Elak Sotong Hanyir Dan Mengecut Ketika Masak, Buat Macam Ni. Masak makanan laut ni, satu yang kita susah nak lari adalah bau hanyir. Dah cuci dengan limau dan garam pun adakalanya bila masak tetap akan bau hanyir. Ia disebabkan air dari makanan laut tersebut terbebas keluar.
Bukan tu je. Kalau beli sotong dan udang, perasan tak lepas masak mesti mengecut? dari 1 Kg sotong leaps masak, terkais-kais cari sotong nya. Zin Rose Perodua ada petua untuk atasi maslah bau hanyir dan elak sotong kecut.
Baca juga: Cara Betul Simpan Ikan Tahan Segar Lebih Lama Macam Baru Beli
Nak lebih mudah dan tahan lama simpan stok makanan laut ni, boleh guna bekas macam ni. Klik je link ni https://invol.co/cl9t0ny
1. Mula-mula, siang sotong dan buang semua tulang dan isi perut yang kita tak nak kemudian cuci bersih.
2. Dah cuci bersih, sumbat balik kepala sotong dalam perutnya. Ia bagi mengelak kepala sotong ke lain dan badannya ke lain. Nanti, tinggal kepala sotong sahaja. Badan dah habis.
3. Rebus sotong selama 5-8 miniy bersama 4-8 keping asam keping. Dah siap, toskan dan boleh masak macam biasa.