Mejoriti kita mengunakan span untuk mencuci pingan dan mangkuk. Betul tak? Namun, anda perlu tahu bahawa span yang kita gunakan untuk mencuci tu sebenarnya menyimpan beribu bakteria dan kuman.
Dipetik dari artikel Eating well pada 15/2/2022, satu kajian pada 2017 mendapati terdapat lebih kurang 362 spesies bakteria yang berbeza hidup dalam satu span yang telah digunakan. Disamping itu juga, ia terkandung 82 milion patogen dalam setiap inci kubik. Namun kebanyakkan bakteria yang terdapat pada span tersebut tidak berbahaya.
Akan tetapi, span yang digunakan boleh menjadi transport penyebaran bakteria berbahaya seperti e-coli dan salmonella. Kedua-dua bakteria ini lah antara punca berlakunya keracunan makanan. Oleh sebab itu, kita WAJIB pastikan span sentiasa bersih dan di sanitasi.
1. Rendam span dalam larutan air panas dan sabun cecair pencuci pinggan 3-5 minit
2. Pastikan perah air yang terkandung di dalam span dian simpan ditempat kering setiap kali selesai menggunakannya. Bukan letak semula di dalam beks sabun
3. Sebaiknya, gunakan lebih satu span. Khaskan satu span untuk kegunaan yang berbeza kerana dikhuatiri berlakunya pencemaran silang. Ini bermakna, span untuk cuci pinggan lain, span untuk mencuci perkakas selepas menyiang bahan mentah lain.
4. Selain disanitasi secara rutin, ganti span sekrap yang mungkin. Sebaiknya seminggu sekali.
Baca juga: 5 Kegunaan Span Lain Yang Mungkin Ramai Tak Pernah Tahu
Sebaiknya, lepas guna span letak atas rak atau pemegang khas untuk keringkan. Boleh guna pemegang span macam dalam link ni https://invol.co/cl93e5b
APA ITU SALMONELLA?
Terdiri daripada beberapa jenis bakteria yang boleh menyeabbkan jangkitan terutamanya pada saluran pemakanan dan pencernaan. Menurut WHO, salmonella adalah salah satu penyebab utama keracunan makanan di dunia
APAKAH PENYEBAB WUJUDNYA BAKTERIA SALMONELLA DI DALAM MAKANAN?
Bakteria salmonella kebiasaanya membiak dan menjadikan daging, ikan, telur, buah dan sayur sebagai habitatnya. Ia berpunca dari tinja haiwan peliharaan dan ternakkan atau dari makanan itu sendiri yang telah tercemar dari sumber asalnya.
APAKAH TANDA-TANDA DAN GEJALA PENCEMARAN SALMONELLA DALAM BADAN
Seperti yang pernah berlaku di Sungai Petani, hidangan ayam masak merah telah menyebabkan beberapa kematian dan lebih dari 200 orang cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan yang teruk. Namun, tanda-tanda keracunan dapat dikesan setelah hampir 12 jam.
BAGAIMANA CARA MENGATASI JANGKITAN SALMONELLA?
Untuk menghindari jangkitan salmonella, ada beberapa perkara dan rutin yang perlu di lakukan dan jadikan ia sebagai amalan harian:
1. Cuci tangan dengan menggunakan sabun setiap kali selepas
– Menggunkan bilik air
– Mengganti lampin anak
– Memotong daging atau ayam
– Membersihkan kotoran atau kandang haiwan peliharaan
– Menyentuh haiwan
2. Asingkan daging, ayam dan makanan laut dari bahan lain sehingga ia selesai dibersihkan
3. Sediakan papan pemotong khas untuk memotong daging. Manakala untuk memotong sayur, sediakan papan lain
4. Elak makanan yang telah dimasak dari permukaan yang belum dibersihkan seperti papan pemotong, makanan yang belum dimasak
5. Cuci bersih peralatan dan perkakas dapur terutamanya yang bersentuhan dengan bahan yang masih mentah
6. Simpan daging, ikan dan ayam di dalam bekas yang bertutup
7. Cuci bersih semua bahan termasuk sayur yang memang dimakan secara mentah
8. Jika terdapat daging, ikan atau ayam yang dihidangkan dalam keadaan mentah sebagai santapan, pastikan ia segar
9. Masak makanan sehingga matang untuk membunuh bakteria punca penyakit
10. Lakukan pembersihan berkala dengan menggunkan bahan pencegah bakteria
Sumber: https://www.cleanipedia.com