Elak Letak Mesin Basuh Rapat Dengan Dinding, Nanti Cepat Rosak. Ramai suka rapatkan posisi mesin basuh terus ke dinding. Betul tak? Ia bagi tujuan menjimatkan dan memanfaatkan ruang sepenuhnya. Namun, harus anda ketahui bahawa tindakkan tersebut adalah tidak sesuai dan hanya akan memudaratkan kondisi mesin basuh
Baca juga: Mesin Basuh Letak Dalam Bilik Air Tak Sesuai, Cepat Rosak
Ini bermakna, tidak kira bahagian belakang atau sisi mesin basuh perlu ada ruang untuk pengudaraan. Sebaiknya, sediakan ruang lega antara mesin basuh dan dinding atau apa-apa sahaja elemen bersebelahan dengannya lebih kurang 5 cm
Kalau nak mudah alih-alihkan mesin basuh, boleh pakai roda ni. Mudah je. Boleh beli dekat link ni https://invol.co/cla63kz
Ia bertujuan memberi ruang pengudaraan bagi mengelak wujudnya kelembapan di dalam ruang badan mesin basuh. Jika bahagian dalam badan mesin basuh mengalami kelembapan, ia akan menyebabkan komponen yang tak kalis air akan mudah berkarat dan rosak
Selain itu juga, ia mengelak mesin basuh dari cepat panas akibat penggunaan motor yang lama. Tambahan, ruang lega yang tersedia menjadi sempadanan menyerap gegaran ketika mesin beroperasi. Jadi gegaran tersebut tidak terkena pada bahagian dinding atau komponen bersebelahan