Serangga yang dikenali sebagai kamitetep ini atau dalam bahasa saintifiknya adalah Phereoeca Uterella adalah berbahaya jika ia membiak di kawasan rumah.

Walau pun duduk dalam kepompong tapi dalamnya ada ulat yang kalau gigit memang akan sakit sangat, serta akan menyebabkan kulit jadi gatal, lebam, melepuh, dan berparut.

Elak ‘Kamitetep’ Bersarang Di Dinding Rumah, Ini Cara Atasinya!

Ia sebenarnya adalah sejenis serangga perosak yang akan bertukar menjadi kupu-kupu setelah dewasa. Memakan fabrik untuk meneruskan kehidupan, serangga ini juga akan memakan kain serta pakaian kita sekiranya ia ‘berkampung’ dalam almari. Kesan daripada sengatan itu akan menimbulkan bengkak dan lebam selama beberapa hari.

Elak ‘Kamitetep’ Bersarang Di Dinding Rumah, Ini Cara Atasinya!

Terdapat pelbagai kaedah mencegah dan membasmi serangga ini daripada terus membiak di dalam rumah.

Cara atasi masalah serangga kamitetep

1. Pastikan ruang simpanan baju atau almari pakaian tidak lembap.

Ads

2. Jaga kebersihan kawasan rumah terutamanya habuk yang banyak dan barang-barang tidak digunakan lagi.

3. Pastikan pakaian yang dibasuh betul-betul kering sebelum disimpan di dalam almari atau tempat simpanan pakaian.

Elak ‘Kamitetep’ Bersarang Di Dinding Rumah, Ini Cara Atasinya!

4. Jika terdapat kehadiran kamitetep, lakukan pembersihan dan penyelenggaraan di seluruh ruang dan hapuskan segera serangga itu.

Ads

5. Pastikan sarang labah-labah atau sawang dibersihkan kerana ia adalah tempat disukai oleh serangga unik ini.

6. Ketika mahu membasmi serangga kamitetep ini, disarankan menggunakan alatan pembersihan bagi mengelak berlakunya gigitan.

Apa yang penting adalah anda perlu menjaga kebersihan rumah, sapu debu dan sawang untuk mencegahnya daripada terus membiak.

Ads

Selamat mencuba!

Artikel ini olahan dari VK.

Sumber: Zaiquzai & Mstar

Baca Lagi Di Sini:Tanam Lada Solok Tepi Rumah Je, Buah Lebat Siap Boleh Berniaga
Mesti Baca:Cara Elak Serangan Serangga dan Kulat Untuk Pokok Cili Guna Baja Organik Ini
Artikel Menarik:Panduan Lengkap Tanam Kelapa Hibrid MATAG Untuk Hasil Yang Lumayan

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI