Jika dahulu, seluruh kejiranan akan heboh mengata apabila ada di antara jiran mereka memiliki set perabot mewah. Berukir indah dengan bunga-bungaan, awan larat dan sebagainya. Tidak kiralah kerawang ala Itali, nusantara dan sebagainya. Asal sarat dan berkilau dianggap mewah dan cantik. Apa lagi dengan bunga-bungaan di atas fabrik tebal seperti baldu, chanile dan sebagainya. Tidak sah kalau semua elemen ini diperindahkan dengan gaya langsir dramatik, dengan swag mewah beralunan indah.
Ads
Namun kini semuanya tampil berbeza. Pereka melihat semua itu tidak perlu dalam menjadikan suasana tampil mewah , eksklusif dan elegan. Idealogi mewah kini berubah dengan begitu ketara. Fokus lebih ditumpukan pada kualiti material yang digunakan. Kayu antara material mewah yang sangat tinggi hanrganya kini diserlahkan estetiaknya . Penggunakan material kayu padu yang sempurna digilap, dirawat dan dibentuk dipadankan pula dengan marmar Itali dengan rona yang jarang dijumpai sudah cukup menyerlahkan betapa mewahnya sebuah tata hias itu biar pun tidak diukir malah dibiarkan dalam bentuk kepingan separa sempurna.
Ads
Ads
Nilai empuk dan selesa sebuah perabot, bagaikan sebuah kereta mewah yang memberi kepuasan tatkala duduk di atasnya. Pembuatan yang berteknologi tinggi memberi kepuasan menggunanya. Itu belum lagi rekaan yang sangat rigkas tetapi material yang cukup kuat dipilih. Kaki sofa anda mugkin hanya sebesar penyepit makanan tetapi kehebatan rekaan dan nikmat yang ditawarkan cukup luar biasa. Inilah pilihan tata hias generasi akan datang? Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Konsep ‘Modern English Luxury’ Sentuhan Merah Jambu, Penuhi Citarasa Pemilik Kediaman. IMPIANA berkesempatan berkunjung ke kondominum di Presint 5, Putrajaya baru-baru ini. Melihat dekorasi dan konsep yang menjadi pilihan pemilik dalam menata rias kediaman.
Kondominium ini hanya berkeluasan kecil, hanya 796 kaki persegi dengan 2 bilik namun atas garapan White Dot Sdn Bhd, syarikat pereka hiasan dalaman yang dilantik berjaya merubah wajah kondomonium yang kosong pada asalnya kepada konsep ‘Modern English Luxury’ yang tampak cukup glamor, hanya dalam masa 2 bulan.
Perkara yang menarik perhatian, apabila konsep ini diberi sentuhan feminin dengan percikan rona merah jambu yang merupakan citarasa dan permintaan daripada pemilik rumah sendiri. Sekaligus menyerlahkan aura glamor, mewah namun tetap mempunyai elemen ‘soft and sweet’.
Dekorasi Konsep Selaras Citarasa Pemilik Kediaman
Menurut Co Founder White Dot Sdn Bhd, Maslin Md. Ramly, konsep dan dekorasi Modern English Luxury ini disesuaikan mengikut citarasa pemilik kediaman.
“Jika dilihat konsep ‘Modern English Luxury’ kebiasaannya ada sentuhan gold, rona beige, white, off white & peach. Namun kami selaraskan dengan kehendak pemilik kediaman juga yang mahukan rona merah jambu dalam dekorasi kediaman,” ujar Maslin.
Tambahnya lagi, pemilik kediaman menitik beratkan dekorasi bahagian ruang tamu kerana ia menjadi tempat untuk luangkan masa dengan anak selain ruang dapur untuk menyediakan juadah buat keluarga.
“Pemilik kata, kalau boleh area living nak rasa macam di hotel setiap kali duduk dengan anak,” jelas Maslin lagi.
Bijak Memaksimumkan Fungsi Ruang Terhad
Istimewanya pada kediaman ini, meskipun memiliki keluasan terhad, namun pereka bijak memaksimumkan fungsi ruang. ‘Built in’ Diamond Mirror pada ruang makan bukan sahaja berfungsi sebagai dekorasi kediaman yang mampu memberi efek luas, namun berperanan menjadi ruang penstoran tambahan.
“Rumah ini bahagian ‘dining’ nya kecil, jadi pemilik meminta supaya ruang tersebut nampak lebih luas. Jadi kami bina Diamond Mirror yang juga boleh menjadi storage agar pemilik boleh meletak pinggan mangkuk dan barangan kecil, ujar Maslin.
Bukan itu sahaja, bahagian hadapan depan juga dibina dressing area menempatkan wardrobe untuk kegunaan pemilik kediaman.
“Bahagian hadapan pada asalnya ingin dijadikan tempat solat, namun mempunyai ruang yang terhad. Jadi kami cadangkan, memanfaatkan ruang tersebut dengan membina small walking wardrobe untuk pemilik kediaman,” kata Maslin.
Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi buat pemilik kediaman lain yang mempunyai ruang keluasan terhad.
