Musim hujan memang agak mencabar untuk tanam sayur. Lebih lebih lagi jenis berdaun dan berbatang lembut seperti sawi, pakchoi dan sebagainya. Bahagian batangnya mula melembik. Kalau tanam pada medium yang jenis menakung air, lebih cepat dan mudah sayuran dianacam penyakit.

Sayuran berbuah juga tidak lari dari ancaman ketika musim hujan. Seperti perkongsian Natasa Alisa Alisa di group Berkebun D Rumah. Hasil cilinya kehitaman seperti melecur. Jadi apa yang perlu dilakukan?

Elak siraman pada pokok

Periksa kadar kelembapan medium tanaman. Jika masih lembap, tak perlu lakukan siraman. Tetapi jika perlu lakukan siraman, hanya basahkan bahagian pangkal pokok. Elak air siraman terkana pada bahagian buah lebih-lebih lagi bunga. Ia akan menyebabkan buah mudah rosak

Elak membaja ketika buah hampir matang

Apa pun jenis tanaman berbuah, proses pembajaan perlu dihentikan ketika buah mula matang. Di khuatiri, baja yang diberi bersifat panas dan merencatkan tumbesaran buah. Tambahan, pembajaan di musim hujan adalah tugas yang sia-sia kerana baja larut dan dibawa arus air dengan cepat tanpa sempat diserap tanaman