Lazimnya setiap pagar rumah pasti akan guna kunci mangga untuk melindungi kawasan rumah, atau lebih tepat sebagai langkah keselamatan.
Pun begitu, bilamana padlock atau mangga yang diperbuat daripada besi bila sentiasa berhujan dan berpanas setiap hari, tentunya akan menyebabkan ianya cepat berkarat.
Bahan-bahan:
1) Botol air yang sudah kosong
Ads
Langkah-langkah:
1) Potong bahagian bawah botol air.
2) Seterusnya potong secara memanjang pada botol air tersebut, pastikan ukuran potongan boleh memuatkan mangga logam berkenaan. Jangan terlalu besar potongan kerana risau nanti mudah tercabut.
Ads
3) Sarungkan botol air yang sudah siap dipotong pada mangga sebagai pelindung daripada hujan dan panas.
4) Untuk lebih berkesan, boleh juga sembur mangga dengan cecair anti-karat.
Orkid tanaman berbungayang memang diminati ramai disebabkan warnanya yang menarik. Tapi tak semua berjaya memastikan koleksi orkid mereka tahan lama. Kalau ada pun, masalah lain pula yang berlaku iaitu orkid kedekut bunga.
Baja orkid memang mahal. tapi, tak perlu risau, anda sebenarnya boleh hasilkan baja organik untuk orkid dari sisa bahan dapur iaitu kulit bawang dan kulit kentang. Nak tahu caranya, boleh tonton video yang disediakan
Pokok betik adalah antara pilihan tanaman berbuah yang paling mudah dan senang untuk ditanam. Betik atau nama saintifiknya Carica papaya berasal dari kawasan yang mempunyai iklim tropika.
Betik antara tanaman berbuah yang paling cepat mengeluarkan hasil. Kebiasaannya, betik dibiakkan melalui biji benih. Namun ada caranya untuk pilih biji benih yang sesuai. Kena pilih yang betina, barulah pokok betik elok berbuah.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Juraida Hamzah ini sebagai rujukan.
Cara saya nak semai anak betik.
1. Biji yang hitam dan kurang hitam diasingkan.
2. Yang berwarna hitam pekat itu nanti akan disemai. Itu biji betik yang akan mengeluarkan buah yang betina. Yang bewarna pudar hitam tu pokok betik jantan.Tak akan mengeluarkan buah, hanya bunga sahaja.
Hasilnya..
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Bagi yang nak cuba semai pokok betik dari biji benih, ikut tip asas yang dikongsikan ini.Pastikan pilih biji benih yang betina, barulah elok pokok berbuah.
‘Chenta Hati Garden’ Lambang Cinta Laman Rumah Berkonsep English Mix & Match. Siapa sangka rumah jenis semi D dua tingkat ini mampu mewujudkan landskap laman yang cantik berkonsep Inggeris dengan gandingan suai padan (English Mix & Match).
Istimewanya, pemilik Shahrul Ikram Ismail menamakan laman indah tersebut ‘Chenta Hati Garden’, sebagai lambang cinta pada laman rumahnya.
Lebih menarik, laman berkeluasan 1,000 kaki persegi ini hanya dihias sendiri oleh pemilik mengikut citarasa dan kreativiti sendiri tanpa melantik pereka landskap profesional. Proses membina elemen seperti kolam, pergola, patio serta rumah burung pula dijalankan secara berperingkat dalam tempoh 7 tahun dengan anggaran kos RM35,000.
Keutamaan Laman Buat Pemilik
Setiap pemilik landskap kediaman mempunyai keutamaan yang tersendiri apabila menghias laman. Bagi pemilik laman seharusnya mempunyai fungsi tersendiri, pengaliran udara, cahaya dan ruang serta pokok-pokok yang mudah dijaga.
“Keutamaan diberikan kepada fungsi dan estetika. pertimbangan utama adalah pengaliran udara, cahaya, ruang dan pemilihan pokok-pokok tanaman ‘low maintenance’ serta keselesaan ruang santai tempat duduk,” jelas Shahrul.
Ini jelas dapat diperhatikan apabila tanam-tanaman dan pokok-pokok cukup subur, mendapat pencahayaan dan pengudaraan secukupnya. Begitu juga susun atur perletakan patio, meja taman dan kolam air yang sempurna memenuhi ruang laman.
Dari segi jenis-jenis tanaman yang mudah dijaga dan tahan panas, tidak hairanlah pemilik memilih pokok antaranya seperti Bunga Kertas (bougainvillea), bonsai, sepit ketam (Heliconia) dan Bromeliad sebagai penyeri landskap laman.
Patio Kawasan Kegemaran
Laman rumah merupakan definisi karakter bagi pemilik kediaman. Laman yang indah dikelilingi pepohon hijau, unggas berterbangan disamping percikan air di kolam pastinya mencetus ketenangan buat pemilik sekeluarga. Jadi tidak hairanlah kawasan patio atau anjung di tepi rumah menjadi tempat kegemaran pemilik sekeluarga untuk meluangkan masa santai bersama.
“Kawasan patio/ anjung tepi rumah merupakan ‘favorite spot’ kami. Kami sekeluarga boleh menikmati suasana teduh sejuk, privasi dan santai untuk membaca dan minum petang,”
“Landskap laman adalah citarasa kepuasan pemilik yang melibatkan aspek visual serta sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan rakan serta dijadikan tempat menarik untuk OOTD,” ujar Shahrul.
Bercerita mengenai perancangan masa hadapan untuk konsep atau renovasi taman landskap rumah ini, pemilik secara ringkas merancang untuk membina sebuah gazebo bercirikan ‘English Garden’ pada masa akan datang.
INFO LAMAN:
Nama Pemilik: Shahrul Ikram bin Ismail Jenis Kediaman: Semi D Dua Tingkat Usia Taman Landskap: 7 tahun Keluasan Taman Landskap: 1,000 kps Spesifikasi Ruang Landskap:
Kolam Ikan, Water Feature, Rumah Burung, Meja Taman/ Edible Garden, Ruang BBQ Konsep Landskap: English Mix & Match Anggaran Kos: RM35,000
IMPIANA doakan semoga segala perancangan untuk menambah baik laman dipermudahkan dan dapat direalisasikan pada masa hadapan. Semoga landskap laman berkonsep ‘English Mix & Match’ ini menjadi inspirasi buat pencinta laman yang lain.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.