Entri ini ditujukan khas buat pemilik kediaman jenis landed house seperti rumah teres setingkat dan rumah townhouse terutamanya unit di sebelah atas yang mempunyai tangga.
Penggunaan karpet dalam kediaman selain daripada salah satu instrumen utama dalam dekorasi ianya juga berperanan sebagai alat keselamatan yang efisien kerana materialnya yang kasar tetapi lembut memberi kesan geseran berupaya untuk memastikan momentum selamat sewaktu menuruni tangga.
IMPIANA ingin menerangkan beberapa jenis karpet yang sesuai untuk diletakkan di bahagian tangga agar anda serta seisi keluarga selamat semasa turun dan naik ke aras atas kediaman.
Karpet jenis Polypropylene Fiber untuk keselamatan kanak-kanak
Kita sedia maklum, ramai ibu bapa telah meletakkan pagar keselamatan untuk menghalang kanak-kanak daripada bermain di kawasan tangga berikutan banyak kes kecedaraan parah melibatkan bayi yang jatuh tergolek di bahagian tangga kerana tergelincir. Jika kediaman anda menggunakan tangga bermaterial kayu dan permukaannya licin, anak anda berisiko tinggi untuk cedera atau jatuh. Isu ini dapat dikekang melalui penggunaan permaidani yang di bolt terus ke lantai tangga. Gunakan karpet jenis Polypropylene Fiber yang diperbuat daripada gentian bulu asli yang serupa dengan nilon lembut yang kasar tetapi lembut yang ianya berupaya memberikan geseran yang efisien terhadap tapak kaki kanak-kanak dan juga dewasa.
Fokuskan pemasangan karpet di bahagian tengah tangga
Ada diantara kita enggan memasang secara penuh di tangga kerana mungkin tidak sedap mata memandang atau ingin berjimat semasa pembelian karpet dilakukan. Itu mungkin terserah kepada idea serta kreativiti anda kerana apa yang penting karpet yang dipasang mestilah menutupi bahagian tengah tangga. Ini kerana sebahagian besar daripada kita menggunakan secara maksimum samada turun atau naik tangga di sebelah tengah kerana tiada orang yang menggunakan tangga di sebelah tepi melainkan anda bertembung dan ingin memberi laluan kepada orang lain semasa di tangga.
Guna Cut pile Carpet
Gunakan karpet Cut-pile ianya sesuai untuk diletakkan di bahagian tangga. Material nya yang lembut serta selesa apabila dipijak pasti akan memastikan keselasaan anda sekeluarga ketika menaiki tingkat atas kediaman malahan ianya mudah dibersihkan dengan vakum.
Permaidani pattern gelap
Di Asia termasuk Malaysia, kita akan membuka kasut di luar rumah dan masuk, tetapi kita akan membasuh kaki di dalam bilik air sebelum pergi ke halaman lain. Tanpa kita sedari, tapak kaki yang basah atau lembab walaupun sudah di lap dahulu selepas keluar bilik air, kaki kita masih lagi boleh menangkap jutaan kuman yang berada di atas lantai. Tangga yang menuju ke bilik tidur jika dipasang karpet flat-weave berona gelap pasti akan menjadi filter yang efisien untuk mengelap habuk dari tapak kaki dan memastikan kita masuk ke bilik tanpa membawa kuman dan bakteria ke atas kamar tidur. Sementara itu, habuk yang melekat tadi jika diatas permukaan gelap, akan menutupi tompok kekotoran tersebut dan anda hanya perlu menggunakan mesin hampa gas untuk membuang kotoran tersebut.
Permaidani berbulu tebal / Saxony Cut Pile
Kalau anda perasan, ramai orang menggunakan karpet berbulu tebal (Saxony cut Pile) yang mana ianya diperbuat daripada helaian bulu gentian yang menegak dan ianya amat lembut. Karpet jenis ini sesuai untuk digunakan di ruangan kediaman yang kurang trafik seperti di bilik tidur. Karpet ini juga amat berkesan dalam memastikan bayi anda tidak mengalami kesakitan jika kepalanya terhantuk di atas lantai (Kalau boleh kita elak perkara ini berlaku). Selain itu, ianya tidak sesuai untuk diletakkan di ruangan yang high traffic seperti ruang tamu.
Kesimpulannya, mungkin anda merasakan gambar yang kami kongsikan ini nampak sama, tetapi jika anda meneliti setiap nama jenis karpet yang kami sertakan dalam entri ini, anda pasti dapat merasakan perbezaannya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI