Samada anda baru ingin memasang tikar getah sebagai lapisan perlindungan pada lantai atau anda mahu menggantikan tikar yang lama, memotong tikar getah mengikut saiz yang dikehendaki tidaklah serumit yang anda sangka.
Jika sebelum ini impiana kongsikan tip untuk elak tikar getah yang dihampar berkedut [klik sini untuk artikel lengkap] Ia tidak memerlukan alatan canggih atau berkuasa tinggi, malah proses pemotongan ini hanya memerlukan beberapa alatan yang boleh anda dapati dirumah sekarang seperti pisau, gunting, pembaris besi serta pita pengukur.
Secara ringkasnya, anda perlu ukur dan pastikan saiz sebenar ruang yang terbabit. Setelah anda yakin dengan ukuran yang diperoleh, bentangkan tikar getah sehingga memenuhi runag. Dan untuk mengasingkan bahagian lebihan tikar, gunakan pisau tajam dengan bantuan pembaris besi sebagai panduan agar tidak senget benget. Dibawah ini adalah penerangan terperinci tentang langkah-langkah memotong tikar getah dengan mudah.
Selamat Mencuba!
LANGKAH 1
Pertama sekali, lengkapkan diri anda dengan peralatan keselamatan yang sewajarnya. Oleh kerana anda akan menggunakan pisau yang tajam, sepasang sarung tangan kerja untuk perlindungan adalah satu kemestian. Bagi mengelakkan kecederaan, elakkan mengendali pisau jika tidak memakai sarung tangan.
LANGKAH 2
Kemudian, pilih permukaan sesuai untuk proses memotong. Kemungkinan risiko untuk pisau yang tajam memotong menembusi tikar getah dan mencalarkan lantai adalah besar jadi pastikan anda meletakkan lapisan kadbod atau papan lapis sebagai alas.
Ads
LANGKAH 3
Ukur keluasan ruang dan pastikan anda tidak lupa ; lebih mudah jika anda catitkan pada kertas. Anda boleh dapatkan saiz setiap gulung tikar getah pada penjual sebelum membeli jumlah yang sesuai dengan saiz ruang anda.
LANGKAH 4
Tandakan dimensi pada tikar bagi memudahkan anda untuk memotong ukuran tepat dengan bantuan garisan yang telah dilukis. Panduan visual seperti ini juga membolehkan anda mempercepatkan kerja dan memastikan proses pemotongan tidak tersasar.
Ads
LANGKAH 5
Hamparkan tikar pada kawasan lapang dan rata. Pastikan tikar lurus dan rata serta tiada kedut sebelum memulakan proses pemotongan.
LANGKAH 6
Letakkan pembaris besi pada sebelah garisan yang telah dibuat tadi. Pastikan anda masih boleh nampak garisan tersebut. Keluarkan pisau dan potong mengikut garisan. Pembaris besi akan bertindak sebagai panduan agar pisau tidak terkeluar dari ‘landasan’.
Ads
LANGKAH 7
Bergantung pada ketebalan tikar getah, mungkin anda perlu memotong pada garisan yang sama berulang kali. Berhati-hati ketika membuat potongan kedua atau keiga agar tidak tersalah dan terkeluar dari garisan.
Tip: celupkan hujung mata pisau dalam air sabun untuk memudahkannya meluncur diatas tikar getah.
LANGKAH 8
Seterusnya, setelah berjaya memotong tikar tersebut anda hanya perlu kemaskan penjurunya. Tikar getah juga mudah dibentuk, jadi tiada masalah jika ada bahagian yang melengkung atau sebagainya. Pastikan juga tangan anda mudah dikawal dan stabil ketika memotong. Dan apabila ukuran yang diambil tepat, dan dipotong dengan sempurna, tikar getah akan kelihatan kemas dan rapi tanpa gelembung udara yang menjengkelkan.
LANGKAH 9
Akhir sekali, jangan lupa untuk membersihkan semula kawasan kerja. Sapu dan buang semua lebihan tikar getah yang dipotong kerana apabila dibiarkan merata-rata, ia boleh mendatangkan bahaya pada anak kecil atau haiwan peliharaan anda. Periksa kawasan terlibat dengan teliti apabila sudah selesai melakukan kerja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah kecil menjadi tarikan ramai pemilik masa kini, kali ini pemilik di Kepala Batas, Pulau Pinang iaitu Encik Mohd Nasrul Pazil berkongsi rumah kecilnya yang berkeluasan 40 x 16.
Konsep rumah kecil ini untuk keluarga yang tidak besar dan inginkan suasana yang lebih akrab dalam kehidupan dan pergerakan di dalam rumah. Ia bergantung dengan ciri pemilik rumah itu sendiri apa yang diinginkan dalam kehidupan mereka. Perlu ambil tahu isi rumah juga. Jika ramai penghuninya, rumah seperti ini tidak sesuai dijadikan inspirasi.
