Elak “Stress” Ketika Pindah Rumah, Ini 29 Tip Wajib Anda Lakukan

Share

Anda merancang untuk pindah rumah? tapi tak tahu nak mulakan dari mana, apa yang perlu dilakukan? perkara ini yang akan mengakibatkan anda tertekan. Bila dah tertekan, apa sahaja kerja yang dilakukan anda mudah letih dan penat sebab otak turut bekerja keras. Untuk atasi masalah ini, anda wajib lakukan 21 perkara ini.

1. Pastikan anda tiada apa-apa komitmen atau temu janji pada hari perpindahan.

Susah juga kalau pada saat terakhir baru anda teringat tentang temu janji yang dibuat 2 minggu lepas. Pastikan anda betul-betul lapang pada hari tersebut. Sebaiknya, pilihlah hari minggu atau cuti umum.

2. Buat Senarai Semak (‘Checklist’)

Tuliskan kesemua perkara yang perlu dilakukan sebelum dan semasa hari perpindahan. Ini memastikan anda membuat kerja secara tersusun dan sistematik.

3. Hantar notis kepada tuan rumah

Sekiranya anda menyewa, jangan lupa hantar notis kepada tuan rumah mengikut terma dan syarat yang dipersetujui kedua belah pihak.

4. Hubungi pihak bank, syarikat utiliti (TNB, SYABAS), Astro, insurans, dan lain-lain untuk kemaskini alamat.

Penting untuk meneruskan komunikasi anda dengan syarikat-syarikat di atas.

5. Jangan lupa langsaikan kesemua bil

Bil telefon, bil Astro, bil TNB dan lain-lain seeloknya dibayar sebelum perpindahan.

6. Pastikan ada air, elektrik dan gas di rumah baru

Susah pula nak buat kerja di rumah baru tanpa air dan elektrik, kan? Jadi pastikan utiliti dalam rumah baru anda disediakan terlebih dahulu sebelum pindah masuk

7. Kaji dan cari syarikat lori untuk tujuan perpindahan yang sesuai.

Dapatkan sekurang-kurangnya 5 sebut harga daripada syarikat lori yang berbeza untuk memahami harga pasaran bagi servis sewa lori. Pastikan juga anda berbincang dengan pengusaha lori tersebut tentang saiz lori yang diperlukan serta terma dan syarat yang dikenakan.

8. Pastikan lori ada kebenaran masuk di tempat pengambilan dan penghantaran, terutamanya di kondominium yang ada

Ini amat penting kerana sekiranya tiada kebenaran, lori tidak dapat masuk ke dalam kawasan rumah. Anda mungkin akan dikenakan caj perjalanan kedua pada hari berlainan atau caj menyimpan barang oleh syarikat lori (yang boleh mencecah sehingga empat angka semalam).

9. Jual barang lama dan gunakan duit untuk bayar sewa lori

Kalau ada perabot-perabot yang lama tidak dipakai, lebih baik jual kepada kawan-kawan ataupun di Mudah.my. Duit itu boleh digunakan untuk membayar syarikat lori untuk tujuan perpindahan.

10. Rancang susunan perabot di rumah baru

Orang putih cakap ‘Failing to plan is planning to fail’. Pastikan anda tahu susunan dan kedudukan setiap perabot yang hendak dipindahkan ke rumah baru.

11. Nyahfros (‘Defrost’) peti sejuk sehari sebelum perpindahan dan cuci keseluruhan peti sejuk

Ini untuk mengelakkan lantai anda basah di rumah baru anda.

12. Sediakan “Barang-Barang Hari Pertama”

Anda mungkin terlalu penat untuk mengeluarkan barang yang berada dalam kotak yang menimbun pada hari pertama. Seeloknya anda menyediakan “Barang-Barang Hari Pertama” di dalam beg/kotak berasingan seperti baju, berus gigi, bantal, tuala, pinggan, cawan & sudu plastik, tisu, dan barang-barang keperluan yang lain. Pastikan barang-barang anda dibungkus secara efisien.

13. Beli kotak dan pita pelekat

Boleh juga minta daripada kedai-kedai runcit sekiranya mereka ada kotak-kotak yang tidak digunakan untuk tujuan membungkus barang anda. Inilah 3 tempat untuk mencari kotak secara percuma.

14. Beli pembalut plastik

Elak barang anda daripada kotor atau tercalar.

15. Mula dengan bilik yang jarang digunakan seperti stor

Tugas mengemas perlu dimulakan dari bilik yang jarang digunakan kerana ia lebih mudah.

16. Jangan mengenang barang-barang lama

Memang lumrah dan naluri manusia untuk mengenang barang-barang lama apabila mengemas. Untuk memastikan proses perpindahan lancar, kenanglah barang-barang anda di rumah baru.

17. Balut benda mudah pecah dengan baju.

Selain guna surat khabar, anda digalakkan membalut barang kaca dengan menggunkan baju anda sendiri. Bukan sekadar lebih jimat ruang, malah selamat.

18. Label kotak dengan nama dan gunakan kod warna.

Ini menyenangkan pekerja syarikat lori anda memunggah barang ke tempat yang sepatutnya. Di samping itu juga, memudahkan anda memilih kotak mana yang mana perlu dibuka.

19. Susun pinggan menegak di dalam kotak

Ini mengurangkan peluang pinggan tersebut pecah waktu perpindahan.

20. Cara mudah untuk mengemas pakaian anda!

Kalau ada baju yang jenis memang dah siap gantung, tak pelru di lipat. Ambil satu plastik besar seperti plastik sampah. Sarungkan sahaja

21. Balut laci-laci almari dengan pembalut plastik

Tip ini mencepatkan proses mengemas dan membungkus. Jadi tak perlu lah anda kemas barang dalam laci tu. atau dari biar laci kosng, baik anda isi barang-barnag yang diperlukan seperti baju, kasut dan lain-lain.

22. Gunakan ‘zipped lock bag’ untuk barangan kecil seperti skru dan paku

naskkan barang-barang kecil yang penting seperti skru dan masukkan di dalam kotak khas. Kalau hilang, habislah.

23. Ambil gambar barangan elektronik anda

Satu hal la pula nak ingat kedudukan asal wayar dan kabel di belakang komputer dan TV. Jadi anda pelu ambil gambar dan label kan setiap wayar. Jadi tak perlu panggil orang nak pasang. JIMAT

24. Gunakan beg tarik untuk barang berat seperti buku

 

25. Guna cadar lama untuk elak tilam kotor

 

26. Untuk kotak-kotak, susun barang berat di bawah dan barang ringan di atas

 

27. Asingkan barang berharga

Seperti laptop, barang kemas, jongkong emas dan harta karun, anda asingkan dan kendalikan sendiri masa hari perpindahan. Sementara orang tengah sibuk dna ramai di dalam rumah membantu proses perpindahan anda, sorok dulu barang berharga di tempat yang memang tak akan ada orang luar masuk

28. Simpan botol rempah dan perasa di dalam periuk

Tak perlu bekas khas untuk menyimpan segala rempah ratus, bawan, minyak, tepung dan lain-lain. Gunakan

29. Gunakan plastik untuk elak botol-botol yang mengandungi cecair

Balot botol sabun, minyak dan sebagainya dengan plastik. Jika cecair dalam botol tertumpah, ia tidak akan menjejaskan barang lain dan lebih mudah diuruskan

Sumber: https://thelorry.com

Published by
Impiana