test

Tak sudah lagi cerita pasal hand-sanitizer ni. Umum tahu, kandungan alkohol yang diperlukan dalam hand-sanitizer yang berkesan menangani atau membasmi kuman adalah antara 60-90%. Tapi, nampak gayanya banyak penjual yang menipu pengguna terutamanya produk yang dibeli atas talian. Tulis je 70% alkohol. Tapi kita tak tahu sebenarnya kandungan alkohol di dalam hand sanitizer tu hanya 30% atau kurang lagi.

Nak pastikan anda tidak tertipu, lakukan ujian mudah ini. Tuang atau gosok gel alkohol yg ingin diuji di atas kertas resit (berdakwat)Elak Tertipu, Cara Mudah Uji Kandungan Alkohol Yang Betul Dalam Hand-Sanitizer

IKLAN

Lihat perubahan, pada TANDA BETUL. Gel alkohol yang mempunyai peratus tinggi iaitu 70% ke atas mampu memudarkan dakwat resit dengan ketara.

IKLAN

Hal ini kerana kandungan alkohol yg tinggi mampu mencairkan dakwat atas tindakan kimia itu sendiri.

IKLAN

Lihat kesan dakwat yang cair di tandakan PANGKAH
Ia adalah kesan ujian hand sanitizer yang mempunyai kandungan alkohol yang sikit. Ia hanya memudarkan sedikit dakwat resit atau hampir tidak memberi kesan langsung.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI