Siapa selalu alami air dari sinki bukan sahaja melimpah di atas “table top” malah lebih teruk meleleh ke lantai dapur? Hal ini sering berlaku apabila struktur kabinet dapur yang dibina tidak mengambil kira aliran air permukaan yang betul.
Hal ini akan menyebabkan anda perlu sentiasa lap air yang melimpah pada lantai. Jika tidak, ia akan menyababkan lantai dapur mudah kotor. Sebanarnya, ada satu penyelesaian yang paling mudah dan boleh dilakukan sendiri.
Ads
Penyelesaian mudah ini telah dikongsikan oleh Abeho Fadlulah di dalam group Tukang Apa Hari Ini iaitu menggunakan Shower door dam water stopper
Bayam berazil atau dikenali dengan nama bayam sissol/samba lettuce / poor mans’s spinach antara sayuran yang paling mudah ditanam dan cepat membiak. Namun hakikatnya terdapat rahsia disebalik sayuran hijau berdaun kerinting ini. Menurut salah satu artikel di dalam Website majalahsains.com, terdepat beberapa khasiat bayam brazil terhadap kesihatan
1. Bayam brazil mengandungi enzim yang berupaya membantu melawan kanser.
2. mengekalkan kesihatan mata 3. Membekalkan vitamin K dan juga menguatkan tulang.
4. Bagi mereka yang ingin berdiet, bayam brazil antara sumber makanan rendah karbohidrat dan lemak 5. Selain itu, spesis sayuran yang terdiri di dalam golongan bayam brazil ini membantu meningkat sistem imunisasi badan
6. Membantu sistem penghadaman 7. Mengelak masalah sembelit
8. Membantu melancarkan darah 9. Mencegah anemia
10. Mengatasi masalah gusi 11. Nutrisi yang baik untuk pembesaran
12. Mengekalkan stamina 13. Mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium.
14. Mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda 15. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung (Leonardo et al., 2014).
Jika dulu, wallpaper hanya mampu digunakan bagi golongan bangsawan, namun dengan wujudnya kedai-kedai barang bajet dan mampu milik ia boleh di dapati pada harga yang sangat rendah. Bezanya adalah kualiti dan design.
Bila cakap pasal wallpaper atau kertas hiasan dinding, sudah pasti terpancar diminda kegunaanya hanya untuk mencantik dinding. Sebenarnya, ia mempunyai pelbagai kegunaan lain terutamanya untuk membaikpulih perabot yang kusam. Untuk pastikan tampalan wallpaper pada perabot tahan lama, buat sapuan gam decoupage seperti mod podge. Berikut 10 benda yang boleh anda hasilkan dengan cantik dan mudah hanya dengan menggunkan kuasa Wallpaper:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Wow siapa sangka, anak kepada Allahyarham Rohana Jalil, Kilafairy rupanya berbakat besar dalam rekaan dalaman. Menurut perkongsian beliau baru-baru ini di Instagramnya, Kilafairy berkongsi gambar rumahnya sebelum dan selepas direnovasi.
Jelas Kilafairy, dia membeli rumah ini 2 tahun lepas kerana azamnya adalah untuk memiliki rumah sendiri sebelum berusia 30 tahun. Namun, Kilafairy hanya sempat tinggal selama dua kali sahaja kerana dirinya mahu sentiasa dekat di sisi arwah bondanya.
Apatah lagi rumah bondanya menyimpan 1001 kenangan indah bersama. Lantas Kilafairy membuat membuat keputusan untuk menyewakan rumah tersebut. Dan mujur rumahnya disewa dan dijaga rapi oleh penyewa.
Mentransformasikan kediaman dari konsep biasa-biasa ke konsep lebih moden dan kontemporari, di samping penggunaan warna lembut dengan cahaya natural dari luar, ternyata menyerlahkan sudut ruang tamu rumah berkenaan di samping susun atur perabot yang lebih mementingkan keselesaan untuk bergerak bebas.
Menariknya, Kilafairy turut berkongsi bagaimana dia menukar beberapa sudut di dalam bilik tidurnya, siap mempunyai walk-in wardrobe sendiri. Menerusi gambar sebelum dan selepas yang dikongsikan, Kilafairy turut berkongsi momen dirinya melakukan transformasi dan dekorasi biliknya sendiri.
Di ruangan komen, ramai peminat termasuk rakan-rakan selebriti yang memuji bakat terpendam yang dimiliki Kilafairy malah ramai yang mengakui tidak menyangka Kilafairy mampu untuk mengubah suai kediamannya tanpa mengupah pereka hiasan dalaman.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.