Info Kediaman:
Nama Pemilik:Nadiah Hani
Pereka Hiasan Dalaman: White Dot Sdn Bhd
Jenis Kediaman: Kondominum
Lokasi: Antara Residence, Presint 5, Putrajaya
Tempoh Renovasi & Hias Kediaman : 2 Bulan
Keluasan Kediaman:796KPS
Spesifikasi Ruang Kediaman:
-2 Bilik Tidur
-2 Bilik Air
-Entrance Foyer
– Dapur
– Laundry
– Ruang Makan
– Ruang Tamu
– Balkoni
-Dressing Area
Material Digunakan:
Kabinet Dapur (Block Board Spray Paint Finish)
Dinding- PVC (Wainscotting Spray Paint Finish)
Shoe Rack (Block Board Laminated Finish)
TV cabinet (Block Board & PVC Flutted Spraypaint Finish)
Rumah teres lama meskipun telah berusia berpuluh tahun, jika diberi nafas baru dengan konsep dan dekorasi yang betul, tidak kurang cantiknya dengan rumah baru.
IMPIANA tertarik dengan konsep dekorasi dan make over yang dilakukan pada rumah
1845 Mersing Homestay. Memang cantik dan nampak cukup estetik rumah yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air ini.
Kekalkan Identiti Asal
Paling menarik, pemilik kediaman masih mengekalkan struktur dan identiti rumah asal, tanpa melakukan major renovasi. Ia dapat dilihat pada kemasan simen di ruang parkir, jeriji besi pada pintu, jubin lantai di ruang tamu dan dapur dan sebagainya.
Konsep Monokrom
Pemilik juga memilih bijak konsep Monokrom yang dianggap pilihan tepat kerana konsep ini sesuai untuk semua ruang rumah, malah tampak neutral dengan pemilihan rona seperti hitam, putih dan kelabu. Sekaligus menjadikan kediaman ini nampak lebih luas, moden namun kekal estetik.
Ruang Hadapan
Ruang Makan
Bilik Tidur
Bilik Air
Dapur
Laman Belakang
IMPIANA: Menarik transformasi yang dilakukan pada rumah teres lama ini. Nampak cukup cantik dan estetik apabila mengekalkan identiti rumah asal.
Bermulanya pada tahun 2020, dunia telah mengalami pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan ramai orang hilang pekerjaan, hilang hubungan sillaturrahim dan yang paling sedih adalah, hilang nyawa orang tersayang. Tapi hari ini, saya bukan hendak bercakap tentang Covid-19 tapi tentang cara bekerja pada waktu itu. Pada ketika itu, banyak syarikat yang akan menyuruh pekerja mereka untuk melakukan pekerja dari rumah atau dalam bahasa inggeris, “work from home”. Jadi, untuk memudahkan dan membuat berasa selesa semasa bekerja di rumah, bermulalah ada yang telah melakukan pejabat di rumah mereka dan banyak design-design yang menarik ada untuk mendekorasikan pejabat di rumah. Oleh kerana itu, saya akan menerangkan atau memberitahu tips-tips untuk mencipta pejabat di rumah.
Baiklah, tips yang pertama adalah,
MENCARI LOKASI YANG SESUAI DI DALAM RUMAH ANDA.
Okay, ini penting kerana kita haruslah mencari lokasi yang sangat bagus dan sistematik dalam rumah kita untuk dijadikan khas sebagai pejabat. Sebagai contoh, cari lah kawasan yang luas dan dekat dengan pencahayan, kalau duduk di apartment, berdekatan dengan permandangan luar atau lain-lain. Tetapi, kalau macam saya, saya lebih memilih kawasan yang berdekatan dengan ruang tamu dan dapur. Sebab apa? Sebabnya jikalau kita sedang bekerja dan ada orang datang, kita boleh terus membuka pintu dan untuk dapur pula, kalau tengah bekerja dan tiba-tiba lapar atau dahaga, boleh terus.
Tips yang kedua adalah,
MEMBELI KERUS YANG SELESA UNTUK RUMAH PEJABAT ANDA.
Keselesaan semasa bekerja adalah penting kerana ia dapat memberikan kita fokus yang tinggi dan mampu melancarkan lagi pekerjaan kita. Oleh itu, kerusi adalah perkara utama. Anda perlu mencari kerusi yang mempunyai melengkung di belakangnya atau kerusi yang ada roda dibawahnya itu. Tapi, pastikan kerusi anda itu besar yang mampu menyokong keseluruhan belakang dengan selesa.
Tips yang terakhir adalah,
MENGHIASI TUMBUH-TUMBUHAN DI DALAM RUMAH PEJABAT ANDA.
Tumbuh-tumbuhan ini adalah perkara yang bergantung kepada seseorang individu. Walaubagaimanapun, tumbuhan ini mampu membuatkan anda membau haruman yang sangat wangi dan memberi oksigen yang bagus untuk anda. Jadi pada masa anda bekerja, waktu yang sama juga, anda mendapat sesuatu yang berkhasiat. Tambahan lagi, tumbuhan dapat meng-rilis kan stres anda.
Kesimpulannya, mencipta rumah pejabat ini, adalah perkara yang bagus kerana kita tidak tahu, sedang kita berehat di rumah, ada sahaja kerja yang diberi oleh bos. Oleh sebab itulah, mencipta rumah pejabat ini adalah sesuatu idea yang bernas untuk kita semua.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.