Laman

Elak Sayur Bayam Brazil Dimakan Ulat, Kena Tanam Bawang Putih Sekali

Share

Bayam Brazil adalah pilihan popular di kalangan peminat sayuran kerana khasiatnya yang tinggi. Namun, tanaman ini kerap menjadi sasaran ulat terutamanya beluncas. Tapi dengan menanam bawang putih sekali bukan sahaja ulat, siput pun tak berani dekat. 

Ikuti perkongsian Suzurina Binti Muda di Group Beginner Tanam Pokok & Sayur ini:

PETUA BAWANG PUTIH, RUGI TAK BACA..

Assalamualaikum WBT…

Ini cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk saja bawang putih seulas-seulas atau satu labu bawang putih pun boleh. Kadang saya beli yang sudah siap kupas itu saja, terus cucuk dekat pokok bayam brazil.

Macam saya buat itu (seperti dalam gambar), nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam itu. Masa tanam pokok cili awal-awal pun saya buat macam ini. Boleh juga buat macam ini dekat pokok-pokok yang lain.

Dapat Petua Bawang Putih Dari Youtube

Sebenarnya, saya dapat video sharing ini dari youtube.
Dulu saya blender bawang putih dan spray pada pokok. Agak renyah jadi lama-lama tak terbuat dah, sejak jumpa video itu, ini saja yang saya buat.

Sebelum ini tak boleh makan bayam brazil tu, penuh dengan ulat beluncas halus, geli pulak. Siput pun tak suka kot bau ni, sebab selepas letak bawang putih, tak ada lagi siput halus-halus termasuklah yang besar-besar.

Bau Bawang Putih Elak Ulat & Siput

Bukan binatang lari, hantu pun lari bau bawang putih ni.

Alhamdulillah, sekarang ini dah cantik bayam brazil saya..

Semoga bermanfaat ilmu ni dari saya.

IMPIANA : Semoga petua bawang putih ini dapat membantu menyelamatkan pokok bayam brazil yang dimakan ulat dan siput.

Sumber: Suzurina binti Muda

Mesti Baca: Casa NH Kediaman Baru Neelofa & Haris, Syukur Lalui Proses Bina Rumah Bersama
Baca Lagi Di Sini: Fasa Baru Kehidupan UYAINA ARSHAD, Progress Renovasi Siapkan Rumah Impian
Artikel Menarik: Elisya Sandha Kumpul Duit Beli Rumah 1.2 Juta, Simpan Niat Tambah Anak

Follow kami di WEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapat kan tip, idea.

Published by
Nana