Musim duduk rumah ni pasti ramai yang buat kerja-kerja ubahsuai rumah. Tukar cat rumah dan sebagainya. Bila sebut mengenai cat rumah kerja mengecat ni semua orang tahu tak akan boleh selesai dalam masa yang singkat bukan.
Kena pula tuan rumah nak cat satu rumah pengsan. Berapa hari pula la baru nak siapkan. IMPIANA nak kongsikan tip yang cukup menarik yang kita sama-sama boleh cuba lepas ni kalau tak nak roller atau berus cat kita mengeras bila dibiarkan semalaman.
Bila nak guna keesokan harinya berus atau roller masih basah dan mudah untuk menyambung kerja-kerja mengecat. Jom baca apa kata tip yang dikongsikan oleh Atama Aaeman ni.
Roller ini saya dah guna 2 hari untuk mengecat projek semasa kuarantin PKPD. Hari ni nak guna lagi, sambung mengecat. Boleh digunakan terus tanpa perlu dicuci selepas diguna. Caranya mudah saja, balut roller dengan beg plastik seperti dalam gambar. Saiz plastik ikut saiz roller, pastikan plastik di pulas pada roller sehingga kebanyakan udara didalamnya keluar dan lekat ketat pada roller. Kalau nak yakin lagi, lekat dengan pita pelekat atau gunakan gelang getah untuk elak balutan terbuka. Roller yang sudah dibalut boleh dibiar begitu sahaja tanpa perlu dicuci selepas guna jika ada niat nak sambung pakai keesokan harinya. Makin banyak sisa cat pada roller makin bagus, cat tidak akan kering jika dibalut dengan betul.