Elemen Glamor Moden Cetus Nilai Eksklusif

Share

Konsep moden , ringkas, bebas warna, padu dan selesa. Pereka selalunya memastikan ruang dihias dengan konsep seumpama ini dengan pilihan perabot yang cukup selesa tetapi ringkas dan menggunakan aksesori yang minima. Kelabu, hitam, putih, biru samar antara pilihan warna yang dipilih oleh pereka untuk menghias ruang ala moden yang lebih mementingkan keselesaan dan pembuatan berteknologi tinggi. Malah terdapat banyak konsep klasik diubah menjadi moden  dan lebih ringkas sesuai dengan cita rasa sezaman.

Namun bukan semua di kalangan kita yang puas dengan tata hias minimal, kelam dan kusam. Masih ada juga yang menjadikan ruang kekal glamor biar pun kediamannya dihias dengan konsep moden. Bagaimana boleh kita menukar gaya hias yang begitu hambar dan ringkas menjadi meriah dan glamour? Tidak perlu warna , masih mengekalkan identiti bebas warna dan ringkas. Elemen bergemerlapan , berkilau mampu menarik hati dan pandangan ramai.

Elemen kristal, cermin, perak atau besi tahan karat boleh disuai padankan dengan rona kelabu atau putih sememangnya mampu menyerlahkan elemen harmoni. Malah ruang masih nampak menarik, eksklusif tetapi ada nilai glamor dan menggoda pandangan. Aksesori seperti lampu meja, mangkuk hias atau cermin muka bingkai perak sememangnya harmoni dan menyerlahkan suasana moden.  Simple-simple je di IMPIANA.

Published by
Faizal Yunus