Elak Aroma Memasak Terpengap, Letak Secawan Cuka Sebelah Tempat Memasak. Memasak, kalau bau tak semerbak memang tak sah. Kalau aromanya tak terperap, terpengap dalam rumah, tak ape lah. Tapi kebiasaanya makan masa yang lama untuk hilang seperti bau ikan masin. Walaupun pengudaraan baik, hood pun telah di pasang, belum tentu ia dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Melangsir dari website Thekitchen, ada cara lebih mesra, mudah dan murah yang anda boleh gunakan untuk atasi masalah aroma masakkan dari bebas berkeliaran di dalam kediaman anda.
Sebaiknya letak secawan atau semangkuk cuka bersebelahan dengan tempat memasak. Sebagai bonus, biarkan terus cuka di dalam cawan tadi semalaman untuk terus berfungsi sebagai penghapus aroma di dapur anda. Apa logiknya cuka dalam membantu untuk hilangkan aroma atau wap masakan?
Asid asetik dalam cuka meneutralkan bau alkali. Ini bermaksud ia boleh membantu menghilangkan bau masakan dengan murah dan mudah tanpa perlu anda bekerja keras
Selain itu juga, ada sesetengah orang suka semburkan larutan cuka di sekeliling dapur sebelum dan selepas memasak. Cara untuk hasilkan laruta semburan ini adalah dengan campurkan 1 bahagian air dan satu bahagian cuka. Kemudian masukkan ke dalam botol semburan. Bila perlu, boleh lah anda gunakan dengan mudah
Dapur merupakan tempat untuk menyediakan serta menyimpan berbagai bahan makanan. Oleh itu, akan terdapat berbagai aroma di dapur, bermula dari aroma sedap hasil masakan atau bau yang kurang menyenangkan dari beberapa bahan atau sisa masakan. Antara bahan makanan yang sering menimbulkan bau adalah ikan, bawang, tapai, durian dan masih banyak lagi.
Ads
Memakai pewangi ruang jenis semburan boleh menimbulkan rasa takut kerana bahan kimia yang terkandung di dalam pewangi boleh mencemari bahan makanan yang banyak terdapat di dapur. Jika pewangi jenis gel pula tidak tahan lama. Oleh itu, IMPIANA ingin berikan anda tips menghilangkan bau kurang menyenangkan di dapur menggunakan bahan alami sekaligus menjimatkan duit poket anda.
KOPI HILANGKAN BAU AMIS
Bagi anda yang gemar membancuh kopi di rumah pasti ruang dapur anda tidak ada masalah dengan bau. Kajian telah dibuat oleh para saintis, aroma yang dikeluarkan dari kopi mampu meneutralkan bau sekelilingnya. Jadi apa yang harus anda lakukan adalah, bancuh kopi di saat bau yang kurang menyenangkan hadir di dapur anda.
Ads
BAKING SODA HILANGKAN BAU SINKI
Sinki seringkali mengeluarkan bau yang tak sedap. Ada cara mudah untuk menghilangkan bau itu. Bersihkan sinki anda dengan sabun pencuci pinggan, kemudian bilas. Tuang setengah sudu baking soda ke dalam sinki dan lubang sinki, biarkan selama satu jam. Setelah itu, bilas sinki anda dengan air panas.
ARANG HILANGKAN BAU TEMPAT SAMPAH
Ads
Jika anda meletakkan tempat sampah di dapur, pasti akan ada bau yang kurang sedap akan muncul. Untuk mengatasinya, letakkan beberapa potong arang pada tempat sampah tersebut. Tapi anda haurs diingatkan, jangan lupa untuk membuang sampah secara teratur. Lakukan pada malam hari setelah aktiviti dapur selesai.
KULIT LIMAU & LEMON BUAT DAPUR WANGI
Ingin dapur beraroma wangi dengan bahan alami? Mudah saja, rebus kulit limau atau lemon dengan 1/2 gelas air. Aroma segar alami yang dikeluarkan jeruk dan lemon tersebut akan membuat dapur anda menjadi segar. Atau, anda juga boleh meletakkan kulit limau atau lemon di dalam microwave selama kurang lebih lima minit.
Anak bila mencecah usia 7 tahun, wajib di asingkan tidur. Sedar akan kepentinggan tersebut, ada ibu bapa telah mendidik anak mereka tidur di bilik sendiri lebih awal. Ada yang seusia seathun telah dididik untuk tidur di bilik sendiri sebelum terlambat dan susah bila meningkat usia.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan bagi memastikan si cilik tidur di di bilik sendiri? Persoalan ini turut diaju pengikut Facebook Public Health Malaysia.
Berikut, ini 5 teknik yang dicadangkan oleh Public Health Malaysia untuk mendidik anak anda tidru dibilik sendiri:
1) Bincang. Jangan paksa. Berunding dengan anak akan memberikan kesan positif untuk jangka masa panjang.
