Elak Sayuran Di Makan Ulat, Tanam Dengan Bawang Putih Sekali. Bila berkebun, memang tak lari lah dari serangan serangga perosak dan penyakit. Cara mudah untuk atasinya adalah semburan pencegah berkala. Tapi, kalau dah chulas, sekelip mata ja tanaman mula diserang. Selain pencegahan secara berkala, anda boleh juga cuba gunakan companion plant atau tanaman pendamping untuk mengawal serangan perosak dan penyakit secara biologi seperti yang dilakukan oleh Suzurina Binti Muda.
Ni cara saya tanaman bayam brazil dengan bawang putih
Cucuk je bawang putih seulas-seulas atau satu labu pun boleh. Kadang-kadang saya beli yang dah siap kupas tu je, terus cucuk pada pangkal pokok. Macam saya buat tu. Nanti bawang akan naik hidup sama dengan pokok bayam tu. Pokok cili awal-awal semaian pun saya buat macam ni. Teknik ni, sesuai juga untuk buat dekat tanaman yang lain
Ads
Ramai yang guna cuka kayu ni untuk tingkatkan immun tanaman. Beli je dekat shopee. Ni link nya https://invol.co/cla1rm5
Ads
Dulu saya selalu kisar bawang putih dan airnya sembur pada tanaman. Lama kelamaan, dah tak terbuat dah. Saya jumpa tip ni dekat Youtube, tu saya cuba buat dan menajdi. Sebelum ni, bayam brazil tak boleh dimakan sebab banyak ulat daun yang halus-halus tu. Geli nak makan. Bila dah tanam dengan bawang putih ni, alhamdulillah cantik.
Ads
Tambahan, bau bawang putih ni siput halus yang duduk dalam tanah tu pun tak suka. Bau dia kuat mungkin.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Harga pucuk paku boleh tahan mahal juga di pasaran. Tapi, kalau beli di pasar, selalu banyak yang dah tua. Yang tua ni kalau masak, liat la hai sampai tersangkut dekat tekak.
Masalah ini turut dialami penggemar pucuk paku En. Zaid Aziziy Yaakob. Berkongsi pengalamannya pernah terserempak dengan haiwan berbisa ketika mencari sendiri pucuk paku di tepi sungai membuat kan beliau mengambil keputusan untuk tanam sendiri je pucuk paku di tepi rumah. Kini En. Zaid boleh menikmati pucuk paku segar bila-bila masa sahaja.
Berikut cara-cara tanam pucuk paku di tepi rumah yang dikongsikan oleh En. Zaid:
1. Cari anak pokok paku yang tumbuh di tepi pokok paku (kalau nampak tepi jalan ada pokok paku boleh ambil. Minta izin, kalau tanah bertuan).
2. Boleh tanam dalam pasu, guna tanah yang sedia ada di rumah pun boleh.
3. Pastikan ambil banyak anak pokok. Bila banyak rumpun baru dapat banyak pucuk. Jika subur satu rumpun ada 2-3 pucuk saja, kalau kurus, satu pucuk saja.
4. Pokok paku ini kena siram hari-hari tambah lagi musim panas.
5. Tip supaya pucuk paku gemuk menghijau boleh buat air siraman ini. Ambil sisa dapur dari kulit bawang, kulit telur (tumbuk dan kisar dulu). Kemudian masuk dalam bekas yang dicampur air hujan, perap selama 3 hari.
6. Selepas 3 hari boleh guna untuk siraman. Selepas itu siram pula dengan air biasa. Pokok paku memang suka basah lencun.
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pokok jiran tumbuh masuk melepasi sempadan antara isu panas yang sering dialami bukan sahaja masyarakat di bandar, malah luar bandar juga. Perkara ini, adakalanya boleh menjadi penyebab atau punca perselisihan faham antara jiran.
Kebiasaanya, punca pergaduhan disebabkan pokok yang memasuki sepadan mengganggu pemandangan, daun nya yang kerap gugur dan pelbagai ancaman lain. Adakalanya, hal ini tak menjadi isu apa pun, cuma sering menjadi pertanyaa boleh tak kita ambil hasil dari pokok jiran yang memasuki sepadan rumah
UNDANG-UNDANG POKOK JIRAN
Bila dahan pokok jiran korang membesar dan masuk ke dalam kawasan korang, ia dikenali sebagai “overhanging branches”. Sebenarnya, kebanyakan negara di dunia ni ada undang-undang pasal overhanging branches. Di Australia contohnya, setiap negerinya ada undang-undang berbeza tentang isu ni. Di Malaysia pula, hal ni melibatkan undang-undang kacau ganggu persendirian (private nuisance). Ini kerana, dahan pokok yang membesar sampai masuk ke dalam kawasan korang tu dikira sebagai kacau ganggu.
Secara takrifnya, kacau ganggu adalah gangguan yang menyalahi undang-undang dengan penggunaan tanah. Terdapat tiga elemen kacau ganggu persendirian, yang mana semuanya kena dipenuhi – kalau korang nak jiran korang tu bertanggungjawab:
Plaintif (korang) pemilik tanah atau mempunyai hak untuk mendudukinya;
Defendan (jiran korang) sebenarnya dah bertindak dengan cara yang mengganggu kesenangan plaintif dan gunaan hartanah miliknya; dan
Gangguan defendan cukup ketara dan tak munasabah.
Jadi, dengan membiarkan pokok diorang membesar sampai masuk ke dalam kawasan korang, diorang mungkin bertanggungjawab terhadap ganggu kacau persendirian kalau dahan-dahan yang berlebihan tu memberi kesan terhadap suasana dan keadaan rumah korang. Kalau ia menimbulkan risiko keselamatan pula, ia menambahkan lagi memungkinkan untuk jiran korang bertanggungjawab.
Tapi macam mana pula kalau korang tak suka pokok tu tumbuh ke dalam kawasan korang sebab ia cuma menghodohkan dan merosakkan pemandangan dari rumah korang? Dalam hal ni, undang-undang mengatakan…
BUAH YANG TUMBUH MELEPASI SEPADAN ADALAH HAK ANDA
Jadi, walaupun korang tak saman jiran korang sebab buat kacau ganggu persendirian, korang masih boleh buat sesuatu pasal dahan-dahan tu atau buah-buah yang jatuh dalam kawasan korang.
Ada beberapa kes pasal hal ni di banyak negara dan cuba kita tengok yang paling dekat dulu. Pada pertengahan tahun 2016, Mahkamah Tinggi Singapura ada buat perbicaraan kes antara dua jiran. Seorang wanita ni dah biarkan pokoknya tumbuh sampai ke halaman jirannya dan dahan-dahan tu pula membahayakan jirannya, terutamanya sebab ada anak-anak kecil di rumah. Bila jirannya upah orang untuk potong pokok tu, wanita tadi halang jirannya dengan cabut kunci dari kren yang digunakan untuk memotong pokok tu.
Mahkamah lepas tu buat keputusan yang jirannya ada hak untuk tebang mana-mana dahan yang masuk dalam kawasannya dan wanita tadi bersalah sebab menghalang diorang dari berbuat demikian.
Ada satu lagi kes yang dah lama sangat berlaku iaitu pada tahun 1894. Kes ni dikenali sebagai Lemmon v Webb dan Mahkamah England memutuskan:
Seorang jiran boleh menebang dahan-dahan yang memasuki tanahnya tanpa memberi notis kepada pemilik pokok itu dengan syarat dia boleh melakukannya tanpa memasuki tanah orang lain.
Jadi, korang sebenarnya boleh je tebang mana-mana dahan atau ranting yang masuk kawasan korang (atau ambil buah-buah yang tumbuh dari dahan-dahan tu).
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menerusi episod kelima rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture kali ini telah merealisasikan hasrat selebriti terkenal, Raja Azura untuk memberi kejutan makeover dekorasi rumah buat suami tercinta.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil makeover dekorasi di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Dalam episod kali ini, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku telah memilih ruang tamu di kediamannya sebagai ruang pilihan bagi melakukan transisi perubahan hasil dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Bagi mahu merealisasikan hasratnya itu, Kak Engku memberitahu dia menginginkan dekorasi makeover yang berkonsepkan Melayu Klasik dengan bertemakan warna terang.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama pengasas Ella Furniture, Puan Ella Alway telah mencadangkan jenis sofa jenis Modular berbentuk ‘L’ berwarna Olive Green sebagai pilihan untuk merealisasikan konsep yang diinginkan.
Di samping itu, warna cat bagi dinding di ruang tamu kediaman Kak Engku pula telah memilih rona Olive Green di bahagian ‘Feature Wall’ manakala Pale Green pula untuk ‘Non-Feature Wall’
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Kak Engku? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.