Tanggapan bahawa semua bahan makanan (basah dan kering) yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama berbanding dengan makanan yang diluar adalah salah sama sekali.
Betul, kebanyakan bahan dapur seperti ikan, ayam, sayur-sayuran serta buah-buahan akan kekal segar dan tidak cepat rosak jika disimpan didalam peti sejuk. Tetapi bukan semua ya..
Ada sesetengah bahan yang memang tak sesuai langsung untuk disimpan di dalam peti sejuk. Dan mungkin anda juga tidak sedar yang selama ini anda telah praktikkan rutin yang salah. Jadi mari kita semak bersama apa bahan makanan yang tidak perlu disimpan dalam peti ais.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
Ads
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
Ads
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
Ads
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Kopi
Cara terbaik untuk menyimpan kopi adalah dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Apabila ia sejuk, aroma kopi boleh hilang bahkan membina pemeluwapan yang boleh merosakkan kopi kisar.
Pelbagai kaedah dan jenis baja yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil bunga yang kembang mekar di laman. Sama ada dengan menggunakan bahan organik mahupun kimia, pasti ada hasilnya. Namun kali ini LAMAN IMPIANA nak galakkan anda untuk hasilkan baja penggalak bunga dari buah-buahan atau sayuran yang rosak dari dapur anda. Buahan dan bungaan (250 g setiap bahan):
1. Pisang
2. Labu
3. Lobak merah
4. Tomato
5. Betik
6. Bunga-bungaan
Nota: Kesemua buah-buahan diambil dengan kulit sekali. Lebih ranum buah lebih baik.
Perisa:
1. Gula merah (5 kg)
2. 1 sudu makan EM
3. 1 sudu makan IMO
Alat:
1. Bekas plastik besar
2. Kain
3. Botol
Cara pembuatan :
1. Potong semua buah-buahan
2. Masukkan ke dalam sebuah bekas plastik
3. Campur bunga, gula merah, EM dan IMO
4. Kacau dan lenyek dengan menggunakan senduk kayu. Jangan gunakan tangan.
5. Tutup bekas plastik itu dengan kain
6. Peram sekurang-kurangnya 10-14 hari
7. Selepas hari ke 10-14, tapis buahan yang diperam.
8. Hasil cecair disimpan ke dalam botol
9. Hampas tapisan pula boleh diperam untuk kali kedua, dengan tambahan gula merah. Sukatan lebih kurang sama macam peraman kali pertama
Peraman kali kedua bolehlah lebih lama lagi. Terpulang pada anda, tapi peraman kali kedua boleh sehingga mencapai 1 bulan, selepas itu tapis lagi, dan campurkan hasil peraman kali kedua dengan hasil peraman kali pertama.
Penggunaan:
Nisbah: 1 atau 2 sudu makan dengan 1 liter air.
1. Boleh campurkan bersama EM dan baja ikan.
2. Siram tanah atau sembur pada daun.
3. Kekerapan semburan: 1 atau 2 kali seminggu atau ikut kerajinan anda.
Selamat mencuba.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tak sangka, kacang walnut tinggi khasiat ini berupaya menghilangkan kesan calar pada permukaan perabot kayu. Caranya mudah sahaja. Hanya gosok lembut kacang walnut pada permukaan perabot yang calar dan lap dengan kain bersih. Namun, kaedah ini hanya sesuai untuk permukaan calar yang tidak dalam sahaja.
untuk ketahui caranya dengan lebih khusus, sila tonton video yang disediakan:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Astana di Bamboo Hills menjadi lokasi yang tepat untuk anda mengadakan majlis. Ia juga merupakan sebahagian daripada pembangunan Bamboo Hills. Ruang yang baru dilancarkan ini dikendalikan oleh Pusat Persidangan & Acara Connexion. Jika mahukan kelainan, di sinilah tempatnya.
ADA 500 RUANG LETAK KERETA
Menghadap Lebuhraya DUKE dan bersempadan di sebelah timur dengan Jalan Ipoh serta di sebelah barat dengan Jalan Kuching, lokasi utama dan aksesibiliti Astana memudahkan pengunjung untuk sampai ke sana. 500 ruang letak kereta selamat yang disediakan di dalam premis pembangunan juga menawarkan kemudahan yang hebat untuk tetamu dan penganjur.
LAMPU PELITA KRISTAL JADI KEMEGAHAN ASTANA
Sekilas pandang, ciri-ciri yang berbeza dari tempat acara seperti rumah kaca ini termasuk seni bina berbentuk A khasnya dengan pemandangan panorama alam semula jadi mewujudkan suasana yang memberi inspirasi dan mempesona buat majlis perkahwinan dan acara yang indah.
Ketinggian siling 43 kaki Astana kemudian membuat kesan lebih lanjut kerana keterbukaan kawasan yang dipasangkan dengan lampu pelita Kristal menambah kemegahan tempat itu. Kawasan dewannya seluas 2,100 kaki persegi dengan mudah menampung sebarang acara sehingga 100 orang dan memberikan suasana yang tidak dapat dilupakan.
RUANG INDAH, ANGGUN DAN PUNYA NILAI ESTETIK
Astan sangat sesuai untuk acara korporat dan bengkel, majlis perkahwinan, acara koktel, perhimpunan sosial, dan majlis-majlis khas yang lain. Astana di Bamboo Hills menyediakan ruang indah yang menggabungkan keanggunan, kecanggihan, dan nilai estetik buat semua.
Kapasiti ideal tempat ini juga memastikan para tetamu dapat menikmati pengalaman yang selesa. Tetamu anda pasti asyik sambil meraikan detik-detik istimewa atau menjalankan urusan perniagaan dengan penuh gaya.
Astana juga disokong oleh pelbagai konsep makanan yang pelbagai dan berkualiti tinggi yang terdapat di Bamboo Hills. Pelanggan dan penganjur acara boleh memilih dari pelbagai pilihan katering F & B di lokasi, atau memilih untuk membawa katering mereka sendiri.
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.