2) Bilik mereka, tanggungjawab mereka. Berikan mereka sebahagian tanggungjawab untuk merancang dan penyediaan bilik tidur mereka. Ini akan mendidik anak untuk merasakan bilik mereka adalah milik mereka.
3) Eksperimen suasana. Tiada satu keadaan bilik yang sesuai untuk semua anak-anak. Cuba eksperimen dengan keadaan-keadaan tertentu selepas berbincang dengan anak.
Salah satu cara untuk menarik perhatian anak-anak tidur bilik sendiri, sediakan dekor mengikut pilihan mereka. Salah satu cara paling mudah, sediakan cadar katil yang bertema. Tak mahal pun cadar corak karton ni RM 25.90 sahaja di https://invol.co/cl13ngb
4) Berikan mereka privasi. Ketuk pintu dan minta izin setiap kali ingin masuk ke bilik mereka. Hormati privasi mereka. Mereka akan hormati privasi kita.
5) Ganjaran dan pujian. Ini akan memberikan mereka motivasi dan semangat untuk terus tidur di bilik mereka.
"Sangat berkesan. Teruja saya dan suami. Ambil masa dua hari saja. Anak-anak saya dah pandai tidur di bilik…
Dinding polos memang kelihatan membosankan. Selain dekorasi aksesori seperti cermin, bingkai gambar, cat dan sebagainya. Apa kata, singgah ke kedai-kedai bajet murah untuk cari bunga tiruan untuk buat dekor floral wall macam ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ruang Tamu merupakan kawasan yang mencerminkan keseluruhan kediaman. Apabila memasuki ruang tamu yang direka dengan penuh ketelitian, mudah saja untuk tetamu merasakan aura kesempurnaan yang tersemadi dalam ruang berkenaan. Saiz dan rekabentuk sofa yang menarik dan selesa, pencahayaan yang mendamaikan serta keempukan kusyen membuatkan ruang tamu sebagai tempat yang ideal untuk beristirehat sambil melakukan aktiviti harian dengan aman. Tetamu secara spontan akan membayangkan ruang-ruang lain yang mungkin sama menarik dan mewah.
Bagi mendapatkan ruang tamu impian anda mungkin tidak semudah yang disangka, jadi IMPIANA telah mengumpulkan beberapa kesilapan major yang patut anda elak agar ruang tamu lebih indah tanpa cela.
Kesilapan #1 : Memilih Sofa Yang Salah
Ramai pemilik yang tdak mahu menggantikan sofa apabila mengubahsuai kediaman. Alasan mereka, sofa masih nampak elok ataupun sofa tersebut masih baru lagi dibeli. Apa yang mereka tidak tahu ialah, dengan mengekalkan sofa lama itu, mereka tidak akan dapat ruang tamu yang mereka inginkan.
Selain itu, keselesaan sofa juga merupakan salah satu kunci bagi mendapatkan ruang tamu yang sempurna. Saiz, ketinggian dan material sofa perlulah seiring dan besepadanan dengan ruang yang ada. Bagi mengelakkan memilih sofa yang salah, beli sesuatu yang simple dan mudah. Jauhi sofa dengan detailing yang keterlaluan kerana sofa sebegini sukar untuk digayakan dan perlu selalu diganti.
Kesilapan #2 : Membeli Karpet Yang Terlalu Kecil
Perkara yang nampak remeh dan amat mudah dielak tetapi masih ramai lagi yang seperti tidak hirau jika ruang tamu mereka dihiasi dengan karpet lebih kecil daripada sepatutnya. Pastikan saiz ruang tamu dan tolong jauhi karpet kecil yang langsung tidak sesuai untuk ruang tamu anda.
Kesilapan #3 : Susun Atur Yang Tidak Sesuai
Walaupun anda rasa sofa yang ditolak rapat ke dinding mengadap TV akan nampak menarik, tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka. Anda perlu letakkan lebih effort dan pemerhatian untuk mendapatkan ruang tamu idaman. Adalah penting untuk mempertimbangkan dan membuat perbincangan menyeluruh lebih-lebih lagi jika ruang yang ada terhad dan sempit.
Kesilapan #4 : Mewajibkan TV
Kebanyakan kediaman sekarang mesti dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah TV. Dan tempat yang paling senang untuk diletakkan ialah di ruang tamu. Tetapi hal ini tidak seharusnya terjadi kerana anda tidak WAJIB meletakkan TV jika tiada keperluan. Dengan ini, anda boleh meletakkan perabot yang lebih bermakna seperti rak buku atau meja konsol pada ruang yang kosong tersebut.
Kesilapan #5 : Lukisan Dinding
Jika ia diletakkan pada pada ketinggian yang tidak sesuai, selain menyakitkan mata, ia juga membuat tetamu fikir yang anda tidak kisah tentang penampilan ruang. Kerana perbuatan tersebut nampak seperti tidak ikhlas dan sambil lewa. Ruang juga akan kelihatan pelik dan tidak menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.