Ada benarnya jika ada rezeki dan duit lebih, sebaiknya elakkan renovasi atau dekorasi kediaman kecil secara berlebihan, sebaliknya usahakan untuk beli dan tinggal di kawasan perumahan yang lebih baik. Ia untuk menaik taraf kehidupan diri dan keluarga, serta mendapatkan persekitaran yang lebih baik.
Bahkan, ketenangan dan kebersihan kawasan persekitaran rumah serta mentaliti penghuni memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran yang lebih kondusif bagi setiap pemilik kediaman.
Pandangan daripada Dr Azizul Azli Ahmad yang merupakan seorang Pensyarah Kanan dan Pakar Hartanah ini boleh dijadikan panduan.
Walau tidak semua rumah PPR bermasalah sosial, ada yang dijaga dengan baik. Sedikit pandangan dari saya.
1. Jika ada duit lebih, jangan renovasi rumah kecil kita. Buat tabungan dan beli rumah di kawasan lain.
2. Dengan berpindah keluar, kita dapat kediaman lebih baik, berkualiti dan selesa.
3. Lebih penting, kita dapat persekitaran yang sihat buat perkembangan anak-anak juga.
4. Jika kita perhatikan, semakin berkualiti sesuatu kawasan. Semakin selamat, sunyi dan kejiranan yang menghormati tetangga lainnya.
5. Himpun duit dan belilah kediaman dan persekitaran lebih baik. Jika itu sahaja yang kita mampu sebagai permulaan hidup. Silakan sahaja.
“Saya suka kawasan nie bang, semua dah dekat”.
Adakala kita belum kenal tempat baru, kita dah mula membenci.
Pasang impian nak ada kediaman yang lebih baik buat keluarga tercinta.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Beli Rumah Sebelum Usia 30 Tahun Banyak Kelebihan Antaranya Pelaburan Jangka Panjang
Baca Lagi Di Sini:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu
Artikel Menarik: 5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Sumber: Dr Azizul Azli Ahmad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI