Pinggan mangkuk dan perkakas memasak ayan memang menjadi idaman ramai. Tapi kenapa ada yang mahal dan murah? Seperti pinggan mangkuk ayan yang banyak digunakan nenek moyang kita ketika zaman Jepun tu. Dah berkarat pun ada orag saggup beli. Bukan sahaja jadi koleksi, ada juga jadikan sebagai wadah untuk hidangkan makanan.
Rupanya, kelengkapan ni bahaya juga kalau tersalah pilih. Beberapa hari lepas, Facebook Public Health Malaysia kupaskan kesan produk ayan kepada kesihatan. Antara sedikit petikkan dalam artikel tersebut adalah:
Faktor keselamatan mungkin TIDAK terjamin jika produk ayan dari pengeluar yang tidak diketahui. Selain itu, penggunaan pinggan ayan antik juga tidak digalakkan kerana regulasi sebelum ini tidak ketat. Pinggan mangkuk ayan yang telah rosak seperti retak, kemek, bercalar dan berkarat juga perlu dielakkan penggunaannya.
untuk lebih perinci boleh baca pautan artikel yang disediakan