berkarya dan mendalami hobi mendeko yang telah dipupuk sejak dari dulu lagi.
Sebaik sahaja melangkahkan kaki di pintu utama kediaman, pengunjung akan disajikan dengan ruang serba elegan bersama kemasan yang telah dipilih dengan teliti, menepati citarasa tuan rumah. Susunan tiga buah bingkai gambar dengan motif pohon merimbun yang juga merupakan salah satu item kegemaran pemilik telah menjadi titik fokal dalam ruang ini. Dinding biru tidak ketinggalan dengan palitan bingkai cermin berona emas, diserikan lagi dengan meja konsol yang disusun rapi.
Selain itu, pemilik juga bijak memadankan karpet hitam putih yang kelihatan lebih moden agar ruang tidak kelihatan terlalu sarat dengan elemen glam dan klasik. Keseimbangan dalam menghias telah menjadi kunci untuk menjamin ruang yang nyaman serta selesa.

Hasil Hias Sendiri Kediaman Serba Biru Yang Nyaman

GARAPAN ELEGAN YANG MEMUKAU
Di ruang tamu kediaman ini pula, penulis berpeluang melihat sendiri eksperimen kombinasi warna yang bukan sahaja memberikan rasa sejuk dan nyaman malah masih mampu memberikan vibe elegan dan mewah.
Dinding ruang ini telah dicat biru dan putih, menjadikan pilihan warna kelabu dan krim untuk sofa pilihan yang tepat. Terdapat juga dua buah armchair biru untuk memberi impak yang lebih menarik disudut tingkap. Posisi langsir yang digantung tinggi menjadikan ruang tamu ini tampak lebih besar selain sebagai penambah perisa elemen kemewahan yang telah ditonjolkan sejak awal lagi. Menariknya, pemilik berpandangan bahawa tidak semestinya golongan berduit sahaja mampu menghias kediaman. Sesiapa pun boleh merealisasikan impian memiliki rumah idaman jika berdisiplin, sabar dan kreatif.
“Bagi saya, tidak perlu beli semuanya sekali gus. Lakukan secara berperingkat dan tetapkan sasaran perabot atau item mana yang mahu dibeli sebelum mula mengumpul duit setiapbulan. Semua orang mampu mempunyai kediaman yang cantik jika kita bijak berbelanja.”

IKLAN

Hasil Hias Sendiri Kediaman Serba Biru Yang Nyaman

Hasil Hias Sendiri Kediaman Serba Biru Yang Nyaman

BIJAK MANFAAT RUANG
Perancangan yang teliti sebelum menyusun atur setiap ruang memainkan peranan penting agar semuanya lebih teratur, praktikal serta menepati citarasa pemilik. Gagal merancang boleh membuatkan sesebuah ruang tampak serabut atau tidak terurus.
Kesinambungan elemen biru dari satu ruang ke sebuah ruang yang lain telah dirancang dengan teliti tanpa ia kelihatan keterlaluan. Pelan atau susun atur yang praktikal juga telah memberi peluang buat pemilik menyerlahkan kretiviti beliau dengan lebih mudah.
Masih lagi mengekalkan dominasi warna biru, ruang makan dan sudut membaca bawah tangga kediaman ini juga mempunyai elemen kaca yang sudah sinonim dengan konsep elegan mewah. Padanan dengan warna neutral seperti hitam dan putih juga telah menjadikan segenap ruang lebih moden dan tidak kelihatan terlalu sarat.

IKLAN

Hasil Hias Sendiri Kediaman Serba Biru Yang Nyaman

Hasil Hias Sendiri Kediaman Serba Biru Yang Nyaman

IKLAN

PERKONGSIAN CETUS INSPIRASI
Di tingkat satu kediaman ini pula terletaknya bilik tidur utama yang semestinya memenuhi citarasa peribadi pemilik kerena ruang ini bukan sahaja tempat untuk berehat dan tidur semata-mata. Ia juga merupakan ruang privasi yang mencerminkan keperibadian pemilik.
Penggemar tegar warna biru ini juga merupakan seorang blogger yang suka berkongsi idea dan tidak lokek memberi tips deko buat pembaca setia. Kini, melalui laman Instagram miliknya, Puan Noor Akmar masih lagi aktif memuatnaik hasil dekorasi beliau disamping menjawab pertanyaan berkaitan yang diajukan oleh para pembaca.
Beliau berharap agar minat ini dapat ditanam dan dikongsi bersama agar lebih ramai yang boleh menikmati kediaman nan indah tidak kira bajet mahupun saiz.

Hasil Hias Sendiri Kediaman Serba Biru Yang Nyaman

Hasil Hias Sendiri Kediaman Serba Biru Yang Nyaman

+ TIP DEKORASI
1. Gantungkan bingkai gambar pada eye-level agar tetamu tidak perlu mendongak ke atas untuk melihatnya.
2. Sediakan kotak simpanan mainan untuk anak-anak mengikut kategori dan wujudkan ruang khas untuk mereka bermain agar kawasan lain tidak terjejas.
3. Selain cermin, saiz karpet juga memainkan peranan dalam memberikan efek luas pada sesebuah ruang.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI