![test](https://www.impiana.my/wp-content/uploads/2020/03/166738-25_13_983020-696x365.jpeg)
Tak sudah lagi cerita pasal hand-sanitizer ni. Umum tahu, kandungan alkohol yang diperlukan dalam hand-sanitizer yang berkesan menangani atau membasmi kuman adalah antara 60-90%. Tapi, nampak gayanya banyak penjual yang menipu pengguna terutamanya produk yang dibeli atas talian. Tulis je 70% alkohol. Tapi kita tak tahu sebenarnya kandungan alkohol di dalam hand sanitizer tu hanya 30% atau kurang lagi.
Nak pastikan anda tidak tertipu, lakukan ujian mudah ini. Tuang atau gosok gel alkohol yg ingin diuji di atas kertas resit (berdakwat)
Lihat perubahan, pada TANDA BETUL. Gel alkohol yang mempunyai peratus tinggi iaitu 70% ke atas mampu memudarkan dakwat resit dengan ketara.
Hal ini kerana kandungan alkohol yg tinggi mampu mencairkan dakwat atas tindakan kimia itu sendiri.
Lihat kesan dakwat yang cair di tandakan PANGKAH
Ia adalah kesan ujian hand sanitizer yang mempunyai kandungan alkohol yang sikit. Ia hanya memudarkan sedikit dakwat resit atau hampir tidak memberi kesan langsung.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dekorasi Kediaman Peribadi PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!
![](https://cdn.impiana.my/2023/12/Untitled-design-2023-12-14T155323.858.jpg)
Tak dinafikan, jika seseorang itu ada taste dalam berfesyen maka dia juga punya kelebihan yang sama dalam interior. Begitulah juga Puteri Diana atau nama sebenarnya Diana Frances Spencer.
Dekorasi Kediaman Peribadi Cita Rasa PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!
Siapa sangka rupa-rupanya ibunda kepada Putera William dan Putera Harry ini juga pakar dalam seni dekorasi.
Segalanya bermula ketika Puteri Diana berpindah ke Istana Kensington sebagai pengantin baru di usianya 20 tahun. Menurut Elle Decor, Puteri Diana menggunakan khidmat bantuan pereka interior terkenal, Dudley Poplak bagi merealisasikan dekorasi impiannya.
Tiga lantai kamar diubah menjadi sebuah rumah yang mencerminkan cita rasa serta gayanya. Pun begitu, ciri-ciri bangunan abad ke-17 itu masih dikekalkan. Hasilnya, dekorasi istana tradisional itu tampak makin berseri dan seimbang dengan sentuhan moden Puteri Diana.
![Dekorasi Kediaman Peribadi PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!](https://cdn.nona.my/2021/02/340840-18_00_361400.jpeg)
Jom kita intai cara Puteri Diana atau Lady Diana ini mendekorasi kediaman peribadinya di Istana Kensington.
RUANG TAMU
Di ruang tamu, Puteri Diana dan Putera Charles memilih dinding kuning pucat. Permaidani Flemish dijadikan sebagai titik fokus serta vibrant rug dengan perincian hijau dan jingga. Terdapat sebuah kerusi jingga yang menjadi perhatian, satu pilihan yang mengejutkan. Tak ketinggalan, Puteri Diana turut meletakkan koleksi foto keluarganya sebagai pelengkap hiasan.
![Dekorasi Kediaman Peribadi PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!](https://cdn.nona.my/2021/02/340846-18_18_500197.jpeg)
![Dekorasi Kediaman Peribadi PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!](https://cdn.nona.my/2021/02/340845-18_15_746017.jpeg)
![Dekorasi Kediaman Peribadi PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!](https://cdn.nona.my/2021/02/340851-18_31_855705.jpeg)
RUANG DUDUK
Puteri Diana menjadikan ruang duduk sebagai ruang kerjanya. Maka sebab itulah warna-warna feminin menjadi pilihan. Antaranya, warna egg blue untuk kertas dinding sesuai dengan jiwanya yang lembut. Untuk sofa pula Puteri Diana memilih smoky pink yang menjadi warna kegemarannya. Bahagian dinding pula ditutupi dengan rak buku putih yang dipenuhi dengan koleksi hardbacks Puteri Diana.
![Dekorasi Kediaman Peribadi PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!](https://cdn.nona.my/2021/02/340838-18_58_080651.jpeg)
![Dekorasi Kediaman Peribadi PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!](https://cdn.nona.my/2021/02/340843-18_10_148920.jpeg)
RUANG MAKAN
Untuk ruang makan agak sedikit kontra. Puteri Diana memilih rekaan lebih berani bersama taburan aksen Timur. Sebahagian besar perabotnya disaduri warna gelap bersama sentuhan keemasan. Manakala kerusi-kerusinya pula diperbuat daripada ornate bamboo.
![Dekorasi Kediaman Peribadi PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!](https://cdn.nona.my/2021/02/340848-18_23_148221.jpeg)
![Dekorasi Kediaman Peribadi PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!](https://cdn.nona.my/2021/02/340849-18_26_480504.jpeg)
RUANG BILIK ANAK
Ruang bilik anak-anak Puteri Diana termasuk dengan kamar terpisah untuk Putera William, Putera Harry dan pengasuh mereka. Ruang ini telah dirancang oleh Dragons of Walton Street yang pakar dalam dekorasi bilik kanak-kanak dan taska mewah.