Tetapi rumah Encik Mohd Nasrul Pazli ini cukup memberi inspirasi untuk semua pemilik rumah yang inginkan kediaman sebegini. Jom lihat rumah comel beliau.
Bahan binaan kediaman ini
Structure reinforcement concrete n clay brick.
Finishing aluminum glass panel, gypsium board untuk dinding.
Roof, combination concrete slab dan metal deck dengan RHS(rectangular hollow section) untuk struktur bumbumg
Lantai concrete dengan floor board finishing
Keluasan keseluruhan 40’x16′
Dapur 16’x8′, tandas 4’x8′, bilik utama 20’x8′, hall plus dining area plus family area 20’x16′
Bukan sekadar sebuah konsep, JAPANDI merupakan falsafah hidup yang menggabungkan kesederhanaan gaya Jepun dengan gaya rustik Scandi. Japandi telah menjadi salah satu stail ataupun gaya yang semakin mendapat perhatian penggemar hiasan dalaman.
ELEMEN JAPANDI
Simplicity Pilih kualiti berbanding kuantiti. Konsep ini mementingkan keringkasan ataupun minimalism. Jadi anda perlu mewujudkan ruang yang kemas, luas dan lapang tanpaterlalu banyak aksesori sert aperabot yang hanya akan mengehadkan lagi ruang sedia ada.
Bahan Semulajadi Antara bahan-bahan semula jadi yang boleh digunakan bagi mewujudkan konsep Japandi ialah buluh, rotan, linen, bulu dan juga kertas. Jangan lupa, unsur semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan juga penting untuk sudut kediaman Japandi. Selain dapat menambah warna pada ruang, tumbuhan hijau juga dapat membantu membersihkan udara di dslam kediaman.
Kombinasi Dua Gaya Cuba gabungkan kedua-dua gaya ini dan jangan takut untuk bermain dengan warna terang dari perabot Scandi dan warna gelap yang elegan dari gaya Jepun.
Aksesori Dengan Fungsi Tambahkan aksesori, tetapi jangan keterlaluan. Aksesori Scandinavian menumpukan pada keselesaan, seperti permaidani lembut dan bantal besar untuk menambah suasana yang cosy ke dalam ruang. Aksesori jepun pula biasanya merupakan objek atau peralatan berfungsi seperti pasu, mangkuk atau dulang. Jadi untukmenggabungkan keduanya, keindahan aksesori perlulah seiring dengan kegunaannya.
Warna Kontra Kunci utama konsep Japandi adalah dengan menggabungkan rona neutral lembut dari konsep Scandi yang dikontrakan dengan tona lebih gelap dan malap dari gaya Jepun.
Katil dan juga tilam tidak dapat dipisahkan. Katil ini ibarat rangka dan tilam ini isinya. Jadi, jika kita sudah ada katil yang baik, mesti kita mahukan tilam yang baik dan bagus jugak kan? Oleh itu, hari ini saya akan beberapa tips penting dalam membeli tilam dan juga jenis yang ada.
BAGAIMANA INGIN MEMILIH TILAM YANG BAGUS?
Jadi bagaimana anda hendak pastikan tilam anda beli itu bagus? Mula-mula, anda perlu ketahui ukuran tilam tersebut. Tilam sepatutnya lebih besar dan luas 2 atau 3 kali ganda dengan tubuh badan kita supaya mendapat keselesaan untuk berguling-guling atas tilam itu. Hahahaha.
Seterusnya, pergi ke kedai yang boleh membenarkan kita uji tilam tersebut. Apa yang perlu anda buat adalah pusing-pusing dalam kedai tilam tersebut selama mana anda mahu dan apabila sudah jumpa tilam yang menarik perhatian anda, cuba anda baring untuk 10 minit begitu. Tapi pasti meminta izin dahulu sebelum mencubanya. Tujuannya, kita tidak menyesal kemudian jikalau kita beli tilam tersebut dan tidak selesa bagi kita.
Dan akhirnya, pastikan periksa jika tilam yang dijual itu ada jaminan jika dibeli. Selalunya, sebuah kedai yang baik dan menjual katil yang berkualiti, akan mempunyai tempoh minimum selama 10 tahun bagi penggantian penuh atau jaminan tanpa ‘protate’.
Sebagai pengakhirannya, kita semestinya bijak dalam membeli tilam ini. Semasa memilih tilam juga, kita perlu tahu apa jenis yang kita mahukan sebagai contoh, memory foam ke, gel, innerspring, air bed, lateks dan lain-lain yang ada. Maka dengan ini, itu sahaja penjelasan saya tentang tilam. Semoga anda berjaya membeli tilam dan berpuas hati setelah membelinya.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.