8 Perkara Yang Wajib Anda Lakukan Untuk Jaga Pokok Ketika Musim Hujan

Share

Musim hujan adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman anda kerana keperluan airnya sentiasa mencukupi. Secara tidak langsung, tugas-tugas penyiraman menjadi ringan. Namun, ketika musim hujan ini juga lah antara punca-punca akan mengakibatkan tanaman mudah mati. Nak elak tanamana anda menjadi mangsa seterusnya, ikuti 8 langkah wajib ini.

1. JAGA SIRAMAN

Musim hujan, rutin penyiraman yang dilakukan secara harian perlu di kurangkan. ini kerana kondisi tanah atau medium tanaman sudah tepu air terutamanya selepas hujan lebat. Sebelum anda berniat nak siram pokok tu. cek medium terlebih dahulu. Gali lubang sebesar ibu jari dengan kedalaman 1 inci. Memasukkan jari telunjuk anda. Jika rasa lembap, penyiraman tidak perlu dilakukan lagi.

2. JANGAN MEMBAJA ATAU MERACUN

Bukanlah anda tidak boleh melakukan pembajaan mahupun meracun pokok ketika musim hujan. hanya, usaha anda akan menjadi sia-sia kerana baja dan racun yang telah digunakan akan larut bersama aliran air hujan. Tapi, Anda punya pilihan. Dapatkan racun tanaman dari jenis kalis air.

3. ELAKKAN MENYEMAI

Sama ada kaedah semaian anda melalui biji benih atau sebagainya, musim hujan bukan lah pilihan terbaik. Ini disebabkan oleh kondisi medium yang sentiasa dalam keadaan lembap akan menjadi habitat baik untuk pembiakan kulat. belum sempat biji benih bercambah, kulat dah mula serang dan menyebabkan ianya rosak. Tapi anda ada pilihan. lakukan semaian di kawasan yang mempunyai teduhan.

4. SEDIAKAN SISTEM SALIRAN SEMENTARA

Masalah air bertakung ketika hujan akan menyebabkan akar lemah dan pokok mula mati jika dalam tempoh yang lama. Oleh itu, masalah ini perlu diatasi melalui penyediaan sistem saliran sempurna. walaupun bersifat sementara, ia amat membantu. yang penting, tanah anda tidak menyimpan air bertakung dalam tempoh yang lama.   

5. JAGA JARAK TANAMAN

Hal ini lebih mudah bagi tanaman berpasu. Jarak antara tanaman perlu dilakukan untuk memastikan cahaya dapat menembusi terus ke pangkal tanaman. Ia bertujuan mempercepatkan kadar pengeringan di bahagian tersebut. Secara tidak langsung, ia juga mampu mencegah pembiakan kulat yang banyak menjadikan permukaan tanah sebagai kediaman mereka.

6. MENGGEMBUR TANAH

Menggembur bukan sekadar untuk tujuan memperbaiki pengudaraan di dalam tanah, malah ia mampu membaik pulih sistem saliran medium. Ketika musim hujan. sifat poros tanah menjadi kewajiban. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan kadar pembiakan kulat dan serangga di dalam tanah terutama ketika musim hujan.

7. MEMANTAU TANAMAN

Seperti yang diperkatakan sebelum ini. Musim hujan menyebabkan hama, kulat dan seranga yang mendiami tanah menjadi aktif. Oleh itu pemeriksaan pada pangkal, permukaan tanah dan belakang daun perlu dilakukan bagi mengelak masalah lebih teruk berlaku.

8.TINGGIKAN PASU

Untuk mengurangkan risiko serangan penyakit ketika hujan, anda di galakkan untuk meninggikan tanaman berpasu anda. Boleh gunakan rak atau plant stand. Apabila Pasu tidak bersentuhan dengan permukaan tanah, ia mampu mengalirkan air yang bertakung secara segara. secara tidak langsung, mampu mengawal ancaman Organisme Pengganggu Tanaman (OPT) yang berpunca daripada tanah.

 

Published by
Impiana