![Dekorasi Kediaman Peribadi PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!](https://cdn.nona.my/2021/02/340842-18_07_113253.jpeg)
![Dekorasi Kediaman Peribadi PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!](https://cdn.nona.my/2021/02/340844-18_12_424060.jpeg)
Ruang ini turut diserikan dengan rona krim lembut pada dinding serta dilengkapi dengan karpet bercetak strawberi yang sangat comel. Terdapat sebuah sofa merah jambu lembut dan juga dua kerusi comel diperbuat daripada rotan serta kayu bercat untuk Putera William dan Putera Harry. Karya seni dan decorative plates anak-anak Puteri Diana turut menghiasi dinding kamar.
![Dekorasi Kediaman Peribadi PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!](https://cdn.nona.my/2021/02/340852-18_33_833412.jpeg)
![Dekorasi Kediaman Peribadi PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!](https://cdn.nona.my/2021/02/340847-18_20_620497.jpeg)
Biarpun setiap ruang bilik memiliki sentuhan yang berbeza namun secara keseluruhan ianya mewakili cita rasa Puteri Diana yang segar bersama elemen tradisional.
Semoga menjadi inspirasi buat anda khususnya yang mempunyai minat dalam dekorasi kediaman.
Baca Lagi Di Sini:3 Jenis Pengering Baju ‘Dryer’ Ramai Yang Tak Tahu Fungsi & Kelebihan Dryer Ini
Mesti Baca:Apa Itu Vented, Condenser & Heat Pump? Jom Ketahui Fungsi Setiap Jenis Mesin Pengering Baju
Artikel Menarik:Peralatan Di Dapur Bukan Sekadar Ikut Suka Hati Letak Hingga ‘Makan’ Banyak Tenaga Elektrik
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Shima Sharuddin
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Betul Nak Buang Barang Elektronik Yang Dah Rosak Untuk Elak Pencemaran
![](https://cdn.impiana.my/2021/06/377094.jpeg)
Bagaimana anda uruskan peti sejuk, TV, komputer dan lain-laian peralatan elektronik yang telah rosak? Mungkin ramai antara kita yang masih simpan peralatan eltronik yang telah rosak. Namun, ia kan mengudang masalah lain kelak. Sebaiknya ia harus dibuang segara.
Namun, ia tidak boleh dibuang begitu sahaja kerana di dalam barang sisa elektronik atau e-waste ini terkandung bahan yang boleh mengudang pencemaran dan sukar untuk dilupskan. Masalah e-waste ini semakin meningkat di serata dunia dan juga di Malaysia. Menurut kajian, Malaysia dianggar menjana 53 juta unit sisa barangan elektronik seperti telefon bimbit, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan alat penyaman udara pada 2020 iaitu 3.5 kali ganda berbanding tahun 1995.
Disamping itu juga, terdapat bahagian-bahagian tertentu yang boleh digunakan semula. Jadi, anda perlu pastikan e-wate dari kedaiaman anda tidak kire sekecil-kecil tetikus komputer atau telefon bimbit, sehinggalah sebesar-besar barang seperti tv dan peti sejuk harus di urus dan dibuang secara betul.
Cara betul melupuskan E-weste ini adalah dengan menghantar ke tempat kitar semula atau trus ke pusat-pusat pengumpulan E-waste yang telah dilantik oleh Household E-waste di bawah selenggaraan Jabatan Alam Sekitar Malaysia yang terdapat diseluruh negara. Boleh klik sini untuk semak pusat E-waste berhampiran dengan anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
8 ‘Trick’ Mudah Sejuk Kan Kediaman Untuk Rumah Yang Tak Ada Air-Cond.
![](https://cdn.impiana.my/impiana/Tips-for-Sleeping-When-Its-Hot-Out.jpg)
Sudah beberapa minggu Malaysia dilanda cuaca yang tidak menentu. Malah cuaca panas dan suhu yang semakin meningkat turut terasa sehinggakan suasana dirumah menjadi bahang dan membuat anda tidak selesa untuk beristirehat dan tidur. Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni pasti ramai yang tercari-cari tips nak atasi masalah bilik yang panas.
Untuk sejukkan rumah atau bilik boleh saja pasang air-cond atau pendingin udara bagi yang ada duit lebih. Tapi bagi yang tak berkemampuan, bolehlah cuba tips di bawah. Semoga bermanfaat!
LETAK BESEN AIR DI DALAM BILIK
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
GUNAKAN LAMPU DARI JENIS KURANG MEMANCARKAN HABA
Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.
POKOK EKOR KUCING BOLEH MENYEJUKKAN RUMAH
Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.
CAT DINDING RUMAH DENGAN WARNA CERAH YANG DAPAT MEMANTULKAN CAHAYA DAN HABA
Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.
PASANG JARING KELAMBU BESI DAN BUKA TINGKAP PADA WAKTU MALAM HARI
Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.
GUNAKAN PAPAN FIBER SIMEN UNTUK SILING RUMAH
Fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.
AWNING DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN PEMANASAN RUMAH AKIBAT PANCARAN CAHAYA MATAHARI
Salah satu punca rumah menjadi panas adalah kerana dinding yang terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan haba tersebar ke dalam rumah. Untuk kurangkan bahang pada waktu siang, pasang awning untuk mengelakkan dinding rumah menjadi panas kerana terkena cahaya matahari.
Selalunya awning di pasang pada bahagian dinding yang menghadap matahari jatuh kerana cuaca mulai panas pada waktu tengah hari hingga petang. Jika bajet lebih, pasang saja awning di sekeliling rumah.
Atau boleh juga tanam pokok yang rendang di sekeliling rumah supaya menjadi keadaan di sekeliling rumah menjadi redup dan tidak terkena bahang matahari.
JAUHKAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA TELEVISYEN ATAU KOMPUTER
Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI