Dalam banyak-banyak peralatan memasak, stainless steel adalah yang paling tahan lasak. Tapi, kalau anda pandai menjaga dan menguruskan peralatan meamsak stainles steel, bukan sahaja ia tahan lama, malah cantik sampai ke anak cucu.
Angeline tyy berkongsi tip penjagaan perkakas memasak stainless steel paling mudah.
Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia/ berasid seperti asam, jus nenas/ lemon, cuka, baking soda, coke mahupun garam utk membasuh periuk stainless steel kamu, nescaya rosak permukaan berkilatnya. Ini semua musuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.
Beli peralatan meamsak stainless steel secara onlini di sini https://invol.co/cloqny
pun murah jugaCara yang betul adalah merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak. Kemudian buang air tersebut dan lap segala minyak & kotoran/ makanan yang melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels). Selepas itu baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yang basah dengan Axion/ Swif detergent paste. Lihat gambar ke-3. Tidak payah membuang masa untuk menggosok dengan kuat. Hanya membasuh dengan biasa. Tersangat mudah utk dibasuh. Lap dengan tuala dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan. Periuk itu akan senantiasa kekal berkilat.