Elak Anak Anda Di Jangkiti Bakteria Dari Permaidani, Ini Yang WAJIB Dilakukan

Share

Permaidani atau karpet merupakan elemen pelengkap dekorasi sesebuah kediaman. Bukan sekadar ia melindungi dan memberi keselesaan tapak kaki anda ketika memijak lantai, ia juga menjadi tempat berkumpul, bersantai buat seisi keluarga. Namun sedarkah anda, permaidani mudah dicemar dan sentiasa tercemar walaupun zahirnya nampak bersih?

Permaidani menjadi habitat terbaik pembiakkan kuman, bakteria, tungau dan paling gerun adalah hama. Paling risau, jika anda mempunyai anak bayi yang sedang merangkak. Sistem pernafasannya mudah tercemar jika terhidu habuk dari karpet. Jadi, untuk memastikan permaidani atau karpet anda sentiasa kemas, ini yang perlu anda lakukan.

1.Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.

2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.

3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.

4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.

5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan percikkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.

6. Jika bau lebih teruk disebabkan sisa makanan atau cecair, larutkan 20 bahagian cuka di dalam 80 bahagian air. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.

7. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.

8. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.

Pasti permaidani atau karpet anda pernah menjadi mangsa terkena kesan gula getah. Apa yang selalu anda lakukan? ada yang guna minyak lah, cuci dengan sabun dan sebagainya. Namun untuk penyelesaian yang lebih mudah dan cepat untuk tanggalkan gula getah yang melekat pada permaidani adalah dengan menggunakan ketulan ais. Nak tahu macam mana

Published by
Impiana