Sudah menjadi kebiasaan apabila menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun, ramai yang akan pulang ke kampung halaman khususnya bagi mereka yang menetap di sekitar kawasan Lembah Klang.
Rentetan kemeriahan sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal diraikan, masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya sering berlaku dan dihadapi oleh semua pengguna jalan raya.
Jadi, adalah lebih baik sekiranya anda dapat elakkan daripada turut serta menghadapi masalah tersebut dengan merancang perjalanan anda supaya lancar dan selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.
Oleh itu, semua pengguna jalan raya yang bakal menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan untuk pulang ke kampung disarankan merancang perjalanan anda dengan mengikuti cadangan waktu perjalanan oleh PLUS Malaysia.
Ads
Tetapi, sebelum itu ingin diingatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk memastikan baki kad Touch ’n Go dan eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
Semua pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Uniqbe (M) Sdn. Bhd, selaku pengedar sah penyedut hampagas jenama Dreame telah melancarkan dan memperkenalkan dua model terbaharu iaitu Dreame H12 Wet & Dry dan Dreame Bot W10 Pro Self-Cleaning Vacuum & Mop yang dilengkapi dengan teknologi inovasi terkini.
Majlis pelancaran kedua-dua model ‘vacuum’ terbaharu ini telah berlansung di East Atrium, Mid Valley Megamall pada 3 Ogos lalu.
Kedua-dua model terbaharu ini telah direka khas dengan dwi-fungsi istimewa seperti membersih dan mengemop lantai pada masa yang sama.
Selain itu, dua model ‘vacuum cleaner’ terbaharu jenama Dreame ini dilengkapi dengan fungsi teknologi ‘self-cleaning’ yang sememangnya canggih berbanding dengan penyedut hampagas jenama lain yang ada di pasaran luar.
Teknologi inovasi terbaharu ini dicipta dengan bertujuan bagi meringankan beban dan memudahkan kerja rumah para isteri dan suri rumah tangga di luar sana.
Ini kerana, dengan penggunaan dua model ‘vacuum cleaner’ terbaharu jenama Dreame ini dapat menjimatkan masa kerja pembersihan di rumah anda. Menarik bukan?
Dreame H12 Wet & Dry Vacuum Cleaner dijual dengan harga RM2,599 manakala Dreame Bot W10 Pro Self-Cleaning Robot Vacuum & Mop berharga RM4,799.
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘vacuum cleaners’ jenama Dreame, sila layari laman sesawang rasmi Dreame di www.dreame.my.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Pusat membeli-belah IOI City Mall dikhabarkan bakal menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan pembukaan Fasa Keduanya pada 25 Ogos ini yang mempunyai lebih 700 ruang runcit secara keseluruhan.
Dengan kedudukan lokasi strategiknya yang terletak di pusat peranginan IOI Resort City, ia bakal menjadi tumpuan lebih 3.1 juta pengguna dari perbandaran berhampiran di selatan Lembah Klang, iaitu Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Sepang, Puchong dan Seri Kembangan.
Pembukaan Fasa Kedua IOI City Mall akan mempunyai secara keseluruhan 14 penyewa utama dan lebih daripada 200 kafe dan restoran yang bakal dinikmati orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutif (IOIPG) Datuk Voon Tin Yow dalam satu kenyataan berkata IOI City Mall sedia menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan tambahan satu juta kaki persegi kawasan boleh disewa bersih bagi keseluruhan kawasan, menjadikan jumlah keseluruhan kawasan IOI City Mall kepada 2.5 juta kaki persegi.
“Selain peruncitan, pusat beli-belah ini menyediakan IOI City Farm, ruang seluas 18,000 kaki persegi yang menyediakan aktiviti mesra keluarga untuk mempelajari tumbuhan dan haiwan,” katanya.
Pameran didik hibur yang baharu itu terdiri tiga zon iaitu Zon Tumbuhan, Zon Haiwan dan Zon Akuatik untuk pengunjung memerhati dan berinteraksi dengan lebih daripada 70 spesies tumbuhan, haiwan kecil dan comel serta ikan.
Pusat beli-belah itu akan mengetengahkan “IOI Grand Exhibition and Convention Centre”, sebuah dewan berkeluasan 40,000 kaki persegi dengan kemudahan terkini yang boleh menampung 2,000 jemputan jamuan perkahwinan dan kira-kira 3,000 perwakilan untuk persidangan selain daripada pusat sukan di atas bumbung dengan 15 gelanggang badminton dan dua arena futsal.
Sumber: tvstv.my
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Aplikasi foodpanda Malaysia kini telah meraikan satu lagi kejayaan apabila sudah genap menjangkau 10 tahun beroperasi di pasaran seluruh negara pada tanggal 12 Ogos yang lalu.
Setelah sedekad berlalu, kewujudan aplikasi foodpanda ini nyata telah memberi satu impak positif yang besar serta kegembiraan seluruh rakyat Malaysia.
Mengulas mengenai kejayaan ini, selaku Pengarah Urusan foodpanda, Sayantan Das berkata dia amat berbangga dan berbesar hati dengan pencapaian ini.
“Kami berbangga untuk berkongsi bahawa kami adalah platform hasil usaha oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. Maka saya amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat meraikan sambutan ulang tahun ke-10 ini.
“Pencapaian yang luar biasa ini pastinya tidak dapat dikecapi tanpa sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para pelanggan, rakan penghantaran dan vendor,” katanya.
Foto sumber Berita Harian Online
Tambahnya lagi, foodpanda akan tetap kekal optimis untuk memberikan yang terbaik kepada para penghantar, peniaga dan pelanggan setianya di masa akan datang.
“Tidak dapat dinafikan industri in telah berkembang dengan pesat sejak 10 tahun lalu dan akan terus maju ke hadapan. Kami telah membina teknologi sendiri selama bertahun-tahun untuk mencipta peralatan dengan menyediakan platform yang inklusif untuk para penghantar, peniaga dan pelanggan.
“Maka, kami akan terus memainkan peranan penting dalam ruangan q-dagang, mengukuhkan perniagaan tradisional dan berusaha ke arah meningkatkan kemahiran rakan penghantaran.
“Selain itu, kami juga akan tetap optimis dengan pelbagai peluang dan cabaran yang akan datang dan menantikan 10 tahun yang akan datang,” katanya lagi.
Untuk meraikan majlis ini, foodpanda Malaysia telah menganjurkan makan malam di ibu pejabatnya sebagai penghargaan dan berterima kasih kepada semua rakan kongsi di atas sokongan berterusan mereka selama ini.
Selain itu, foodpanda Malaysia juga telah menganjurkan karnival panda paradise bermula 12 hingga 14 Ogos lalu yang berlangsung di tempat letak kereta terbuka Sunway City, Kuala Lumpur.
Sekadar informasi, foodpanda adalah peneraju platform makanan atas talian di Asia yang berazam untuk membawa pelbagai jenis makanan, barangan keperluan dan banyak lagi kepada para pengguna dengan pantas dan mudah.
Dengan kecanggihan teknologi inovasi dan operasi yang cemerlang, foodpanda telah menerajui perkembangan quick-commerce (q-commerce) di seluruh rantau ini dengan kerjasama rakan niaga, termasuk pandamart yang menyediakan perkhidmatan pembelian barangan runcit di atas talian.
Kini, foodpanda sudah beroperasi lebih daripada 300 bandar dalam 11 pasaran di Asia Pasifik antaranya Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kemboja, dan Myanmar.
foodpanda dimiliki oleh Delivery Hero, peneraju industri penghantaran makanan seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.